12 TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL

in , , , by dorsett pink, August 14, 2023

Trend sekarang ramai orang beriadah dengan menggunakan basikal. Alhamdulillah! Rakyat Malaysia dah semakin sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Kalau nak beli basikal, jangan simply beli jer. Baca dulu artikel ni sampai habis pasal 'TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL'.

12 TIPS DAN PANDUAN UNTUK MEMBELI BASIKAL


ISI KANDUNGAN TIPS DAN PANDUAN MEMBELI BASIKAL1

1.  JENIS-JENIS BASIKAL

2.  12 TIPS DAN PANDUAN MEMBELI BASIKAL


JENIS-JENIS BASIKAL

Guys, basikal ni ada macam-macam jenis. So, kalau korang nak membeli basikal, korang kena tahu dulu apa fungsi setiap basikal tu. Jangan tersalah beli, nanti melayang duit. Harga basikal bukannya murah. So, buatlah keputusan yang bijak sebelum membeli agar pembelian kita tu boleh menjadi 1 pelaburan yang sangat bernilai, termasuklah bernilai dari sudut kesihatan badan. 


1. Basikal Jalan Raya (Road Bike): 

Basikal ini dirancang untuk digunakan di jalan raya atau trek yang rata. Mereka memiliki tayar yang tipis dan 'frame' yang ringan untuk bagi 'speed' laju di atas jalan raya.

basikal
Inilah dia rupa 'road bike'. 
Sumber imej dari : 'BIKERADAR' 


BACA INI : 'GUNUNG BANANG'

2. Basikal Gunung (Mountain Bike): 

Basikal gunung ni dibuat untuk sesuaikannya dengan trek 'off-road', seperti tanah berbatu, berair, trek hutan, dan gunung. Basikal ni memiliki suspensi yang kuat untuk menyerap hentakan dan goncangan yang kuat semasa menunggang. Dan tayar basikal nya pun lebih lebar dengan cengkeraman yang baik.

basikal

basikal

3. Basikal Lipat (Folding Bike): 

Basikal ini dapat dilipat menjadi kecil dan ia sangat mudah untuk penyimpanan dan senang nak bawa pergi mana-mana. Untuk perjalanan  yang pendek, basikal ni sangat-sangat sesuai. 

So, andai kata kalau korang bercadang nak travel guna 'caravan' kat New Zealand, bawaklah 1 basikal lipat ni masuk dalam caravan tu, sebab caravan ni tak boleh park sebarangan, kena park di tempat yang disediakan khas untuk caravan dan biasanya lokasi parking tu jauh. 

basikal

4. Basikal Bandar (City Bike): 

Juga dikenali sebagai basikal bandar atau basikal serba guna, basikal ini sangat sesuai  untuk perjalanan sehari-harian di dalam bandar.

basikal

basikal


5. Basikal Hibrid (Hybrid Bike): 

Basikal hibrid ialah merupakan kombinasi (gabungan) antara 'road bike' dan 'mountain bike'. Basikal ini dicipta untuk keselesaan dan kestabilan di jalan raya dan trek yang ringan. Basikal 'Hybrid' ni ialah basikal 'top selling' di Negara United Kingdom.

Basikal hibrid ni sebenarnya adalah inovasi dari basikal gunung (mountain bike), yang mana ia mempunyai 'handle' yang rata, tayar yang lebih besar, tebal (lebih tebal dari road bike dan tayar yang lebih laju. Frame basikal ni pun lebih ringan berbanding dari basikal gunung. So, basikal ni sangat disukai dan menjadi pilihan oleh Penduduk United Kingdom.

basikal


6. Basikal Perbandaran (Commuter Bike): 

Seperti namanya, basikal ini sesuai untuk perjalanan harian ke tempat kerja atau sekolah. Basikal ni biasanya ada ruang untuk letak barang-barang dan rantai nya bertutup untuk menjaga pakaian dari terkena debu dan kotor. 

Korang baca ni : '13 Best Commuter Bike'

basikal


7. Basikal Balap (BMX Bike): 

Basikal ni biasanya orang guna untuk 'main-main', macam 'challenge' dan ia lebih lasak, sebab ada adegan lompat, jatuh, pusing dan juga 'trick' lain.  Basikal ni punya frame yang kuat, lebar dan compact untuk support penunggang melakukan sebarang aksi lasak.  

basikal

8. Basikal Klasik (Cruiser Bike): 

Basikal cruiser memiliki frame yang bagus dengan posisi seat yang tegak. Basikal ni sesuai untuk perjalanan yang santai dan tak rushing. So, basikal ni tak boleh nak bawak laju-laju, just slow & steady jer.  

basikal


9. Basikal Tandem (Tandem Bike): 
Basikal ini dicipta untuk dua orang  penunggang. Seorang yang mengendalikan basikal dan seorang lagi yang mengendalikan kayuhan. Basikal jenis ni sangat sesuai untuk kuatkan 'bonding' antara keluarga atau sahabat. 

basikal

10. Basikal Elektrik (Electric Bike atau E-Bike): 

Basikal ini ada motor elektrik yang membolehkan basikal ini dibantu oleh kuasa lektrik untuk menggerakkan kayuhannya. So, untuk korang yang tak cukup stamina atau baru berjinak-jinak dalam dunia sukan basikal ni, belilah basikal e-bike ni, agar tak mudah pancit / letih di pertengahan jalan nanti. hihi. 

basikal



So, berdasarkan pada jenis-jenis basikal yang ada di pasaran ni, korang buatlah keputusan yang bijak, basikal yang mana yang agak-agak sesuai dengan kifestyle korang. Adakah korang nak gunakan untuk bersukan di hutan ataupun hanya sekadar nak santai-santai di kawasan taman perumahan? 

Tapi sebelum beli basikal tu, baca dulu TIPS-TIPS DAN PANDUAN MEMBELI BASIKAL kat bawah ni. 

12 TIPS DAN PANDUAN MEMBELI BASIKAL

Membeli basikal boleh menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan, tetapi penting untuk memahami beberapa perkara sebelum membuat keputusan. Kat sini ialah  panduan lengkap untuk membeli sebiji basikal:


1. Tentukan Tujuan Penggunaan

Mula-mula sekali, korang kena tahu dulu apa tujuan basikal tu. Adakah nak guna untuk bersukan kat gunung ker, nak guna buat pergi kerja ker, nak guna untuk santai-santai saja ke. Korang kena fikir betul-betul tujuan kegunaan basikal tu, agar nanti dah beli basikal tu, boleh guna dengan sebaik-baiknya dan tak menyesal. 


2.     Jenis Basikal

Ada macam-macam jenis basikal yang seperti aku dah tulis kat atas ni. So, pilihlah basikal yang sesuai dengan keprluan kita dan jangan hanya ikut-ikut trend semasa. 


3. Anggaran Harga

Tetapkan bajet atau anggaran kos yang korang mampu keluarkan untuk membeli basikal. Bajet beli basikal ni jangan letak semata-mata pada harga basikal, tapi juga kena masukkan sekali kos untuk membeli aksesori basikal sebab helmet, lampu basikal, kasut dan sebagainya. 

 

4. Saiz Basikal 

Pastikan basikal yang korang beli tu sesuai dengan saiz badan korang.  Basikal yang terlalu besar atau terlalu kecil boleh menyebabkan korang rasa tak selesa masa menunggang nanti. So, masa nak beli basikal tu, tanya sehabis mungkin pada juru jual. Kalau boleh, buat 'test-ride' dulu confirm nak beli basikal tu. 


5. Komponen Basikal

Untuk buat pilihan membeli basikal, bagi perhatian pada komponen-komponen utama basikal macam rangka basikal (frame), gear, brek, roda, dan tayar. Komponen yang berkualiti tinggi boleh memberikan prestasi yang lebih baik dan tahan lama pada basikal tersebut.


6. Kualiti Rangka 

Rangka (frame) adalah komponen penting. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat rangka adalah dari material seperti aluminium, karbon, dan keluli mempunyai kelebihan dan kelemahan nya tersendiri. So, pilihlah basikal yang punya rangka yang sesuai dengan keperluan dan bajet korang.


7. Jenama Dan Review

Study dan teliti dulu jenama-jenama terkenal basikal ni dan baca review pembeli/pengguna yang dah menggunakan basikal jenama tu. Review sebenar dari penuggang yang dah guna model basikal tu boleh bagi kita idea yang lebih baik tentang keupayaan dan prestasi basikal tu.


8. Ukuran Tayar

Ukuran tayar boleh mempengaruhi prestasi basikal. Tayar yang lebih lebar memberikan keselesaan dan cengkaman yang lebih baik di jalan yang tidak rata, manakala tayar yang lebih kecil atau nipis cenderung untuk memberikan kelajuan yang lebih tinggi di jalan raya.


9. Ujian dan Penilaian

Seboleh mungkin, korang cuba 'test-ride' dulu basikal tu sebelum beli. So, dari situ, korang boleh nilai sendiri keupayaan basikal tersebut samada korang berpuas hati atau tak, dan menepati citarasa korang tak dan sesuai tak dengan saiz badan korang. Yang penting, basikal tu mampu buatkan korang selesa bila ride nanti. jangan beli semata-mata sebab  ia jenama popular ataupun sebab ia cantik jer.  


10. Aksesori Tambahan 

Aksesori tambahan untuk menunggang basikal macam topi keselamatan (helmet), lampu depan, lampu belakang, botol air, tempat letak botol air, tempat simpanan, dan sebagainya. Aksesori ini dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan semasa memandu. So, korang kena spend sikit duit untuk beli aksesori-aksesori ni juga. 


11. Pengurusan Penjual

Beli dari penjual yang berpengalaman dan boleh dipercayai. Cari penjual basikal yang boleh bagi nasihat dan tips-tips basikal yang tip-top dan jugak kedai basikal yang boleh bagi jaminan  perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan (after-sale service).

Korang boleh baca artikel ni pasal KEDAI-KEDAI BASIKAL TERBAIK :

'10 KEDAI BASIKAL TERBAIK DI KUALA LUMPUR'

''10 KEDAI BASIKAL TERBAIK DI SHAH ALAM'


12. Penjagaan dan Penyelenggaraan (Service & Maintenance)

Korang kena jaga basikal korang baik-baik. Selenggara kan basikal tu secara berkala. Jangan biarkan jer basikal tu macam tukun biarpun lama tak guna. At least sekali sekali, sapu dan bersihkan lah basikal tu especially gear basikal. 

Antara komponen yang penting untuk dijaga dan 'dibelai' ialah seperti rantai, gear, dan brek.

Korang kena ingat bahawasanya membeli basikal adalah pelaburan dalam kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. Ambil sikit masa untuk study dan buat kajian sikit pasal basikal tu sebelum membuat keputusan muktamad. 


BACA NI JUGA ARTIKEL NI :  'JENAMA-JENAMA BASIKAL YANG TERDAPAT DI PASARAN'.


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE