OK guys, hari ni aku nak share dengan korang yang tengah menanti-menanti kerja idaman, aku nak TIPS dan cara-cara nak dapat jawatan kosong kerja kerajaan untuk diterima oleh SPA sebagai penjawat awam. SPA tu ialah nama ringkas bagi Suruhanjaya Perkhidmatan AWAM. SPA lah yang bertanggungjawab untuk mencari pekerja-pekerja baru bagi semua jawatan di dalam kerajaan.
Sebelum ni aku pernah share pasal cerita 'Aku Berhenti Kerja Kerajaan' dan artikel ni sangat mendapat perhatian ramai pembaca. Kalau korang nak baca, boleh baca kat sini: 'MENYESAL KERJA KERAJAAN'.
Aku dulu pernah kerja kerajaan sebagai pekerja tetap dan lantikan aku adalah di bawah SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia), Skim J. Aku masuk kerajaan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan aku layak untuk dapat pencen bila bersara nanti.
Namun, aku tak bekerja sampai pencen dan aku berhenti (resign) awal. hihi. Itu pilihan aku dan aku seronok dengan keputusan yang aku buat. Aku tak menyesal langsung. Korang boleh baca story aku kenapa aku berhenti kerja kerajaan kat link yang aku share tadi.
So, ni aku nak share dengan korang TIPS Nak Dapat Kerja Kerajaan SPA Tanpa Guna 'Kabel'.
Masa aku dapat tawaran kerja kerajaan SPA ni, dalam masa yang sama aku pun dapat juga lagi 1 tawaran kerja kerajaan juga di bawah Kementerian Sumber Asli, tapi status kontrak.
So, aku 'decide' untuk terima tawaran kerja yang bawah SPA sebab kerja tu sangat rapat dengan kelulusan Degree aku iaitu Perancangan Bandar dan Wilayah. Yang kerja di bawah Kementerian Sumber Asli tu, lebih pada kerja dalam bidang Geographical Informaton Systems (GIS). Dan minat aku sudah tentu ialah bidang perancangan bandar (Town Planning). Atas sebab tu, aku pilih kerja tetap di bawah SPA.
Untuk pengetahuan korang, aku diterima kerja kerajaan ni langsung tak pakai Kabel atau Kuasa Besar k atau orang sekarang panggil KRONI. Aku diterima masuk bekerja kerajaan atas bakat dan reputasi aku sendiri, bak kata melodi - 'berdiri diatas kaki sendiri'. Gittewww!😆😆😆
Table Of Content
1.0 Jawatan Kosong Kerja Kerajaan
1.1 Jawatan Kosong Kerajaan Negeri
1.2 Jawatan Kosong Kerajaan Persekutuan
1.3 Jawatan Kosong Kerajaan Di Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun
2.0 Kerja di Sektor Awam Jangka Pendek (Kerja Sementara)
2.1 Jawatan Kosong Kerajaan MYSTEP
3.0 Kerja Kerajaan dan Kerja Swasta - Mana Satu Yang Best?
3.1 Manfaat Perubatan
3.2 Bonus
3.3 Kenaikan Pangkat
4.0 10 Tips Nak Dapat Kerja Kerajaan Tanpa Guna Kabel dan Kroni
JAWATAN KOSONG KERJA KERAJAAN
OK guys, jawatan kerja kerajaan di bawah SPA tak sama tau dengan kerja kerajaan di bawah Kerajaan Negeri atau di Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau kerja kerajaan di bawah SPA ialah kita bekerja di bawah Kerajaan Persekutuan. Jawatan kerja dengan Kerajaan Persekutuan ni ada kat semua tempat, bukan di Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja.
Aku dulu kerja di bawah kerajaan persekutuan, pernah kena transfer ke Negeri Perak. Tapi gaji aku masih lagi Kerajaan Persekutuan (JPA) yang bayarkan.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI
Kalau kerja kerajaan di bawah Kerajaan Negeri, contohnya bekerja dengan SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri), korang kena mohon sendiri kerja dengan negeri tersebut. Contohnya, kalau korang duduk kat Terengganu dan nak terus menetap di Terengganu, jadi eloklah korang bekerja dengan Kerajaan Negeri.
Untuk jawatan kosong Kerajaan Negeri, kena selalu tengok Facebook atau Website Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN). Biasanya kalau ada jawatan kosong tu, diaorang akan buat iklan.
Contohnya, untuk Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor, korang boleh tengok kat Website ni : https://spn.selangor.gov.my/
Bila kerja dengan kerajaan negeri ni, gaji, elaun dan bonus kita kerajaan negeri yang bayarkan dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
Contoh kalau Kerajaan Persekutuan umumkan nak bagi bonus pada penjawat awam, so itu sebenarnya penjawat awam kerajaan persekutuan yang dapat, bukannya penjawat awam kerajaan negeri.
Tapi biasanya, bila Kerajaan Persekutuan umum macam tu, nanti Kerajaan Negeri pun akan pulun jugak bagi penjawa awam negeri diaorang BONUS kalau kerajaan negeri ada duit.
JAWATAN KOSONG KERAJAAN PERSEKUTUAN SPA
Kalau kerja kerajaan di bawah Kerajaan Persekutuan, contohnya nak bekerja dengan Kementerian Pertanian Malaysia ataupun nak bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) korang kena mohon melaui SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia).
So, pertama sekali, korang kena daftar dulu nama korang dengan SPA. Boleh daftar sepanjang masa. Masa daftar tu nanti dia mintaklah sijil dan dokumen semua.
Kalau boleh, alamat surat menyurat tu letak alamat rumah tetap (rumah parents) dan jangan letak alamat rumah sewa, sebabnya nanti kalau korang berpindah rumah menyewa rumah lain, tak dapatlah surat panggilan temuduga andaikata kalau ada rezeki.
Lepas dah daftar, tunggu SPA panggil temuduga. Mungkin setahun lagi SPA akan panggil, mungkin 3 bulan lagi, atau mungkin 6 bulan lagi. Tengok pada rezeki masing-masing. So, sementara nak tunggu panggilan temuduga SPA tu, silalah bekerja dulu kat mana-mana mencari rezeki yang halal.
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeletepanjang lebar DP share, sangat bermanfaat untuk anak-anak yang sedang mencari peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan .
ReplyDeleteTips yang sangat bagus ni. Politik office? Ya saya setuju kenyataan tu.
ReplyDelete