Semalam aku pergi ke KWSP , untuk mendaftar Skim Caruman KWSP i-Saraan. So, ini aku nak share dengan korang semua CARA-CARA NAK MENDAFTAR SKIM CARUMAN I-SARAAN, KWSP. 

i-saraan kwsp

Memandangkan aku ni bekerja sendiri sebagai seorang penulis artikel dan penulis blog dan juga sebagai suri rumah yang bertauliah, jadinya Skim Caruman i-Saraan adalah yang terbaik untuk aku membuat simpanan untuk hari tua aku kelak. 

Tabung Haji, ASB, Takaful, semua tu aku dah buat dah. So, ini adalah cara lain untuk aku menabung. Pelbagai jenis simpanan dan pelaburan, baru selamat. Bak kata orang tua-tua, jangan letak semua telur dalam 1 bekas, nanti kalau 1 busuk, semua akan busuk. Begitulah ibaratnya. 

ISI KANDUNGAN ARTIKEL CARA MENDAFTAR I-SARAAN KWSP

1. APAKAH ITU SKIM CARUMAN I-SARAAN KWSP?
2. MANFAAT SKIM CARUMAN I-SARAAN KWSP
3. BAGAIMANAKAH I-SARAAN INI BERFUNGSI?
4. BAGAIMANA CARA NAK MENDAFTAR SKIM I-SARAAN ?

i-Saraan KWSP

APAKAH ITU SKIM CARUMAN I-SARAAN KWSP?

Mengikut definisi dari KWSP di website KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan , Skim Caruman i-Saraan ialah : 

"i-Saraan adalah satu kemudahan mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada Ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan". 


MANFAAT SKIM CARUMAN I-SARAAN KWSP

i-saraan kwsp

Antara manfaat yang diterima oleh ahli pencarum ialah :

1. Dapat tambahan sebanyak 15% atau sehingga jumlah minimum sebanyak RM 250 setahun dari Kerajaan Malaysia sekiranya ahli mencarum RM 2000 setahun.

2. Mendapat pelepasan cukai (mengikut terma dan syarat LHDN). 

3. Dapat mengeluarkan simpanan tersebut di saat diperlukan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP. 

4. Mendapat dividen tahunan seperti pencarum-pencarum KWSP yang lain. 

5. Layak mendapat bantuan kematian dai Pihak KWSP. 


BAGAIMANAKAH I-SARAAN INI BERFUNGSI?

Kita atau pencarum boleh mencarum / menambah simpanan caruman pada bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan kita pada jumlah sebanyak :

  • Paling minima : Sebanyak RM 10 setahun 
  • Jumlah maxiumum : sehingga RM 100,000 setahun
Caruman (Simpanan) boleh dibuat di kaunter KWSP secara tunai atau melalui perbankkan internet atau melalui apps KWSP di telefoon bimbit peribadi kita. 

Baca Juga Artikel Ni : '6 TIPS MEMBELI RUMAH MAMPU MILIK'

BAGAIMANA CARA NAK MENDAFTAR SKIM I-SARAAN ?


1. Mula-mula, kita kena Daftar i-Akaun terlebih dahulu. 

Nak daftar ni kena pergi ke Pejabat KWSP sendiri di mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan. dan wajib bawa IC ok. 

i-saraan kwsp

2. Lepas tu, download apps i-Akaun di handphone kita melalui Play Store (Android) atau Apple Store (IPhone). 


3. Daftar Skim Caruman i-Saraan. 

Nak daftar skim ni boleh dibuat melalui 3 kaedah, iaitu : 


4. Dah boleh mula mencarum melalui Apps i-Akaun di telefon bimbit kita. 

i-saraan kwsp


Itu jer guys. Senang sangat kan. 

Jom kita start menabung untuk manfaat kita di hari tua kelak. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE