Hotel Review : Staycation at Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur


OK hari ni aku nak share pasal Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. 

Sejak tahun lepas, aku dah staycation kat hotel ni beberapa kali, dan yang paling last ialah Bulan Mei 2023 baru-baru ni. Tapi aku tak pernah tulis pasal review hotel ni kat blog ni. Jadinya, hari ni aku nak share dengan korang pengalaman stay in kat Hotel 5 Bintang Mandarin Oriental, KLCC. 

Mungkin jugak hotel ni 6 bintang, sebab layanan staff hotel ni memang layaklah dapat taraf 6 bintang.

https://www.tripadvisor.com.my/Hotels-g298570-Kuala_Lumpur_Wilayah_Persekutuan-Hotels.html


Biasanya kami staycation kat sini 3 hari 2 malam. 

Sepanjang 3 hari tu memnag fully utilise segala kemudahan dan fasiliti yang disediakan di hotel ni. So, kitaorang tak keluar sangatlah dari hotel. Kalau ada keluar pun, pergi ke KLCC je yang terletak betul-betul kat sebelah Hotel Mandarin Oriental ni. 

Kitaorang selalu stay kat sini sebab hotel ni dekat dengan KLCC. Senang nak shopping. Dan added value Hotel Mandarin Oriental ni ialah ia ada kids club (kids room) iaitu tempat aktiviti untuk budak-budak bermain dan bergembira. 

So, jomlah aku review satu-satu.


Bilik Tidur 

Kitaorang ambil bilik tidur yang biasa jer, yang cukup untuk kitaorang 5 orang. Biliknya luas, boleh bawak masuk babycot lagi. 

Bilik yang biasa ni harga dia dalam RM 700 - RM800 semalam, termasuk pakej breakfast untuk 2 orang. Ini harga untuk hari weekend. Kalau hari weekdays mungkin lagi murah. 

Inilah bilik tidurnya. Kadang-kadang kitaorang dapat bilik yang view taman KLCC, kadang-kadang dapat bilik yang view ke jalanraya. Mana-mana view pun semuanya OK untuk kitaorang. 


Ini toilet dalam bilik. Nampak mewah. ADa bathtub dan ada shower. 


Ini hallway dari pintu masuk utama nak pergi ke katil. So, kat tepi tu ialah wardrobe. 

Ini 'welcoming drink' yang memang disediakan di setiap bilik sebanyak 2 botol.


Ini aku pakai bathrobe yang disediakan dalam bilik. Biasanya ada 2 helai bathrobe ni.


Ini babycot kat Hotel Mandarin Oriental. Bila pergi hotel mana-mana, kita boleh mintak bbaycot & baby bathtub. Alhamdulillah! Hotel ni sediakan semua kelengkapan bayi dengan cukup. 



KIDS CLUB / KIDS ROOM

Nama kids club ni ialah Kids Explorer Area. Ruang ni terbuka pada semua kanak-kanak bawah 13 tahun. 13 tahun keatas dah masuk kategori remaja dah.

Kids Club ni ada waktu-waktu dia , maksudnya ada jadual aktiviti dia. So,kalau nak main kat sini, kena tengok jadual tu dulu, so kita bolehlah plan masa kita dengan sebaiknya. 

Parents kena tunggu kids, tak dibenarkan biarkan kids bersendirian dalam ni. 

Kakak FL & Leeya happy sangat-sangat masuk sini. Sebab tu diaorang nak datang lagi dan lagi. 

Ini ruang menunggu untuk parents / guardian.

Ada ruang membaca

Tengok, enjoy jer diaorang main-main.



Sambil tunggu diaorang habis main, mommy buatlah kerja dulu kat laptop. 



SWIMMING POOL

Pool kat sini ada 2 - pool untuk dewasa dan pool untuk kanak-kanak. Yang pool orang dewasa tak lah dalam sangat. Kakak FL pun boleh sampai kaki dia ke dasar. 

Biasanya ramai orang kat pool ni, sebab mat saleh suka sun bathing. Tapi OK jer tak crowded pun dalam pool tu. 

Setiuap tetamu yang datang ke pool, akan dihidangkan dengan sky juice secara percuma. BEST! wink. wink.

Pool ni tutup jam 8 malam. 


Ni view waktu malam. 

Ni aku punya. Beg dan selipar ni memang wajib ada kat dalam luggage setiap kali kitaorang pergi hotel.



Best jugak tidur kat tepi pool ni. Lena jer. 


1 gambar untuk kenangan.


Kat pool ni ada 1 cafetaria, yang menghidangkan masakan western. So, biasnaya bila ada apa-apa festival / perayaan, diaorang akan buat 'celebration' kat tepi pool ni, contohnya New year Celebration. Kalau nak join 'celebration' tu kena bayar asing dan kena book awal-awal sebab tempat terhad. 

So, ini ialah ice sculpture masa celebration tu. 


LADIES LOUNGE

Dan yang lagi best, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur ni ada ladies / male lounge yang sangat-sangat selesa dan menyamankan. So, semua tetamu hotel boleh gunakan lounge ni secara percuma. Lounge ni ditutup jam 9 malam. Kita boleh sewa locker kat dalam ni nak letak barang peribadi kita. Dan sewaan nya percuma saja. 



Jacuzzi ada kat dalam lounge ni. Selain tu ada sauna dan ada steam room. Kanak-kanak tak dibenarkan masuk dalam ni.

Boleh jugak nak rehat-rehat kat sini sambil baca buku atau main phone, tanpa kehadiran anak-anak.




MAKAN-MAKAN

Makanan dia sedap. Breakfast dia banyak choice. 



Ini in-room dining masa waktu lunch dan dinner. Sebab en.suami malas nak keluar dari bilik, sebab biasanya kat KLCC crowded bila hari weekend. So dia order jer dan makan dalam bilik. 













Makanan semua diletakkan dalam 'peti' ni. peti ni buatkan makanan sentiasa panas. 
Macam dalam kapal terbang tu.

Bila makanan dah sampai di bilik, baru crew F&B keluarkan semua makanan tu dan dihidangkan di atas meja.


KEMUDAHAN LAIN

Ini surau yang terletak kat Aras 2. In case kalau tak menginap kat hotel ni, bolehlah solat kat surau ni. 

Tempat wuduk dalam surau



Kat sini jugak ada gymnasium, ada tennis court, ada spa dan ada salon rambut. Dan semua kemudahan ni adalah berbayar. Nak guna kena bayar, kecuali gymnasium. Untuk tennis tu, siap ada coach lagi tau. So, bolehlah kalau nak guna khidmat coach untuk 1 hari, dah alang-alang stay sini kan. 

Nak guna court tennis pun kena bayar dan kena booking dulu, sebab court tennis ni selalu penuh orang, walaupun pada waktu tengahari. 

Overall, aku dan en.suami aku suka sangat-sangat Hotel Mandarin Oriental KL ni. Sebab tu lah kitaorang stay sini berkali-kali tanpa jemu. 

Salah satu sebab lagi, ialah layanan staff kat sini sangat-sangat baik. Diaorang greet kita dengan 'nama' kita. Bila kita call, yang angkat panggilan tu pun dah tahu siapa penghuni bilik tu, dan diaorang greet "Hye Dr.XXXXX, may i assit you?", contohnya begitulah.

****************************

Itu jer lah kot pasal review Hotel mandarin Oriental ni dari pandangan mata aku. Mungkin next time kitaorang stay sini lagi. Tak tahu lagi lah.

Korang boleh jugak baca review hotel ni :  'HOTEL REVIEW : STAYCATION AT FOUR SEASONS HOTEL, KUALA LUMPUR'
 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. wahh detail DP review nii , seronok anak-anak kan, tapi kan tapping tapir tuu kak ana tak leh nak layan, haha :)

    ReplyDelete
  2. bestnya ada provide semua kan. hehehe

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE