3 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Kanak-Kanak

Hari ni merupakan hari pertama kembali ke sekolah selepas cuti penggal selama seminggu baru-baru ni. 

So, hari nni aku nak share dengan korang 3 idea aktiviti cuti sekolah yang kitaorang buat sepanajng cuti sekolah hari tu. 

Untuk cuti selama seminggu ni, bagi aku 3 aktiviti ni dah OK dan cukup buatkan anak-anak happy dan teruja. Kalau cuti sekolah lagi lama, kena tambahlah aktiviti, 3 ni confirm tak cukup. 

https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/musim-cuti-sekolah-buatlah-anak-seronok-ini-idea-aktiviti-mudah-menarik-ibu-bapa-bersama-anak/
Sebabkan anak-anak aku masih kecil lagi, yang sulung baru darjah 3, yang nombor baru umur 5 tahun, so idea aktiviti cuti sekolah ni hanya sesuai untuk kanak-kanak kecil yang berusia dalam bawah 12 tahun sahaja. kalau untuk anak-anak remaja, tu try tanya Pakcik Google. 


3 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Kanak-Kanak


1. Bawa Anak-Anak Tengok Wayang Cerita Kartun

Biasanya, kalau cuti sekolah, panggung wayang rancak tayangkan filem-filem kartun yan sesuai untuk kanak-kanak tengok. So, hari tu aku bawak anak-anak aku tengok wayang cerita Kartun Super Mario & The Little Mermaid. 

Walaupun kartun Super Mario tu dah lama ditayangkan kat malaysia tapi kitaorang tak tengok lagi. So, cuti sekolah baru-baru ni lah masanya untuk bawak diaorang tengok cerita tu. 

Hari Sabtu tengok Super Mario & Hari Ahad pergi tengok The little Mermaid pulak. 

Untuk filem The little Mermiad, kitaorang tengok kat GSC Cinema, kat Hall 'Play Plus' atau nama lainnya 'Play Park Hall', kat GSC Cinema. Inilah first time tengok wayang kat dalam hall kanak-kanak ni. 

Sebabkan cuti sekolah, jadi hall penuhlah. Dua-dua cerita hall penuh. So, kena beli tiket awal-awal.

Inilah seat dalam Hall PlayPlus. 1 seat ni boleh muat 4 orang. So, kalau nak tengok 2 orang jer, terpaksalah membayar tiket untuk 4 orang. 

Hall Play Plus ni best sangat sebab ada playground dalam hall ni, kat luar pun ada playground jugak. Dan anak-anak bebas bermain dan bebas buat bising sepanjang tayangan. 



2. Bawa Anak-Anak Pergi ke Pusat sains Negara

Pusat Sains Negara ni terletak kat Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang (last masuk jam 4 petang). Dibuka setiap hari kecuali Hari Jumaat ditutup. Harga tiket murah jer tak sampai RM 10 seorang. 

Banyak sangat aktiviti dalam Pusat Sains ni. Kitaorang hari tu pergi duduk sini dari pagi sampai petang. So, nasihat aku, korang datanglah awal pagi supaya anak-anak korang dapat explore semua aktiviti kat dalam Pusat Sains tu. Kalau datang lambat, nanti tak dapat main semua benda. 

Kitaorang datang hari tu Hari Selasa, masa cuti sekolah. So, bila cuti sekolah, Pusat Sains Negara buat aktiviti extra (tambahan) khas untuk kanak-kanak. So, memang syoklah datang masa cuti sekolah. 

Kalau nak datang sini, sila bawa baju renang sekali, sebab kat Pusat Sains ni ada kolam renang kat luar bangunan ni dan ianya adalah PERCUMA. 

Kat Pusat Sains Negara


Ada macam-macam aktiviti, bukan hanya aktiviti sains jer. Aktiviti art & craft pun ada, aktiviti DIY ada, educational toys pun banyak. So, untuk kanak-kanak bawah 7 tahun pun sesuai datang sini. Bilik baby (baby room) pun ada kat sini, so mommy yang breastfeeding anak tu tak perlu risau kalau nak datang bawak baby sekali. 



3. Bawa Anak-Anak Pergi Berenang

Berenang atau swimming ialah aktiviti kegemaran anak-anak aku. Dan aku rasa semua kanak-kanak kecil pun suka swimming kan? 

So, masa cuti sekolah ni bolehlah bawak anak-anak berenang. kalau kat rumah tak ada swimming pool, boleh pergi ke kolam renang awam yang percuma macam kat Pusat Sains Negara atau kat Taman KLCC. Tak pun boleh bawak diaorang swimming kat Kolam Renang Awam yang berbayar. Tak pun boleh pergi ke mana-mana Kelab Golf yang membenarkan orang awam berenang kat situ.




**Side note : Masa cuti sekolah baru-baru ni, selain dari 3 aktiviti di atas ni, anak-anak aku turut join School Holiday Programme yang ada di sekitar rumah kitaorang. Biasanya masa cuti sekolah, ada banyak jer program-program cuti sekolah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. So, just pilih jer mana yang sesuai untuk anak kita. Taapi make sure, biarlah anak kita suka aktiviti dalam program cuti sekolah tu.

Aku harap artikel ni dapat beri korang idea aktiviti apa yang nak buat masa cuti sekolah akan datang.

Terima kasih guys kerna sudi membaca.  

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE