Bayi dah boleh makan makanan pertama (solid food) ketika seawal usia 4 bulan. Namun WHO (World Health Organization), mengalakan agar pemberian susu ibu secara exklusif diberikan sehingga bayi mencecah 6 bulan dan permulaan untuk bayi merasa makanan pejal buat pertama kali adalah ketika mereka berumur 6 bulan. Dan Ini Cara-Cara Membuat Makanan Bayi Yang Berusia 6 Bulan.
Bayi dah boleh makan seawal usia 4 bulan. Namun digalakkan untuk meneruskan menyusukan baby secara exclusive sehingga umur 6 bulan. Dan ini aku nak share cara-cara untuk buat dan resipi makanan bayi untuk baby umur 4 - 6 bulan.
ISI KANDUNGAN CARA BUAT MAKANAN BAYI YANG BERUSIA 6 BULAN
1. PENGENALAN KEPADA SOLID FOOD
2. PERKARA PENTING DALAM PEMBERIAN MAKANAN BAYI BERUSIA 6 BULAN
3. PERALATAN UNTUK BAYI MAKAN
4. PERALATAN UNTUK MEMASAK MAKANAN BAYI 6 BULAN
5. CARA MASAK MAKANAN UNTUK BAYI BERUSIA 6 BULAN
PENGENALAN KEPADA SOLID FOOD
Susu Ibu atau Susu Formula Tetap Penting dan menjadi makanan utama baby. Walaupun, dah mula bagi baby makan solid food, tapi susu tu tetap menjadi sumber makanan utama untuk bayi ya mommies.
Solid food kena bagi bila baby umur 6 bulan, atau lagi awal darui tu, seawal usia 4 bulan (jangan lagi awal dari 4 bulan pulak). Tapi better berbincang dengan doktor dulu, baby sesuai tak kalau nak makan lagi awal dari 6 bulan.
Macam baby aku, Leesa, dia start makan masa umur 5 bulan, sebab dia dahh ready dan setelah mendapat nasihat dari doktor Pakar kanak-Kanak, memang doktor suruh bagi dah solid food tu masa umur dia 5 bulan.
So, benda ni kena tengok sendiri pada kondisi baby tu. Ibu mesti lebih faham anak masing-masing kan.
Jangan pulak bagi lewat dari usia 6 bulan sebab takut nanti baby tu tak biasa 'makan' atau 'kunyah', so end up baby akan menolak makanan terus (tak nak makan terus).
PERKARA PENTING DALAM PEMBERIAN MAKANAN BAYI BERUSIA 6 BULAN
Pilih Makanan yang Tepat: Makanan pertama yang diberikan biasanya dalam bentuk makanan yang lembut dan mudah dicerna. Contoh makanan yang bisa dicoba adalah bubur beras, bubur oat, atau puree sayuran dan buah-buahan.
Pemberian Satu Jenis Makanan pada Satu Waktu: Ketika memperkenalkan makanan baru, sebaiknya memberikan satu jenis makanan pada satu waktu. Kita dapat tengokreaksi alergi (allergic reaction) kat bayi tu sendiri.
Guna Kaedah 4-Days Rules : Kaedah ni ialah, setiap makanan baru tu diberi untuk tempoh 4 hari. sebab biasanya kalau ada alahan, ia akan bertindak balas dengan tubuh baby dalam masa 4 hari tu. Mungkin secepat 30 minit selepas makan , atau pada hari-3 atau ke-4, baru kita nampak alergic reaction tu kalau ada. Alahan ni contohnya macam ada ruam kat kulit baby, baby muntah-muntah ker, atau cirit-birit.
Tekstur Makanan: Pada awalnya, makanan harus dalam bentuk puree atau bubur yang sangat halus. Makin lama, bila baby meningkat usia dari 1 bulan ke bulan berikutnya, slowly kita boleh bagi makanan yang lebih kasar (tak blend sampai halus).
Waktu Pemberian Makanan: Pilih waktu yang tepat untuk memberikan makanan padat. Biasanya bagi masa baby tidak terlalu lapar atau terlalu penat (selepas penat bermain).
Respon Bayi: Perhatikan reaksi baby pada makanan tersebut. Tengok ada tak tanda-tanda alergi seperti ruam, gatal-gatal, atau perut kembung. Kalau ada, stop dulu bagi makan tu, dan segeralah berjumpa dengan doktor.
Macam anak aku hari tu, alergik dengan lobak merah. Bila makan, dia naik 'rash' dan cirit-birit, so, aku bawaklah terus jumpa doktor pakar kanak-kanak. Dan, doktor bagi ubat. Boleh baca kat entri ni : 'BAYI CIRIT-BIRIT. TERPAKSA BERTUKAR KE SUSU TANPA LAKTOSA (LACTOSE FREE)'
Pelbagaikan Makanan : Jangan bagi baby 1 makanan yang smaa rasa jer setiap hari. Pelbagaikan, bagi baby rasa semua rasa macam manis, masam, tawar, pahit. Tapi yang penting, kena bagi makan yang ada nutrisi yang berkhasiat. Amalkan 4-days rules tu.
Jangan Bagi Gula, Garam, Madu dan Rempah : Makanan yang ada gula, garam, dan rempah semuanya tak dibenarkan bagi sebelum baby umur 1 tahun.
No Fresh Milk : Susu segar atau fresh milk pun tak boleh bagi sebelum baby umur 1 tahun.
Sabar dan Konsisten: Baby mungkin akan tolak makanan awal-awal. So, its OK mommies. Sabar jer. Slowly pujuk baby tu dan bagi dia masa untuk ready-to-eat. Jangan paksa baby.
Baca juga : 'Tips Buat Anak Mendengar Kata, Jangan Terkejut Selepas Ini Anak Terus Berubah!'
PERALATAN UNTUK BAYI MAKAN
Baca ini juga : '7 Tips Bantu Anak Bijak Dengan Powerkan Otak Anak'
PERALATAN UNTUK MEMASAK MAKANAN BAYI 6 BULAN
- BLENDER
- PENGUKUS
- PERIUK / RICE COOKER / SLOW COOKER - untuk masak bubur.
No comments:
Post a Comment