Tuesday, May 16, 2023

Kejutan Sempena Mother's Day. WOW! I'm Super Excited!

Kejutan Sempena Mother's Day. WOW! I'm Super Excited!

Hari Ahad baru ni kan Sambutan Hari Ibu di seluruh dunia. 

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang membaca blog dorsettpink.com ni. 

Aku pun dah menjadi ibu kepada 3 orang anak. Jadi, aku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk diriku sendiri. hihi. 
Bersempena dengan Hari Ibu kelmarin, aku terkejut sangat-sangat! En.Suami dan anak-anak buat surprised bagi mommy hadiah. 

Fuhh! Terharunya aku. Sampai mengalir air mata ni. Menangis sebab happy sangat. 


En.Suami bagi hadiah jambangan bunga ni untuk aku. Dalam bunga ni ada lampu lip-lap-lip-lap. Siap ada duit tunai lagi. Tapi confirmlah aku tak guna pun duit ni sebab sayang nak rosakkan bunga yang cantik ni. Kalau guna pun mungkin sebab emergency je la kot.


En.Suami katanya nak pergi workshop sebab nak baiki kereta. Aku nak ikut tapi dia tak bagi. Macam-macam lah alasan dia bagi, katanya panaslah, lama lah. Tapi dia keluar dengan Kakak FL Dan Leeya, memnag selalu pun diaorang keluar bertiga. Rupanya nak keluar sebab belikan aku hadiah. 

Alahaiiii sweetnya. Terima kasih bagi suami yang sangat penyayang dan mencintaiku seadanya aku. 

Leeya dan Kakak FL pun turut sama bagi mommy bunga. Alahai, sweet nya korang semua. 


Terima kasih Allah hadirkan mereka ni semua dalam hidup aku. Aku syukur sangat-sangat! I'm speechless. Apa yang aku ada hari ini, aku syukur sangat dengan segala pemberianMu Ya Allah. 

Inilah buah hati pengarang jantung mommy. Leesa dah besar dah. Dah 3 bulan umur dia. Berat pun dah 6 kilo. Kussss semangat. So far masih lagi minum susu ibu sepenuhnya. Cuma mommy penat sikitlah sebab Leesa ni kuat betul minum susu. Tu badan dia cepat naik tu.

Inilah anak sulung aku, Kakak FL. Sekarang dah umur 8 tahun, Bulan 6 nanti umur 9 tahun. Dah boleh diharap dah. Banyak dah kerja-kerja rumah dia tolong mommy. Dah ringan sikitlah beban tugas mommy bila anak-anak dah boleh tolong-menolong ni. 

Kakak FL ni sangat bertanggungjawab. Dia jaga dan ajar leeya sungguh-sungguh. Banyak benda yang Leeya belajar dari kakak dia, contohnya kemas bilik tidur, lipat baju, basuh baju (guna tangan), basuh pinggan,  pakai baju sendiri , packing baju sendiri dan macam-macam lagi lah. 

Leeya pun dah pandai berdikari dah sekarang hasil tunjuk ajar Kakak FL. 

Bila kami jumpa orang, biasanya orang akan cakap "diaorang pandai uruskan diri-sendiri erk?. Senanglah". 

Yup betul, senang mommy. Sebab mommy boleh fokus kat Baby Leesa jer. Kakak-kakak uruskan diri sendiri. Cuma bab makan tu mommy tetap kena masakkan dan hidangkan buat diaorang. Aku tak berani lagi nak bagi diaorang buat sendiri kalau bab makan ni - takut. tunggu besar sikit, baru aku bagi diaorang masak. Itupun hanya boleh masak guna airfryer jer. 



 

No comments:

Post a Comment