Ok guys, baru-baru ini aku pergi ke jabatan Imigresen untuk buat passport Baby Leesa. Leesa sekarang umur 5 bulan dah, dah boleh makan dah. So, dah tiba masanya untuk Leesa travel jauh naik kapal terbang macam kakak-kakak dia sebelum ni. Dan inilah kali pertama Leesa buat passport dalam hidup dia ketika usianya mencecah 5 bulan. Entry kali ni, aku nak share dengan korang tentang 'CARA-CARA NAK BUAT PASSPORT MALAYSIA  UNTUK BAYI DAN ANAK KECIL BAWAH UMUR 4 TAHUN BUAT PERTAMA KALI'. 


Isi Kandungan Cara-Cara Nak buat Passport Malaysia untuk Bayi dan Anak Kecil :

1. Dokumen Yang diperlukan Untuk Buat Passport Anak-Anak Bawah 4 Tahun 

2. Keperluan (Requirements) gambar passport untuk bayi 

3. Bayaran Harga untuk Buat Passport Kanak-Kanak

4. Cara Bayaran

5. Pengalaman Buat Passport Bayi di Pejabat Passport KLIA. 

passport

Yeaayyy! Leesa dah ada passport. So, sekarang mummy bolehlah hunting tiket murah -murah. Air Asia ada buat promo tak? hihi.

Baca Artikel Ni Pasal Travel Dengan Baby : 'Terbang Bersama-Sama Bayi Atau Kanak-Kanak Dengan Air Asia?'


CARA-CARA NAK BUAT PASSPORT MALAYSIA  UNTUK BAYI BUAT PERTAMA KALI

Pertama sekali, korang kena pergi ke kedai gambar, ambil gambar passport untuk bayi korang terlebih dahulu. 


Nak renew passport ?. Boleh baca artikel ni : 'How to renew your passport in Malaysia online or by appointment: 2023 Guide'


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BUAT PASSPORT BAYI / ANAK-ANAK DI BAWAH 4 TAHUN : 

P/S : Info ni hanya untuk Anak Kandung sahaja ok. Kalau untuk Anak Angkat, kena baca kat Website : 'JABATAN iMIGRESEN MALAYSIA' 

1. Gambar 2 keping, background putih. (Kena bawak gambar sendiri pergi ke Jabatan Imigresen). Untuk anak-anak atas 4 tahun, tak perlu bawa gambar, tapi kena pakai baju warna gelap, sebab nak tangkap gambar kat depan staff Imigresen. 

2. I.C Ibu atau Bapa yang asal (Original)

3. Salinan I.C Ibu atau Bapa (Photostat) - 1 keping

4. Surat Beranak Bayi / Anak  yang asal (Original)

5. Salinan Surat Beranak Bayi / Anak - 1 keping

6. MyKId Anak (Jika Ada) - Asal & Salinan

7. Kena tahu tinggi anak. So sebelum datang ke Pejabat Imigresen tu, ukurlah tinggi bayi kita tu siap-siap. Kalau boleh ingat sekali berat baby, kot-kotlah diaorang tanya jugak.

P/S : Kena bawa bayi / anak sekali masa pergi buat passport.


KEPERLUAN (REQUIREMENTS) GAMBAR PASSPORT UNTUK BAYI DAN ANAK-ANAK BAWAH UMUR 4 TAHUN

1. Kena pakai baju warna gelap. So, better korang pakaikan anak korang baju warna hitam. 

2. Ibu atau ayah yang nak pangku bayi tu, kena pakai baju dan tudung warna putih. 

Hari tu aku pakai tudung warna gelap, So, kat kedai tu gambar tu, aku kena sarung jaket warna putih. Nasib baik kedai gambar tu ada semua baju-baju yang diperlukan.

3. Bayi / anak kecil tak dibenarkan pakai skaf rambut atau apa-apa aksesori rambut.

4. Background gambar ialah warna putih. 

5. Saiz gambar ialah 35 mm x 50 mm. Saiz wajah kena at least 25 mm - 30mm ( lebih kurang 50% - 60% dari keseluruhan saiz gambar.

6. Gambar yang diperlukan oleh Jabatan Imigresen ialah 2 keping sahaja. 

P/S:  Gambar passport bayi hendaklah 'HANYA BAYI SEORANG SAHAJA', tak boleh ada tangan ibu / ayah atau ada tudung ibu atau apa-apa objek lain yang tidak dimiliki oleh si bayi dalam gambar tu. 


BACA NI JUGA : 'RESTOREN SEDAP DI AYER 8, PUTRAJAYA'

Inilah gambar passport Leesa yang diterima oleh Pihak Imigesen Malaysia. 

Mulanya, gambar Leesa ada nampak tangan aku, sebab aku pangku dia masa ambil gambar ni. So, Imigresen tak terima gambar tu. Jadinya, hari yang sama buat passport tu terpaksalah berkejaran ke Kedai Gambar yang berdekatan untuk ambil semula gambar. 

Pasal gambar ni, jangan buat main-main tau, diaorang sangat strict. 



BAYARAN HARGA UNTUK BUAT PASSPORT BAYI / ANAK-ANAK DI BAWAH 12 TAHUN : 

Harga nak buat passport untuk bayi dan anak-anak bawah umur 4 tahun, ialah sama harga dengan passport kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun , iaitu hanya RM 100 sahaja. 

Kalau kanak-kanak berumur 13 tahun, ia dah mengikut harga sebenar untuk buat passport bagi warganegara Malaysia (tak ada diskaun), iaitu sebanyak RM 200. 

** Boleh rujuk kat gambar kat bawah ni. 

Ini entri aku dulu-dulu masa aku buat Passport untuk Kakak FL - 'TRAVEL :: HOW TO MAKE A BABY'S PASSPORT'


CARA BAYARAN :

Online. So, boleh guna kad kredit atau kad debit sahaja.


Ada sesetengah premis yang membenarkan bayaran secara tunai (cash). Tapi tempat yang aku buat passport hari tu tak terima langsung cash. 



PENGALAMAN BUAT PASSPORT BAYI DI PEJABAT PASSPORT KLIA

Hari tu, aku pergi buat passport Baby Leesa dan renew passport Leeya (umur 5 tahun) kat Pejabat Passport KLIA, Sepang.

Leesa tak pernah ada passport lagi sebab dia baru lahur tahun 2023 ni. So, inilah pertama kali Leesa buat passport dalam hidup dia. Leeya pulak dah pernah buat passport sebelum ni, dan passport dia tamat tahun hadapan sepatutnya (tahun 2024). 


Kenapa kena renew passport Leeya??

Sebenarnya, muka Leeya kat passport sebelum ni muka baby. Sekarang umur Leeya dah 5 tahun, so muka dah banyak sangat berubah. Jadinya, bila muka berubah, kita kena tukar gambar kat passport tu. 

Samalah jugak, kalau kita ada buat surgery (pembedahan plastik) kat muka dan muka kita nampak berbeza dari sebelum ni, so sepatutnya kita kena tukar gambar pada passport tu. 

Dulu masa Kakak FL, kena bawak passport sediada dan bawak gambar terbaru sahaja, pastu diaorang akan lekatkan gambar terbaru tu di passport sediaada. 

Tapi sekarang ni (tahun 2023) dah tak boleh tampal gambar jer, kena terus renew buat passport baru. Tapi passport baru yang dapat ni, dia akan extend lagi tarikh tamat tempoh passport tu.

Contohnya, passport Leeya yang sediaada sepatutnya tamat pada tahun 2024. Tapi sekarang Leeya kena buat passport baru, so tarikh tamat tempoh passport baru tu, ditambah 5 tahun dari tarikh tamat tempoh tahun 2024. Iaitu, 2024 + 5 tahun = 2029
  
passport

Beli cover passport ni supaya passport sentiasa bersih dan tak kotor dan tak bercalar. 
Beli kat sini (Kat Shopee) : https://invl.io/cljo84z




PEJABAT PASSPORT KLIA, SEPANG

Pejabat Passport KLIA ni beroperasi sejak Bulan januari 2023 hari tu. 

Pejabat ni terletak kat luar terminal KLIA, iaitu di tempat 'Long Term Car Park, atau singkatannya disebut sebagai 'LTCP'

LTCP ni ialah tempat parkir kereta untuk pengguna KLIA yang nak park kereta lama-lama (lebih dari 1 hari), dan harga parking kat LTCP ni jauh lebih murah dari parking di KLIA. Dan kalau parking kat LTCP ni, boleh naik 'shuttle bus' yang disediakan secara percuma untuk ke KLIA.

Korang nak datang ke Pejabat Passport KLIA, follow signboard 'Long Term Car Park' ni.


Inilah entrance LTCP. Kena ambil tiket parking kat pagar tu. Dan bayaran parking kat dalam ni kena guna cash sahaja k.


Untuk ke Pejabat Passport KLIA, korang kena drive sampai ke belakang. Follow jer signboard 'Pejabat Passport KLIA'.

Inilah dia Pejabat passport KLIA, Sepang.

Buat passport kat sini sangatlah OK. Tak ramai orang. 

Kalau datang pagi, memang kena menunggu jugak sekejap. Tapi kalau datang petang, langsung tak ada orang, dan boleh terus buat passport.

Untuk kanak-kanak umur 5 tahun ke atas dan orang dewasa, tak perlu bawa gambar, gambar ambil kat situ jer, tapi kena pakai baju / tudung warna gelap.

Lepas buat bayaran, kita hanya kena tunggu dalam 30 - 60 minit jer, untuk ambil passport baru. Kalau tak nak tunggu pun boleh. Nanti datanglah ambil kemudian. 



Ini Leeya, Baby Leesa dan babysitter diaorang, Azreen (Our personal babysitter) Azreen pun turut sama buat passport hari tu. 

Nak beli hardcase luggage untuk travel?. Beli saja kat Shopee, ini link nya : https://invl.io/cljo869



Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk sendiri dengan Website Jabatan Imigresen Malaysia di link ni - https://www.imi.gov.my/index.php/en/main-services/passport/malaysian-international-passport/

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE