Wednesday, May 31, 2023

Pentingnya 'Me Time' Bagi seorang Ibu

 Hye guys. Selamat bercuti. 

Sambil korang tengah bercuti tu, meh lah baca tulisan aku ni. 

Hari ni aku nak cerita pasal Pentingnya 'Me Time' Bagi Seorang Ibu.

mommy motherhood selflove

Untuk yang belum tahu pasal aku, aku kini officially adalah ibu kepada 3 orang puteri. Aku baru jer melahirkan anak ketiga masa Februari 2023 hari tu, dan sekarang baby aku yang diberikan namanya Leesa dah berusia  3 bulan. 


So, dengan 3 orang anak, maknanya dah 3 kali aku merasa pengalaman bersalin dan berpantang dan menguruskan anak-anak kecil yang dalam fasa 'bayi - toddler - kanak-kanak yang belum Mumayiz dan kanak-kanak yang dah Mumayiz'. 


Anak sulung aku, Kakak FL dah berusia 9 tahun , pada tahun 2023 ni. Anak kedua - Leeya pulak umur 5 tahun.


Jadinya untuk setakat hari ni setelah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 orang ni, aku boleh kata yang menjadi seorang ibu tu sangatlah susah. Susa, mencabar, perit, sedih, penat dan seangkatan dengannya. 

Pentingnya 'Me Time' Bagi Seorang Ibu.

Sememangnya betul menjadi ibu ni best dan manis. YA Tuan-tuan dan puan-puan, tepat sekali! Best sangat dan enjoy sangat tapi gembira tu tak adalah sepanjang tahun atau sepanjang masa tanpa ada sekelumit perasaan geram dan marah kan?.


Yang kata motherhood best tu ialah kerana kata-kata itu ialah DOA. Dan DOA seorang ibu itu sangat mujarab. Jadinya, selalulah mendoakan yang baik-baik untuk diri kita sendiri dan yang pasti untuk doa anak-anak. 

Penat sangat bila menjadi seorang ibu. 

Masa tak ada anak, boleh lagi nak bersenang-lenang. Tidur malam pun boleh lena jer sampai pagi tak ada orang kacau. Tapi, bila dah ada anak, masa kita terganggu, jadual harian kita terganggu dan pastinya akan kacau rutian harian kita. 

Penat bukan saja setakat nak masak-masak untuk suami dan anak-anak, tapi lebih dari itu tugas seorang ibu. 

Nak menyusukan (breastfeeding) anak pun penat sangat. Penat dia macam berlari dalam acara balapan. Sebab tu orang yang breastfeeding kena minum banyak air dan makan cukup, sebab bila tak cukup air dan tak cukup makan, kita akan kehilangan tenaga untuk menyusu dan seterusnya buatkan susu tu kurang. Bila susu kurang, anak pun tak dapat minum susu dengan cukup.

Lepas tu pulak, bila anak-anak makan, confirm bersepah. Dan pastinya ibu kena kemas. kalau ayah turut sama kemas, Alhamdulillah! Syukur sangat, ringan sikit beban seorang ibu. 

Bila anak muntah, terus nak kena basuh dan mandikan anak - penat jugak tu. 

Bila anak-anak buat sepah, ibu nak kena kemas. Kalau ada bibik, syukur! At least bibik boleh kemaskan. 

Bukan setakat hal anak-anak, tapi kerja-kerja rumah pun ibu kena buat jugak. Nak kena basuh baju, nak kena lipat baju, nak kena gosok baju, basuh pinggan dan macam-macam hal lagi lah. 

Belum lagi kalau anak-anak demam atau sakit. Lagi bertambah 2 kali ganda kerja ibu-ibu. 

Sebab tu kalau boleh golongan bapak-bapak sentiasalah tolong para isteri di rumah. Tolonglah apa yang boleh ditolong. Tolong jaga anak ke, tolong mandikan anak ke, tolong masak ke, tolong bersihkan rumah ke, tolong lipat kain ke. 

Kalau ada bibik takpe, kurang sikit penat tu. Tapi kalau tak ada bibik, memang super duper penat sangat-sangat. 

Bila penat, ia akan menganggu emosi para ibu. Ibu akan jadi stress. Tu lah tak pasal-pasal tetiba ibu jadi hijau, jadi singa. Ni semua hanya sebab ibu tu penat. Penat sangat. 

So, untuk redakan kepenatan seorang ibu, penting sangat masa 'Me-Time' bagi seorang ibu ni. 

Best menjadi ibu. Anak itulah yang akan menjadi kawan karib kita kelak. Ini gambar throeback masa Kakak FL kecik-kecik dulu, tahun 2017, di New Zealand.


Tengok muka mummy tu, dari memek muka tu pun dah tahu tengah struggle masa tu demi sekeping gambar yang cantik. hahahhaa. Best-best memang best jadi ibu, tapi sangat-sangat mencabar. Mencabar kesabaran OK. hahahahha.




Pentingnya 'Me Time' Bagi Seorang Ibu.

'Me-Time' ni ialah masa untuk diri kita sendiri. Masa untuk berseorangan. Sebenarnya, semua orang perlukan masa berseorangan tu. Ada orang cakap, berseorangan tu ialah orang yang 'lonely'. 

TAK. TAK! Berseorangan tu bukan maksudnya 'lonely'. Berseorangan tu ialah momen untuk diri-sendiri sahaja. Kalau 'lonely' tu, biasanya dikaitakn dengan perasaan sedih atau merasa kesepian (SEPI). Kalau berseorangan pulak, ia lebih kepada untuk bersendirian. Masa bersendirian ni lah biasanya kita boleh mengenali diri-kita sendiri dan muhasabah diri. 

'Me-Time' ni memangg sangat-sangat penting. 

Pengalaman aku yang baru menjadi ibu setahun jagung ni, sejak dengan kelahiran anak pertama 9 tahun dulu, dan sekarang dah ada 3 orang anak, dah macam-macam perasaan atau emosi aku dah rasa. Ada gembira, ada sedih, ada manis, ada masam, ada sakit, ada pahit, dan macam-macamlah. 

Biarpun orang duk kata "erk, eleh", baru anak 2 (ataupun baru anak sorang), pun dah gelabah, dah rasa macam-macam, biarlah dengan kata-kata orang tu, hanya kita yang kenal diri kita sendiri. 

Ada orang dia boleh jer handle 10 orang anak sorang-sorang tanpa pembantu, ada orang nak jaga seorang anak sorang-sorang pun dah tak keruan. Bukan semua orang sama. So, kita berlaku jujur jer pada diri kita sendiri. 

Sedangkan masa 'datang bulan' (period), setiap wanita pun tak sama rasa dia, inikan pulak bila dah jadi ibu. Confirmlah tak sama semua orang. Sakit nak beranak pun rasa dia lain-laim, sama jugaklah dengan rasa menjaga dan mengasuh anak, setiap ibu/manusia tu akan melalui pengalaman  yang berbeza. Tak semua orang pakai kasut saiz yang sama kan. 

Jadinya, kita terimalah diri kita seadanya. Dan terimalah anak kita seadanya. 


KENAPA PENTINGNYA 'ME-TIME' BAGI SEORANG IBU?

Me-Time ni ialah "masa untuk diri sendiri". So, maksudnya, kita mencari masa untuk bersendirian / berseorangan. Dan waktu "bersendirian" tu, kita buatlah apa sahaja aktiviti yang kita nak buat atau yang kita suka buat seorang diri. 

Contohnya, kalau suka baking, buatlah 'baking' sorang-sorang, jangan libatkan anak-anak atau suami atau pembantu rumah. Kalau suka berkebun (gardening), berkebun lah sorang-sorang tanpa kehadiran anak-anak. 

Pendek kata, 'me-time' ni ialah buat hobi kita. 

Biasanya wanita ni bila dah menjadi ibu, dah tak sempat dah nak buat hobi sendiri, asyik duk layan hobi anak-anak jer, tak pun duk layan kerja-kerja rumah yang tak habis-habis. 

Sebenarnya bila kita buat apa yang kita suka atau buat hobi kita, badan kita akan keluarkan hormon dopamine. Hormon dopamine ni ialah hormon gembira. Bila hormon ni keluar dari badan kita, ia akan buatkan kita rasa happy sentiasa. 

Dan bila kita happy, kita penat macam mana pun, kita happy jer dan masih boleh senyum walaupun dalam kepenatan. 

Bila dah happy macam tu, kita pun tak stress dan taklah menjadi singa atau jadi hijau. Anak-anak buat silap pun, kita masih boleh senyum dan gelak-ketawa dengan diaorang. Bila suami buat salah pun, kita masih happy jer, seolah-olah macam si suami tu ialah malaikat turun dari langit ke-7. hahhahahaa. 

So, sebab tu betapa pentingnya 'me-time' bagi seorang ibu ni. Sebab kita nak selalu happy dan tak stress bila kena layan anak-anak 24/7. 

Even, membaca Quran sorang-sorang pun dikira 'me-time' jugak, sebab itulah masa kita berseorangan. 

Macam aku, aku suka baca buku, so 'me-time' untuk aku ialah "membaca buku" sorang-sorang tanpa gangguan anak-anak. Biasanya aku akan buat ni bilamana anak-anak aku tidur. 

Dan jugak, aku suka blogging. Bila dapat masa untuk 'update blog', aku  rasa happy giler, sebab inilah waktu aku bersendirian dan buat apa yang aku suka. Lagi jugak, aku suka buat 'manicure pedicure', jadinya aku akan cari waktu yang sesuai, mungkin sebulan sekali atau 2 kali sebulan untuk pergi ke salon kuku, buat manicure pedicure. Begitulah contohnya.
 

Motherhood MeTime Parenting Ibu
Aku suka buat Spa Manicure Pedicure. 

Boleh baca pasal entri spa pedicure ni kat sini - 'BUAT SPA PEDICURE DI NAIL PARLOUR SALOON'



BILA NAK 'ME-TIME'? 

Carilah 'me-time' ni bila waktu anak-anak tak ada atau waktu anak-anak tidur. Suami? Suami biasanya pergi kerja kan atau pun bila suami tidur atau bila diaorang keluar dari rumah. 

Biasanya bila waktu anak-anak pergi sekolah, kita ada banyak masa untuk diri sendiri. 

Untuk ibu yang bekerja, mungkin 'me-time' tu ialah ketika waktu balik kerja. Duduk sorang-sorang dalam kereta sambil main phone pun, dikira 'me-time' jugak sebab tak ada gangguan anak-anak. 

Tak pun, boleh cari waktu masa hari cuti untuk buat hobi kita, dan anak-anak tinggalkan kat suami atau kat family members yang sekejap, tak pun hired part time babysitter sekejap. 




DI MANA? Pentingnya 'Me Time' Bagi seorang Ibu.

Di mana-mana sahaja, asalkan kita boleh bersendirian. 

kalau kita selesa bersendirian di rumah, carilah ketenangan 'me-time' tu di rumah dan buat aktiviti yang kita suka buat tanpa anak-anak kacau. 

Mungkin boleh duduk dalam bilik sorang-sorang dan kunci bilik dan bagitau anak-anak siap-siap "jangan kacau ibu ya sampai pukul xxxxx, ibu nak baca Quran ni". Contohnya macam tu. 

Kalau kita rasa kita selesa untuk berseorangan di luar rumah, so bolehlah keluar rumah dan pergi ke tempat yang kita suka pergi. 

Contohnya macam aku suka buat manicure pedicure, so aku akan pergi ke Salon Kuku sorang-sorang dan stay kat situ sampai kuku aku siap. 

Kadang-kadang aku suka lepak kat libary, duduk santai-santai baca buku atau blogging kat situ. 

Tak pun aku lepak santai-santai kat Starbuck, sambil hirup kopi, aku blogging kat Starbucks tu memandangkan aku nni ialah seorang pencinta kopi. Begitulah. 

kalau kita suka bersukan/bersenam, so bolehlah kita pergi gym atau stadium atau mana-mana tempat yang kita boleh buat aktiviti sukan tu. Ada orang suka hiking, so boleh cari masa yang sesuai, pergi hiking dengan kawan-kawan, anak-anak tinggal kat suami sekejap. 

Tak pun boleh tinggalkan anak-anak kat part-time babysitter. AKu selalu guna khidmat babysitter 'Kiddocare'. Dah bertahun-tahun dah aku guna khidmat babysitter dari kiddocare ni  dan aku sangat percaya kat diaorang. Kiddocare ni buat tapisan betul-betul & diaorang cari orang yang jujur dan berkualiti sahaja untuk jaga anak-anak. Ini website nya - https://www.kiddocare.my/


So, ibu-ibu sekalian, aku menulis artikel ni panjang-panjang untuk bagi semangat kat korang semua yang sebenarnya korang tak keseorangan. Apa yang korang rasa - stress / penat / marah / letih dan pelbagai rasa lagi tu, sebenarnya ibu-ibu yang lain pun turut merasa benda yang sama. Cumanya ada orang pilih nak share kat sosial media, ada orang pilih untuk tak share dengan public. Masing-masing punya alasan tersendiri. 

So ibu-ibu, jangan down ok. Apa yang kalian rasa tu NORMAL. Perasaan normal sebagai seorang ibu. Sebab kita ni hanyalah manusia biasa. Allah kurniakan kita dengan ada perasaan dan ada emosi. Semua orang ada emosi yang pelbagai.

Carilah ketenangan diri masing-masing. Jangan kita dibelenggu oleh rasa negatif yang akhirnya memakan diri kita sendiri. 

Kalau ada masalah , cuba luahkan kat sesiapa yang kita percaya, ataupun carilah 'circle' atau kawan-kawan yang punya sama minat dengan kita. Contohnya kalau anda seorang suri rumah, carilah kawan-kawan yang berstatus 'suri rumah' juga, kerana suri rumah memahami suri rumah yang lain =)). Begitulah. 


Love & hugs, 
DP

No comments:

Post a Comment