INI DIA CARA -CARA NAK BUAT SOLAT SUNAT TAHAJJUD DAN TIPS BAGAIMANA NAK SENANG BANGUN DI MALAM HARI UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD.

solat tahajjud

"Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagi kamu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

– Surah al-Isra’ ayat 79 - 


ISI KANDUNGAN CARA - CARA & TIPS MUDAH BANGUN MALAM UNTUK MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

1. Maksud Solat Tahajjud 

2. Bila Waktu Solat Tahajjud 

3. Niat Solat Sunat Tahajjud 

4. Cara Solat Tahajjud Yang Paling Senang dan Mudah 

5. Doa Solat Tahajjud 

6. Manfaat & Kelebihan Solat Tahajjud

7. Tips Senang Bangun Malam Kerjakan Solat Tahajjud


MAKSUD SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud merupakan salah satu bentuk ibadah sunat yang dilakukan oleh umat Islam pada waktu malam. Mengerjakan Solat Tahajjud ni dikira sebagai mengerjakan Qiamulail - iatu beribadah di malam hari. Solat malam ni ialah Sunnah Rasulullah saw dan rasul-rasul lain jugak sebab ia merupakan ibadah yang sangat digalakkan.  Berikut ialah  makna dan kepentingan dari Solat Sunat Tahajjud:

1. Komunikasi dengan Allah.

Solat Tahajjud adalah waktu di mana seorang individu dapat berkomunikasi secara pribadi dengan Allah. Waktu-waktu sunyi malam memungkinkan seseorang untuk berdoa, memohon ampunan, dan mengungkapkan keinginan mereka kepada Allah tanpa gangguan.

2. Peningkatan Spiritual & Kerohanian.
Melaksanakan Solat Tahajjud dapat membantu kita untuk meningkatkan tahap spiritual dan kerohanian. Waktu malam yang sunyi dan tenang adalah merupakan fasa waktu yang sangat damai dan nyaman yang membolehkan kita untuk hanya "berdua" dengan Allah swt. So masa waktu tu, kita luahkan dan mintalah apa saja dengan Allah, InshaAllah Allah mendengar bisikan hati kita.

3. Keutamaan dan Medan Pahala Yang Sangat Besar.
Solat Tahajjud adalah merupakan ibadah yang sangat-sangat disuruh oleh Nabi Muhammad SAW dan ia adalah sebahagian daripada Sunnah Rasulullah saw.

4. Membina Displian Diri Yang Tinggi (Self-Discipline)
Melaksanakan ibadah Tahajjud memerlukan ketekunan dan disiplin yang sangat tinggi. Menjadikan Solat Tahajjud di malam hari sebagai kebiasaan dan rutin harian, ia  akan membantu kita untuk menjadi orang yang sangat berdisplin dan bertanggungjawab disamping dapat melatih kita untuk menjadi orang yang produktif.  memperkuat disiplin diri.

5. Waktu Yang Sangat Mujarab Untuk Berdoa.
Solat Tahajjud adalah waktu yang terbaik untuk berdoa dan memohon pada Allah untuk kerahmatan dan barakah buat kehidupan kita samaada untuk diri sendiri, keluarga, Umat Islam, dan seluruh isi dunia. Waktu ini membolehkan kita fokus sepenuhnya untuk bertafakur dan kusyuk ketika berdoa. 


6. Latihan Diri untuk QiyamulLail.

 Solat Tahajjud juga merupakan latihan untuk qiyamul lail (solat malam). Bagi mereka yang ingin melakukan solat malam secara rutin, Tahajjud adalah bentuk latihan yang terbaik untuk menguatkan stamina dan ketahanan dalam beribadah di malam hari.


BILA WAKTU SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud hendaklah dilakukan ketika di malam hari iaitu dari terbenamnya matahari (Waktu Maghrib) hingga terbitnya fajar keesokkan harinya. Tetapi dengan syarat perlu / wajib dulu tidur sebelum boleh buat Solat Tahajjud. Tidur sekejap pun takpe, janji tidur tu tidur yang nyeyak dan lena. 

Contohnya, selepas Solat Maghrib , kita tidur sekejap sebab terlampau penat. Tidur tu memnag lena sungguh la sampai mimpi atau sampai berdengkur. Selepas bangun tidur tu, boleh dah nak buat Solat Tahajjud, walaupun tadi kita hanya tidr dalam 15 minit jer. 


Ada 3 waktu atau fasa mengerjakan Solat Tahajjud, iaitu :

1. Fasa di awal malam.

Fasa waktu ni ialah biasanya dari waktu maghrib (dari terbenam matahari) hingga jam 11 malam.


2. Fasa di pertengahan malam

Fasa waktu ini ialah anggaran selepas jam 11 malam hingga jam 4 pagi keesokkan harinya. 


3. Fasa di hujung malam. 

Fasa waktu ini ialah biasanya anggaran dari jam 4 pagi hingga kedengaran azan Subuh. 

Melaksanakan Solat Tahajjud di fasa waktu bila pun, tetap mendapat pahala yang setimpal dan sangat besar ganjarannya. Namun, banyak dalil yang menyebut lebih waktu paling afdal mengerjakan Solat Tahajjud di waktu fasa pertengahan malam, kerana waktu ini disebut sebagai fasa ‘2/3 malam (dua pertiga malam)’ oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sebab di waktu ini, semua orang sedang nyenyak tidur dan sangat-sangat sukar untuk kita bangun untuk beribadah kepada Allah. So, sesiapa yang dapat bangun di waktu fasa ini (Di Pertengahan Malam) adalah merupakan orang yang sangat hebat di sisi Allah swt.

Ini dalilnya : 


Sabda Nabi ﷺ:
                            أحب الصلاة الى الله صلاة داود عليه السلام، كان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه

Maksudnya: 

“Solat yang paling disukai oleh Allah S.W.T ialah solat Nabi Daud a.s. Baginda tidur seperdua malam kemudian bangun sepertiganya dan tidur kembali satu perenam malam.”


(Hadis Riwayat Bukhari)


NIAT  SOLAT TAHAJJUD

solat tahajjud

Lafaz Solat : "Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala".



CARA SOLAT TAHAJJUD YANG PALING SENANG DAN MUDAH

Nak buat Solat Tahajjud ni, syarat wajibnya ialah kena tidur dulu sebelum solat. Tidur tu ialah tidur di waktu malam (Malam dikira dari waktu maghrib sampai waktu terbit fajar). 

Tak kisahlah kita tidur di jam berapa pun dan berapa lama kita tidur pun, ia dah dikira ‘sah’ untuk kita buat Solat Tahajjud. 

Tidur masa waktu petang (sebelum waktu maghrib), tak dikira tau. 

Solat Tahajjud ni sebenarnya senang sangat nak buat. 

Cara paling mudah buat Solat Tahajjud ni ialah buat jer solat sunat 2 rakaat macam mana kita buat solat-solat sunat yang lain. Cuma bezanya ialah NIAT. 

NIAT SOLAT tu kita kena niat Solat Tahajjud macam aku tulis kat atas. 

2 rakaat jer, tak banyak pun. Tapi kalua nak buat lebih dari 2 rakaat, adalah lagi baik dan lagi banyak dapat pahala.
 
Bacaan dalam Solat Tahajjud ni sama seperti solat -solat sunat yang lain, iaitu wajib baca Surah Al-Fatihah dan sambung dengan surah-surah lain yang kita ingat. 

Selepas rakaat ke-2, baca Tahiyat Akhir dan bagi salam macam biasa. 


DOA SOLAT TAHAJJUD

Tak ada doa, wirid dan zikir khas untuk Solat Tahajjud ni yang diceritakan dalam mana-mana kitab. 

Tapi seperti kelaziman menegerjakan solat-solat lain samada solat fardu atau solat sunat, kita bolehlah membaca zikir dan wirid mengikut keselesaan kita. 

Kalau nak cara paling senang, kita boleh berzikir dengan Selawat ke atas Baginda SAW dan baca Zikir Fatimah. 

Boleh baca kat SINI : ‘ZIKIR FATIMAH’, untuk info lebih lanjut pasal Zikir Fatimah.

solat tahajjud


MANFAAT & KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

MANFAAT SOLAT SUNAT TAHAJJUD

1. Dapat mencegah diri kita dari melakukan dosa & maksiat
2. Dapat melindungi diri kita dari penyakit
3. Menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan lebih produktif
4. Doa mudah dimakbulkan. 
5. Diberi Rahmat & barakah dalam rumahtangga
6. Solat Tahajjud ni akan menajdi benteng untuk kita dari bisikan dan hasutan syaitan.

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

1. Kedekatan dengan Allah.

Solat Tahajjud adalah waktu di mana seorang muslim berada sangat dekat dengan ILahi Tuhan Yang Maha Mencipta tika orang lain semua sedang nyenyak tidur. Di malam yang sunyi dan dingin, kita boleh fokus dengan kusyuk untuk berdoa, bersolat dan berzikir. 

Tika waktu itu, luahkan lah segala apa yang ada dihati padaNya. Allah Maha Mendengar.


2. Doa mudah dimabulkan.

 Dalam banyak hadis, Nabi Muhammad SAW mengajarkan bahwa Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, "Siapa yang memohon kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Siapa yang meminta ampun, pasti Aku ampuni." Oleh karena itu, waktu Solat Tahajjud adalah waktu yang sangat baik untuk berdoa dan memohon kepada Allah, dan doa-doa di waktu ini memiliki peluang besar untuk dimabulkan.


3. Penghapus Dosa.

Mendirikan Solat Tahajjud adalah waktu yang terbaik untuk kita memohon ampun pada Allah swt kerana waktu yang sunyi ni adalah waktu yang senang doa dimakbulkan dan dosa kita diampunkan.


4. Peningkatan Kualiti Hidup.

 Melaksanakan Solat Tahajjud dapat membantu kita untuk meningkatkan kualiti hidup kita kerana Solat Tahajjud ni dapat meningkatkan displin diri sekaligus dapat meningkatkan produktiviti kerja kita seharian.


5. Pengembangan Kepekaan Spiritual. 

 Solat Tahajjud membantu mengembangkan kepekaan spiritual. Saat beribadah di waktu malam yang sunyi, seseorang itu akan menjadi lebih fokus dan terhubung dengan dimensi rohaniah, membantu dalam pemahaman mendalam tentang agama dan diri sendiri.


6. Amal Soleh Tambahan.

Solat Tahajjud merupakan amal soleh tambahan yang boleh memberi ganjaran pahala besar yang sangat besar. Dengan meluangkan waktu untuk beribadah di waktu malam, seseorang itu mampu mengumpulkan pahala tambahan untuk bekalan  saham akhirat kelak. 


7. Meningkatkan Kekuatan Jiwa.

 Melaksanakan Solat Tahajjud memerlukan tekad dan usaha yang tinggi, yang kuat, terutama dalam melawan mengantuk dan tidur yang nyenyak sambil lena dibuai mimpi yang indah-indah. Seseorang yang mampu bangun di malam hari untuk mengerjakan ibadah tahajjud ini dapat menguatkan emosi, mental, jiwa dan rohani mereka untuk mengahdapi setiap cabaran dan ujian hidup.


8. Dikurniakan Rezeki Yang Melimpah Ruah.

Dengan semua kelebihan ini, Solat Tahajjud merupakan ibadah yang dianjurkan bagi setiap muslim yang ingin mendekatkan diri pada Allah, meraih keberkatan, dan meningkatkan kualiti hidup mereka, baik dari segi karier, rumahtangga, keluarga & anak-anak, kebebasan kewangan dan sumber kewangan yang mencukupi. 


3 TIPS SENANG BANGUN MALAM KERJAKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

1. Visualize
Nak senang bangun buat Solat Tahajjud ni guys, sebelum nak tidur malam tu, korang try 'visualize' dulu atau 'bayangkan' yang korang bangun di keesokkan harinya jam berapa-berapa. 

Contohnya macam ni, andai kata korang nak bangun pada jam 3.30 malam. So, korang bayangkan yang alarm akan berbunyi jam 3.30 pagi, dan sebaik saja alarm berbunyi, korang terus bangun dan berlalu masuk ke tandas, cuci muka & gosok gigi & ambil wuduk, seterusnya korang bayangkan yang korang pakai telekung atau pakai pakaian solat dan berdiri atas tikar sejadah dan mengangkat takbir untuk solat. 

Aku dah buat teknik ni dan ia sangat-sangat berkesan & berjaya. Korang cubalah buat.


2. Doa minta pada Allah supaya senang untuk bangun solat

Dalam setiap solat fardu kita, kita mintalah pada Allah untuk dipermudahkan kita untuk bangun malam buat Solat Tahajjud. 

Kalau kita tak berjaya bangun malam hari ni. Mungkin esok kita berjaya bangun. Kalau malam esok tak berjaya, mungkin minggu depan berjaya ataupun bulan depan baru berjaya bangun malam. 

Yang penting jangan putus asa (Dont't give up!) dan jangan berhenti berdoa. 

Satu lagi, masa bersedekah, cuba niatkan agar Allah permudahakan kita untuk bangun di malam hari untuk mengerjakan solat.


3. Tidur awal
Ini mesti. Try tidur awal, kalau boleh jam 10 malam. Kalau lagi awal lagi bagus. Bila kita dah cukup tidur, InshaAllah kita sennag nak bangun di malam hari untuk beribadah.

Kalau tidur jam 1 pagi, aku rasa agak sukar nak bangun jam 3 atau pagi keesokkan harinya. So, tidurlah awal. 

TIPS nak senang tidur ialah sebelum tidur tu jangan tengok handphone. 30 minit sebelum tidur tu, jauhkan diri dari handphone. Sebab cahaya dari handphone boleh membuatkan kita susah nak tidur. 

***********************************

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuatkan kita senang untuk bangun solat di malam hari dan semoga kita menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam. InshaAllah.


BACA JUGA : 

'CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH'

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE