Weekend baru-baru ni, kitaorang staycation kat Hotel Grand Millenium, yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. So, aku nak share dengan korang momen-momen kitaorang anak-beranak makan sarapan pagi di Buffet Breakfast Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur.
Tempat breakfast ni terletak kat Tingkat 1, bangunan hotel ni. Actually kitaorang dapat privellage untuk makan kat Club Lounge yang terletak kat Tingkat 18. Tapi kat Club Lounge tu, kids tak boleh masuk. So, terpaksalah kitaorang turun breakfast di Tingkat 1.
Walaupun hari weekend, tetap ramai orang sampaikan kitaorang kena beratur hampir 10 minit nak tunggu meja kosong. Tapi, berbaloi la beratur sebab makanan dia semua sedap dan banyak pilihan makanan.
Hampir 10 minit kena beratur untuk nak dapatkan meja.
My favourite - Roti!!
Leesa macam biasa, tidur jer bila bawak dia jalan-jalan. Senang kitaorang nak makan dengan tenang. hihi. Such a good baby Leesa. Bravo Leesa!
Buffet breakfast kat Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang, KL ni ada banyak pilihan makanan. Cumanya, untuk pilihan buah-buahan tu sedikit, tak sebanyak macam Hotel Mandarin oriental ataupun Hotel Four Season, KL. But, we are still enjoy dengan makanan-makanan lain.
Inilah antara makanan yang kitaorang makan hari tu, yang sempat di 'snap'. Pinggan-mangkuk untuk kids tu, boleh request dengan staff hotel.
Club Lounge ni sebelah bilik kitaorang jer, yang terletak di Tingkat 18. Cuma, kids tak dibenarkan masuk dalam ni. Minum petang dan buffet breakfast turut disediakan dalam Club Lounge ni, dan guest yang stay kat Floor 18 ni boleh menikmati makanan dan minuman ringan secara percuma sepanjang masa kat dalam ni. Even nak buat 'meeting' pun boleh kat sini.
Harga Buffet Breakfast di Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur ialah RM 45 untuk seorang kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment