Thursday, May 18, 2023

Yeayyy! Dapat Hadiah Hari Guru

16 Mei 2023, Hari Selasa baru-baru ni kita semua sambut Hari Guru.

Meriah sungguh sambutan Hari guru tahun ni. Sekolah anak-anak, Kakak FL dan Leeya pun sambut Hari Guru Hari Selasa baru-baru ni, sekalikan dengan Sambutan Hari Raya. 

Sakan lah masing-masing duk siapkan hadiah untuk cikgu masing-masing. 

Kakak FL dah besar, so dah pandai buat hadiah sendiri. Cuma Leeya belum pandai lagi, so Kakak  FL lah yang tolong Leeya siapkan hadiah untuk cikgu dia. Tahun ni kami bagi hadiah 'marker pen' untuk cikgu-cikgu, sama macam tahun lepas. Senang!

So, aku nak share jugak dengan korang yang aku pun dapat jugak HADIAHsempena HARI GURU hari tu. WOWW! Sis teruja sangat-sangat!

https://www.teacheron.com/online-maths-tutors-in-malaysia
Inilah hadiah yang aku terima dari student aku sempena Hari Guru. 


https://kualalumpur.universitytutor.com/kualalumpur_math-tutoring
Dalam hadiah ni, ada jugak duit raya untuk anak-anak aku : Kakak FL, Leeya dan Leesa.


https://www.physicsandmathstutor.com/
Aku dapat jambangan bunga coklat ni.


Beserta dengan coklat favourite aku - Ferroro Rocher. Memang super-duper happylah sebab dapat coklat yang kita paling suka. 


Alahai.. Terharu sungguh rasa. 

Kepada student tersebut (dan ibu bapanya), terima kasih sangat-sangat Teacher ucapkan sebab atas ingatan tulus ikhlas awak kat teacher. Terima kasih sangat-sangat. Semoga awak terus success dalam pelajaran walaupun 1 hari nanti Teacher dah tak ajar awak. 

***********************************************

Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana aku boleh dapat Hadiah Hari Guru ni jugak kan. 

Untuk pengetahuan korang, aku sekarang merupakan seorang tutor a.k.a guru. Aku buat private tutoring untuk kanak-kanak usia bawah 7 tahun dan sekolah rendah. Aku ajar subjek Matematik & English. 

Untuk subjek Math, aku punya specility ialah untuk menjawab soalan-soalan KBAT. Silibus MATH sekarang kan susah yang teramat sangat, dengan soalan-soalan Aras Tinggi yang buatkan anak-anak stress. 

So, cara aku mengajar ialah aku guna kaedah simple yang buatkan student ni senang nak faham. 

Student yang bagi aku hadiah ni ialah student Dyscaculia - ada masalah pembelajaran dalam matematik. Masa mula-mula aku jumpa dia dulu, dia langsung tak tahu mengira. Sekarang ni, dia dah pandai dah kira & dia rasa enjoy sangat belajar matematik walaupun dia ada 'difficulties in math'. Happy sangat aku, bila aku nampak student aku happy. 

So, kalau anak-anak korang ada masalah dalam subjek matematik especially dalam soalan KBAT, meh lah hantar tuisyen dengan aku. Untuk tahun ni aku ambil slot ONLINE sebab slot fizikal face-to-face dah penuh. 

Kalau anak-anak boleh belajar secara ONLINE, meh lah belajar dengan Teacher DP. hihihi.
Boleh email aku kat dorsett.pink14@gmail.com . Aku buka email setiap hari. 

*********************************************

Buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa sabar dan berdedikasi dalam mendidik anak-bangsa Malaysia untuk menjadi insan yang berguna di masa hadapan kelak. Terima kasih kerana tak jemu-jemu melayan karenah anak-anak dan karenah ibu-bapa jugak. hihihi.

No comments:

Post a Comment