Cuti sekolah hari tu, aku bawa anak-anak pergi tengok movie cerita The Little Mermaid di PlayPlus Hall, GSC Cinema di IOI City Mall East Wing, PutrajayaPlayPlus Hall ni ialah kids-friendly hall ataupun family-friendly hall di Golden Screen Cinema


PlayPlus Hall ni sangat mesra kanak-kanak, yang dilengkapi dengan playground. Di GSC IOI East Wing ni, PlayPlus Hall dia ada 2 - 1 di dalam hall dan 1 lagi di luar hall. Hanya yang membeli tiket 'PlayPlus Ticket' sahaja yang dibenarkan untuk bermain playground ni. 

PlayPlus
Inilah dia rupa hall PlayPlus di GSC Cinema IOI City Mall, Putrajaya


Masuk-masuk jer dalam hall ni, fuhh! excitednya. Cantik sangat-sangat! Siap ada playground besar lagi. 

Untuk semua pemegang tiket wayang PlayPlus ni, dibenarkan untuk masuk 30 minit lebih awal dari masa moview start. So, 30 minit tu ialah masa untuk anak-anak bermain playground yang terdapat di luar hall. 

Nak masuk ke PlayPlus Hall ni tak dibenarkan pakai kasut, tapi wajib pakai stokin. So, untuk mereka yang tak bawak stokin tu, kena pandai-pandailah shopping dulu. 





PlayPlus
Ini antara playground (tempat mainan kanak-kanak), yang ada kat luar, tapi ini baby corner, khas untuk baby atau toddler. Untuk big kids, ada slide lagi besar dan lagi best.


PlayPlus
Ada 'mini library' jugak, so untuk kids yang ulat buku, bolehlah baca buku kat sini. 

PlayPlus
Ini antara permainan untuk big kids yang ada kat luar hall. 

PlayPlus
Inilah seat dalam Hall PlayPlus ni. 1 seat ni boleh muat 4 orang. Andaikata, family kita cuma 2 orang atau 3 orang jer, so tetap kena beli seat untuk 4 orang jugak. 


Seat dia sangat-sangat selesa. Nak baring pun boleh. 



Ni Kakak FL siap berselimut lagi. Selimut tu kami bawak sendiri dari rumah. Memang biasanya kalau pergi tengok movie, kiaorang akan bawak selimut sekali sebab anak-anak I ni tak tahan sejuk.

PlayPlus
Mummy pun enjoy tengok movie kat dalam hall ni. 


GSC
Sepanjang movie berlangsung, kanak-kanak dibenarkan bermain tanpa had kat dalam hall ni. Nak buat bising pun boleh, parents lain tak dibenarkan marah ya. hahahhaha. Pendek kata, kat dalam PlayPlus Hall ni, kanak-kanak bebeas bermain sepenuh hati diaorang. 

Dan lampu hall tak akan digelapkan 100% macam kita tengok movie-movie lain. Diaorang malapkan macam dalam gambar ni, untuk keselamatan kanak-kanak. nanti kalau gelap, diaorang tak nampak pulak jalan nak berjalan dan berlari. 



Ini dia GSC Cinema di belah East wing, IOI City Mall, Putrajaya. Kat IOI City mall ada 2 GSC, 1 kat West Wing, dan 1 lagi kat East Wing ni. Yang PlayPlus ni cuma ada kat East Wing sahaja




Ini dia pintu masuk ke hall PlayPlus GSC Cinema. Nak masuk sini, kena buka kasut tapi wajib pakai stokin. 



Ini antara soalan-soalan popular tentang PlayPlus Hall di GSC Cinema ni : 

 
Harga Tiket Wayang PlayPlus Hall GSC Cinema

Harga tiket untuk hall PlayPlus ni ialah RM 122 untuk 1 seat. 1 seat boleh muat 4 orang. Kalau kurang dari 4 orang pun, kita tetap kena bayar RM 122 juga. 

Cara Nak Beli Tiket Wayang PlayPlus

Boleh beli secara online melalui Apps GSC Cinema, download di PlayStore atau Apple App Store. Atau beli online kat website GSC - https://www.gsc.com.my/ , ataupun beli di kiosk tiket GSC di GSC Cinema.

Tiket wayang PlayPlus ni, aku sarankan beli beli awal-awal, paling lambat pun beli sehari awal. Sebab hall ni cepat penuh, tiket cepat sold out. 


Bayi Dibenarkan Masuk Tak?

Boleh. 

Hall ni sangat kids-friendly. So, kalau baby menangis pun, tak adalah orang-orang sekeliling akan tengok kita semacam macam kita buat jenayah berat. Andai kata kalau baby menangis kuat dan tak boleh 'calm' cepat, korang boleh keluar sekejap dari hall tu, duduk dekat luar tempat mini library tu, dan biarkan sahaja anak-anak yang besar bermain kat dalam hall, it's OK, diaorang selamat stay dalam tu. 


Kanak-Kanak Boleh Bermain Tak Semasa Movie Ditayangkan? 

Ya Boleh. Mereka bebas bermain kat playground di luar dan di dalam hall sepanjang filem ditayangkan tanpa had dan batasan. Cuma, bila movie dah habis, semua kena keluar dan tak dibenarkan lagi bermain. 


Parents Boleh Main Playground Sekali Tak? 

Jawapan : BOLEH. Kalau tak malu dan tak gemuk dan tak obesiti. Sebab nanti kalau mainan ni pecah, kita kena gantilah kot macam biasa. 


Boleh Makan dan Minum Dalam Hall?

BOLEH. Tapi kena beli makanan dari GSC Cinema sahaja seperti biasa. 

Kalau macam kat IOI City Mall ni, ada 1 kedai makan kat depan PlayPlus Hall ni, yang memang cater untuk pelanggan GSC. So, kita boleh order makanan kat situ , & nanti diaorang akan hantar makanan tu ke dalam hall kita, terus ke tempat duduk kita. 


Ada Tandas Tak Dalam Hall?

Ada, tapi hanya tandas kanak-kanak sahaja. Yang orang dewasa, kena guna tandas dewasa di dalam GSC.


Untuk maklumat lanjut lagi boleh layari laman web GSC - https://www.gsc.com.my/ 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE