Leesa dah berumur 6 bulan. Sejak bulan lepas, Leesa dah start makan solid food (Weaning). Tapi setelah sebulan start makan, Leesa cirit-birit dan Doktor Pakar Kanak-Kanak suruh tukar susu ke Susu Tanpa Laktosa (Lactose Free).

lactose free

Alhamdulillah, Leesa suka makan dan dia sang at enjoy bila waktu makan sejak umur dia 5 bulan. 


Kenapa start weaning masa umur 5 bulan? 

Sebab dia menangis teruk dan malam pun dia tak tidur sebab lapar. Bila dia tak tidur, mummy dia lah yang akan penat dan stress sebab mummy dia tak cukup rehat. Waktu siang dah sah-sah tak kan tidur punya. 

So, atas nasihat Doktor Pakar Kanak-Kanak (Paedtrician), doktor kata Leesa dah ready untuk makan. 

Masa umur 5 bulan, Leesa makan puri buah jer. Bia masuk umur 6 bulan, Leesa dah start makan bubur nasi (yang di 'blend') , campur dengan ayam dan buah dan sayur. 

Tapi so far, nampak Leesa suka makan epal. So, setiap diet Leesa wajib ada puri epal. Aku guna epal fuji. 

lactose free

Leesa suka makan. 


Walaupun Leesa dah lama start makan solid food dan langsung tak ada masalah untuk terima makanan baru tapi 2 minggu lepas, Leesa cirit-birit dan muntah-muntah. 

So, terpaksa bawak Leesa jumpa Doktor Pakar sekali lagi. Doktor bagitau, ada bendasing yang masuk ke perut Leesa dan ia bukan makanan. Bendasing tu maybe habuk atau kotoran (mikroorganisma) yang termasuk masa Leesa 'chew' sesuatu. 

Sebab sekarang ni Leesa dalam fasa 'teething'. So, apa saja yang ada kat tangan dia, semuanya dia bawak masuk mulut dia. 

Doktor bagi : Prebiotik & cream untuk nappy rash (Zinc Oxide). Dan atas saranan doktor juga, doktor suruh bertukar ke Susu Bebas Laktosa iaitu susu lactose free. 

Sebelum ni Leesa minum susu Formula Dutch Lady (mix with breastfeeding). 

Jadinya, en.suami pun pergilah ke Kedai bayi dan cari punya cari, en.suami berkenan dengan Jenama Similac ni untuk try. Kalau tak serasi, kita tukar yang lain. 

Walaupun punca cirit-birit bukan sebab susu, tapi seeloknya tukar jer susu tu sebab mungkin perut dia dah tak boleh terima susu yang ada lactose, disebabkan kuman tadi. So, susu lactose free ni ialah tujuannya ialah untuk 'Reprogram' semula sistem pencernaan anak kita. Kita yang tak pakar ni, ikut saja lah.

First time Leesa minum susu Similac Lactose Free ni, Alhamdulillah Leesa suka dan sangat serasi dengan dia. Dan Leesa dah tak cirit birit lagi. 


lactose free

Similac Lactose Free (0-12 Months) : Boleh beli kat Shoppe, klik link ni : 

https://invl.io/cljm6m9

Setelah 2 bulan Leesa consume susu Similac Lactose Free ni, Alhamdulillah, Leesa dah OK. Dan dia dah bertukar semula ke susu formula biasa. Tapi kami dah bertukar ke Susu Dupro, dah tak ambil Ducth Lady macam sebelum ni. 


*Update Mac 2024 - Leesa masih minum Susu Dupro dan dia serasi sangat dengan Susu Dupro tu.


Susu Formula Tanpa Laktosa 'Lactose Free'

1. Similac Lactose Free.

2. Nan - https://invl.io/cljm6sg

3. Dupro Dumex


Sejak minum susu Similac ni, Leesa dah tak cirit birit lagi dah , dan malah selera makan dia pun bertambah-tambah. Syukur! Leesa sihat. Bila baby sihat, Mummy pun happy.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Semoga leesa terus sihat dan ceria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wak. Alhamdulillah Leesa dah sembuh

      Delete
  2. Lepas dah okey awk masih beri susu similac atau beri susu lama balik ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah OK, tukar balik ke susu lama. Susu Similac ni Lactose Free, jadi kalau baby minum lama-lama dia tak dapat Nutrient Laktosa tu

      Delete
  3. Berapa lama leesa minum similac lactose free? Sebab ank saya pun nak dekat sebulan cirit birit . Masa dia 5 bulan pun perna cirit birit Dr mmg suruh minum lactose free tu. Masa tu kena ward jdi semua Dr kat hoptal tanya kenapa tukar ? Sepatut nya kekal kan je . Jdi dia kena cirit birit kalini tak berani nak tukar kekal je susu tu . Tapi nak dekat sebulan tak henti2 . Ubat sentiasa consume . Semalam jumpa blog awak terus terfikir nak beli similac lactose free ni . Alhamdulillah start semalam susu tu . Harini baru 2 kali membuang . So kalau anak dah membuang normal boleh tukar susu sebelum ni la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 2 bulan jer dia minum susu Similac Lactose Free tu. Bila dah nampak dia OK, saya try bagi dia susu biasa pula, tapi i tukar susu jenama lain. Sebelum tu guna Dutch Lady, lepas consume Lactose Free Milk, saya tukar ke Dupro. Lepas tukar ke Dupro tengok dia serasi jer dengan Dupro. So, start dari tu sampailah sekarang minum susu Dupro

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE