Bayi dah boleh makan makanan pertama (solid food) ketika seawal usia 4 bulan. Namun WHO (World Health Organization), mengalakan agar pemberian susu ibu secara exklusif diberikan sehingga bayi mencecah 6 bulan dan permulaan untuk bayi merasa makanan pejal buat pertama kali adalah ketika mereka berumur 6 bulan. Dan Ini Cara-Cara Membuat Makanan Bayi Yang Berusia 6 Bulan.

makanan bayi 6 bulan

Bayi dah boleh makan seawal usia 4 bulan. Namun digalakkan untuk meneruskan menyusukan baby secara exclusive sehingga umur 6 bulan. Dan ini aku nak share cara-cara untuk buat  dan resipi makanan bayi untuk baby umur 4 - 6 bulan.


ISI KANDUNGAN CARA BUAT MAKANAN BAYI  YANG BERUSIA 6 BULAN

1.    PENGENALAN KEPADA SOLID FOOD 

2.    PERKARA PENTING DALAM PEMBERIAN MAKANAN BAYI BERUSIA 6 BULAN

3.    PERALATAN UNTUK BAYI MAKAN

4.    PERALATAN UNTUK MEMASAK MAKANAN BAYI 6 BULAN

5.    CARA MASAK MAKANAN UNTUK BAYI BERUSIA 6 BULAN



PENGENALAN KEPADA SOLID FOOD

Susu Ibu atau Susu Formula Tetap Penting dan menjadi makanan utama baby. Walaupun, dah mula bagi baby makan solid food, tapi susu tu tetap menjadi sumber makanan utama untuk bayi ya mommies.  

Solid food kena bagi bila baby umur 6 bulan, atau lagi awal darui tu, seawal usia 4 bulan (jangan lagi awal dari 4 bulan pulak). Tapi better berbincang dengan doktor dulu, baby sesuai tak kalau nak makan lagi awal dari 6 bulan. 

Macam baby aku, Leesa, dia start makan masa umur 5 bulan, sebab dia dahh ready dan setelah mendapat nasihat dari doktor Pakar kanak-Kanak, memang doktor suruh bagi dah solid food tu masa umur dia 5 bulan. 

So, benda ni kena tengok sendiri pada kondisi baby tu. Ibu mesti lebih faham anak masing-masing kan. 

Jangan pulak bagi lewat dari usia 6 bulan sebab takut nanti baby tu tak biasa 'makan' atau 'kunyah', so end up baby akan menolak makanan terus (tak nak makan terus). 


PERKARA PENTING DALAM PEMBERIAN MAKANAN BAYI BERUSIA 6 BULAN

Pilih Makanan yang Tepat: Makanan pertama yang diberikan biasanya dalam bentuk makanan yang lembut dan mudah dicerna. Contoh makanan yang bisa dicoba adalah bubur beras, bubur oat, atau puree sayuran dan buah-buahan.

Pemberian Satu Jenis Makanan pada Satu Waktu: Ketika memperkenalkan makanan baru, sebaiknya memberikan satu jenis makanan pada satu waktu. Kita dapat tengokreaksi alergi (allergic reaction) kat bayi tu sendiri. 

Guna Kaedah 4-Days Rules : Kaedah ni ialah, setiap makanan baru tu diberi untuk tempoh 4 hari. sebab biasanya kalau ada alahan, ia akan bertindak balas dengan tubuh baby dalam masa 4 hari tu. Mungkin secepat 30 minit selepas makan , atau pada hari-3 atau ke-4, baru kita nampak alergic reaction tu kalau ada. Alahan ni contohnya macam ada ruam kat kulit baby, baby muntah-muntah ker, atau cirit-birit. 

Tekstur Makanan: Pada awalnya, makanan harus dalam bentuk puree atau bubur yang sangat halus. Makin lama, bila baby meningkat usia dari 1 bulan ke bulan berikutnya, slowly kita boleh bagi makanan yang lebih kasar (tak blend sampai halus). 

Waktu Pemberian Makanan: Pilih waktu yang tepat untuk memberikan makanan padat. Biasanya bagi masa baby tidak terlalu lapar atau terlalu penat (selepas penat bermain).

Respon Bayi: Perhatikan reaksi baby pada makanan tersebut. Tengok ada tak tanda-tanda alergi seperti ruam, gatal-gatal, atau perut kembung. Kalau ada, stop dulu bagi makan tu, dan segeralah berjumpa dengan doktor. 

Macam anak aku hari tu, alergik dengan lobak merah. Bila makan, dia naik 'rash' dan cirit-birit, so, aku bawaklah terus jumpa doktor pakar kanak-kanak. Dan, doktor bagi ubat. Boleh baca kat entri ni : 'BAYI CIRIT-BIRIT. TERPAKSA BERTUKAR KE SUSU TANPA LAKTOSA (LACTOSE FREE)'

Pelbagaikan Makanan : Jangan bagi baby 1 makanan yang smaa rasa jer setiap hari. Pelbagaikan, bagi baby rasa semua rasa macam manis, masam, tawar, pahit. Tapi yang penting, kena bagi makan yang ada nutrisi yang berkhasiat. Amalkan 4-days rules tu.

Jangan Bagi Gula, Garam, Madu dan Rempah : Makanan yang ada gula, garam, dan rempah semuanya tak dibenarkan bagi sebelum baby umur 1 tahun.

No Fresh Milk : Susu segar atau fresh milk pun tak boleh bagi sebelum baby umur 1 tahun.

Sabar dan Konsisten: Baby mungkin akan tolak makanan awal-awal. So, its OK mommies. Sabar jer. Slowly pujuk baby tu dan bagi dia masa untuk ready-to-eat. Jangan paksa baby. 


Baca juga : 'Tips Buat Anak Mendengar Kata, Jangan Terkejut Selepas Ini Anak Terus Berubah!'

PERALATAN UNTUK BAYI MAKAN

Inilah peralatan yang aku beli untuk Baby Leesa makan :

Ni semua aku beli kat Kedai Baby yang dekat dengan rumah aku. Yang tak ada dalam gambar ialah sudu, mangkuk, bekas letak makanan untuk dibekukan.

Ini cawan dan mangkuk yang aku guna bila keluar (outing). Yang ini jenama RITCHELL. Beli kat kedai baby. Kat Shopee pun ada jual. 1 set ni sekali dengan sudu. 

'RITCHELL TRAINING CUP" ni boleh guna seawal baby umur 6 bulan. 


makanan bayi 6 bulan

makanan bayi 6 bulan
Aku guna lunch bag Smiggle, untuk letak makanan Leesa bila outing. 

makanan bayi 6 bulan
Inilah rupa dalam beg makanan Leesa ni bila outing. 


Bekas ni aku beli Mr.DIY, untuk letak puri, dan bekukan dalam peti ais. 




Baca ini juga : '7 Tips Bantu Anak Bijak Dengan Powerkan Otak Anak'

PERALATAN UNTUK MEMASAK MAKANAN BAYI 6 BULAN

Ini antara peralatan penting yang kena ada untuk buat makanan bayi :
  1. BLENDER
  2. PENGUKUS
  3. PERIUK / RICE COOKER / SLOW COOKER - untuk masak bubur.
makanan bayi 6 bulan
Aku guna pengukus yang macam ni. Actually beli ni tahun lepas sebab nak bawak pergi travel, tapi bila ada baby ni, gunakan lah sebaiknya. Yang ini boleh guna buat masak nasi/bubur sekali kat bahagian bawah tu. So, aku dah tak perlu nak beli periuk nasi / slow cooker lagi dah. 

Periuk & pengukus ni jenama BEAR. 


** Aku dulu pernah guna Babycook (Food Processor For Baby), Jenama BEABA. Dan mengikut pengalaman aku yang dah guna masa anak pertama dan anak ke-2, bagi aku, BABYCOOK tu tak berbaloi beli. 

Sebab apa tak berbaloi? 

Sebab kita cuma guna benda tu sekejap jer, sampai baby umur 9 bulan jer, lepas tu makanan baby tu kita dah tak blend lumat (blend hancur) dah, kita cuma lenyek-lenyek jer. Dan ramai juga baby yang umur 10 bulan, yang langsung tak nak makan makanan yang dilenyek, diaorang nak makan macam makanan yang mak ayah diaorang makan.

Harga babycook tu mahal,tapi boleh pakai sekejap jer. 

Aku beli babycook tu masa anak sulung. Masa anak ke-2, benda tu dah jadi tak best, maybe sebab motor dia dah tak efektif sepertimana awal-awal beli dulu. 

Korang boleh tengok kat post aku dulu-dulu pasal BEABA Babycook ni :  'BEABA BABYCOOK - MY REVIEW'

makanan bayi 6 bulan
Aku guna hand blender jenama PANASONIC ni, dan aku sangat-sangat berpuas hati, sebab boleh blend kat mana-mana sahaja. Dan nak basuh pun sangat-sangat senang. 

makanan bayi 6 bulan
Pisau blender ni sangat tajam, so sangat memudahkan kerja aku untuk blend makanan baby.

makanan bayi 6 bulan 

CARA MASAK MAKANAN UNTUK BAYI BERUSIA 6 BULAN

Cara nak masak makanan bayi umur 6 bulan senang sangat. 
Biasanya bayi umur waktu macam ni, diaorang makan makanan yang simple jer. 

Biasanya baby akan makan :
- bubur
- puri buah
- puri sayur
- ayam atau ikan yang dihancur halus. 

Cara-cara nak masak makanan bayi - Puri Buah/Sayur: 

1. Kukus atau rebus buah sampai buah/sayur lembut. 

2. Kemudian, blend sampai hancur. 

3. Kalau ada lebihan puri , simpan dalam peti ais dalam peti sejuk beku (Freezer), macam gambar kat bawah ni. 

4. Nak bekukan makanan baby, boleh letak dalam tempat 'ice cube'. 

5. Bila makanan dalam 'ice cube' tu dah beku, boleh transfer ke dalam bekas makanan macam kat gambar bawah.

6. Pastu bila nak guna, ambil 1 kiub, dan 'reheat' bagi dia cair dan suam. Kemudian, dah boleh bagi baby makan. 

makanan bayi 6 bulan

makanan bayi 6 bulan

makanan bayi 6 bulan


Cara-cara nak masak makanan bayi - Bubur: 

1. Masak bubur kat dalam periuk nasi atau dalam periuk atas dapur gas. (Macam aku, aku guna periuk 'multicooker' macam kat gambar atas tu. 

2. Bila bubur dah masak, terus blend sampai lumat (hancur). 

3. Boleh campurkan dengan puri buah atau puri sayur, dan ikan atau ayam. Lepas tu, kacau-kacau sehingga sebati.

4. Siap! Boleh bagi baby makan. 

P/S : Bubur janganlah simpan dalam peti ais. Kalau boleh bubur ni masak setiap hari, makanan fresh setiap hari.

INGAT! Jangan masukkan GARAM atau GULA atau APA SAHAJA PERASA.


Cara-cara nak masak makanan bayi - ayam / ikan : 

1. Rebus ayam/ikan guna periuk. Rebus guna air jer. Sampai ayam / ikan masak. 

2. Blend sampai hancur. 

3. Campurkan dengan bubur dan puri sayur/puri buah. Kacau sehingga sebati.

4. Siap! Boleh bagi baby makan. 


SIAP! Senang sangat kan nak buat makanan bayi. kalau nak senang, buat masa weekend, lepas tu simpan dalam peti ais dan 'reheat' bila nak makan. Hari-hari masak bubur jer, dan campurkan dengan ayam atau puri yang dihangatkan bila waktu makan. 

Selalu ingat 4 DAYS RULES tu. Kalau nampak ada tanda-tanda alergi, segeralah jumpa dengan doktor k. 

Semoga baby Mommies semua sihat dan ceria. Semoga bermanfaat. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE