Thursday, August 17, 2023

Panduan Menyediakan Resume Terbaik 2023

Ini dia panduan untuk korang buat resume yang terbaik untuk mencari kerja nanti. Yang penting resume terbaik ialah kena simple dan padat, bukannya kena tulis essay panjang-panjang berjela-jela macam tulis tesis ok. PANDUAN MENYEDIAKAN RESUME TERBAIK.

resume terbaik
ISI KANDUNGAN ARTIKEL PANDUAN MENYEDIAKAN RESUME TERBAIK

1.    APAKAH ITU RESUME?
2.    APA BEZA ANTARA RESUME DAN CV?

3.  9 PANDUAN MENULIS RESUME. MACAM MANA NAK TULIS RESUME YANG BAIK

4.    FORMAT-FORMAT RESUME
    4.1     FORMAT RESUME YANG SANGAT EFEKTIF DAN DISUKAI MAJIKAN?

5.    NAMA LAIN BAGI RESUME?

6.   HANTAR RESUME ATAU CV?  YANG MANA YANG TERBAIK SEMASA MOHON KERJA? 

'APAKAH ITU RESUME?'

Resume ialah  dokumen rasmi yang dibuat oleh individu yang ingin memohon kerja. Ia merupakan dokumen yang memper memperincikan kelayakan mereka untuk sesuatu jawatan yang dipohon. Kandungan dalam resume hendaklah ringkas namun padat dan jujur. Maksudnya jangan sesekali menipu semasa menulis resume tu. Resume hendklah 'spesifik' / khusus pada jawatan yang dipohon. 

Contohnya, kalau nak mohon jawatan sebagai juritera, janganlah masukkan juga pengalaman bekerja yang berkaitan, contohnya seperti pernah bekerja sebagai 'Barista di Starbucks', langsung tak ada kena mengena dan ia tidak menarik minat majikan untuk membaca.


APA BEZA ANTARA RESUME DAN CV?

RESUME : Resume ialah dokumen ringkas 1 halaman saja yang menceritkan tentang latar belakang pemohon dan pengalaman kerja beliau yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon ketika itu. 

CV : CV atau nama panjangnya 'Curriculum Vitae' adalah lebih panjang dari Resume (mungkin juga melebihi 2 halaman) dan biasanya merangkumi semua pengalaman kerja, sijil akademik dan apa-apa bentuk penerbitan (publication) jika ada. Biasanya CV ni sangat relevan dengan jawatan akademik, contohnya seperti permohonan kerja sebagai pensyarah. 


9 PANDUAN MENULIS RESUME. MACAM MANA NAK TULIS RESUME YANG BAIK

1. Pilih format resume yang diinginkan. Baca kat bawah lagi untuk mengetahui format- format resume.

2. Beritahu secara ringkas tentang diri sendiri & contact number (Email dan nombor telifon). 

3. Tulis summary resume tu secara ringkas. 

Contohnya macam ni : 

resume terbaik

4. Tuliskan senarai (dalam bentuk point) pengalaman kerja dan pencapaian yang pernah diperolehi.


5. Tulis kemahiran (Skill) yang anda ada - Soft Skill dan Hard Skill. 

Hanya tulis yang paling pandai jer. Contohnya anda ada 20 skill yang anda tahu dan pandai, tapi tulislah hanya Top 5 saja. Soft skill tu macam 'Leadership skill', Hard Skill tu contohnya macam 'Kemahiran membawa Back-Hoe'. 


6. Masukkan sekali 'additional information' di seksyen yang berlainan yang mungkin anda nak majikan anda tahu tentang diri anda. Contohnya macam hobi anda, atau bahasa -bahasa yang anda mahir, dan sebagainya. 


7. Sesuaikan maklumat tentang diri anda dengan jawatan kerja yang dimohon. Contohnya kalau anda nak mohon kerja jadi Cikgu, tak perlu tulis tentang pengalaman kerja anda yang pernah bekerja sebagai Pengurus Produksi. 


8. Tulis sekali 'Cover Letter'. Boleh baca detail kat sini pasal Cover Letter - 'COVER LETTER'.


9. Proofread Resume dan Cover Letter. Selain kita sendiri yang baca semula resume kita, minta juga orang lain untuk baca resume tersebut. 

 
FORMAT-FORMAT RESUME?

Terdapat 3 jenis format resume yang sangat biasa digunakan oleh pemohon kerja, iaitu:

1. Reverse - Chronological Format

2. Skills-Based Format

3. Combined Format

Boleh tengok gambar rajah kat bawah untuk lebih faham.

reume terbaik



FORMAT RESUME YANG SANGAT EFEKTIF DAN DISUKAI MAJIKAN?

Resume format Reverse Chronological adalah format resume yang sangat praktikal untuk smeua jenis permohonan kerja. Dan ia merupakan format resume yang paling popular di Negara US (Amerika Syarikat). 

Majikan pun suka format ni sebab ia memudahkan kerja majikan untuk membaca lambakan resume yang sampai pada mereka kerana semua maklumat yang berkaitan dengan pemohon kerja boleh dilihat dengan sekelip mata. Format ini adalah sangat mudah dan senang juga nak buat.  


NAMA LAIN BAGI RESUME?

Antara nama lain bagi resume ialah seperti 'abstract', 'bio', 'biography', 'curriculum vitae', 'cv', and 'digest'.


HANTAR RESUME ATAU CV ? YANG MANA YANG TERBAIK SEMASA MOHON KERJA? 

Kebiasaannya bila memohon kerja, kita akan hantar Resume. Kalau CV, biasanya ia lebih relevan dengan permohonan kerja dalam bidang akademik, bidang penyelidikan, bidang saintifik dan perubatan kerana info 'detail' nya lebih banyak perlu ditulis dan diberitahu pada bakal majikan.

Nak buat resume? Korang boleh buat resume dengan senang dan mudah kat Website ni: https://resume.io/


********************

Harapnya perkongsian ini dapat membantu korang dalam mendapatkan kerja yang diidamkan. Akhir sekali, aku nasihatkan , jangan GIVE UP guys dalam mencari kerja. Mencari kerja ni agak mencabar. Jangan ingat semua orang kat luar tu bernasib baik terus dapat kerja bila hantar resume. Sebenarnya da 1 juta orang lagi yang bernasib sama macam kita - cari kerja tak dapat-dapat. 


It's OK guys, itulah kehidupan dan itulah sebahagian dari ujian hidup kita. Be strong and be positive. Ada hikmahnya korang tak dapat kerja lagi. Yakin jer dengan perancangan Allah. Allah nak bagi korang kerja yang jauh lebih baik dan lebih layak untuk korang. Teruskan saja berusaha dan sentiasa BERDOA. mungkin Doa korang masih belum cukup kuat. 

Tak pun, mintalah bantuan dari ibu bapa untuk doakan untuk kita. Biasanya doa ibu mujarab. 

Yang Penting, JANGAN GIVE-UP ya guys. 

2 comments:

  1. banyak laman web yg sediakan khidmat buat resume macam ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah banyak. even ada yang ambik upah buat resume lagi. Sekarang dah senang, semuanya ada di hujung jari jer. Saya dulu kena buat sendiri resume manually.

      Delete