Pasar Payang adalah pasar tradisional yang sangat terkenal yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Pasar ni merupakan tarikan utama di Kuala Terengganu (Landmark). Sangatlah famous Pasar Payang ni. Semua Orang Terengganu tahulah pasal Pasar Payang ni. Kalau diaorag tak tahu Pasar Payang, maksudnya dia bukan Orang Terengganu. 

ISI KANDUNGAN PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU PADA TAHUN 2023

1.    PENGENALAN TENTANG PASAR PAYANG

2.    11 INFO TENTANG PASAR PAYANG

pasar payang

PENGENALAN 

Kat dalam Pasar Payang ni ada pasar basah dan pasar kering. So, kalau nak beli ikan, ayam dan kuih-muih, boleh datang ke sini, even nak beli baju, kain batik, emas, tembaga, perak, besi, periuk-belanga pun datang sini jugak.

Kalau pergi ke Kuala Terengganu wajiblah singgah ke Pasar Payang. Masukkan dalam itinerary korang tau. Rugi kalau tak datang sini. 

Aku dulu masa kecik-kecik dibesarkan kat Pasar Payang ni. Sejak aku lahir, aku tinggal dengan Arwah Tok Wan. Rumah kami betul-betul depan Pasar Payang. Jadinya, hari-hari lah pergi ke Pasar tu. 

Memang sangat dekat dengan hati aku Pasar Payang ni. Dulu-dulu (masa aku kecik-kecik dulu), orang panggil tempat ni Pasar Kedai Payang. Tapi sekarang nak senang sebut, panggil jer Pasar Payang. 

Baru-baru ni aku balik Kuala Terengganu, pergilah ke Pasar Payang tu nak shopping. Sekarang ni Pasar Payang dibina bangunan sementara, sebab bangunan asal Pasar paying ni Tengah dalam proses renovasi, untuk dijadikan sebagai sebuah pasaraya bertingkat-tingkat yang megah, seperti Pasar Tanah Abang di Jakarta dan Pasar Baru, di Kota Bandung, Indonesia.

Dah 3 tahun (sejak PKP hari tu), bangunan asal tu Tengah dalam proses ‘construction’. Mungkin tahun depan siaplah kot, harapnya. Sebab Pasar Paying sementara ni agak sesak dan kurang selesa, sebab kedai-kedai nya agak sempit. Bila waktu puncak terutamanya bila musim cuti peraayaan atau cuti umum, ramai pelancong yang datang ke Pasar Payang ni yang buatkan tempat ni sangat sesak. 

Tak selesa lah kalua nak shopping lama-lama bila keadaan sesak dengan lautan manusia kan. Tapi apa pun, Pasar Payang tetap best. Cuma harapnya cepat-cepatlah bertukar ke bangunan asal tu. 

Pasar Payang yang sementara ni terletak betul-betul kat sebelah pasar yang lama (yang asal), kat area jeti Bot Penambang dulu. Bot Penambang tu ialah untuk menghubungkan Kampung Seberang Takir dengan Bandar Kuala Terengganu.  Tak jauh pun. 

pasar payang

Ini dia :

11 INFO TENTANG PASAR PAYANG, KUALA TERENGGANU PADA TAHUN 2023.  


1. Lokasi
Pasar Payang terletak kat betul-betul kat tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Terengganu, berhadapan dengan muara Sungai Terengganu. Dekat dengan Istana Maziah, Kuala Terengganu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu.



2. Tempat Menarik di Sekitar Pasar Payang 
(Masukkan semua tempat-tempat ni dalam itinerari korang tau, kalau tak rugi, dah alang-alang datang Kuala Terengganu kan).

- Water Front Kuala Terenggnu
- Kampung Cina (China Town) 
- Bukit Puteri
- Istana Maziah
- Kompleks Paya Bunga Square
- Paya Bunga Sentral
- Paya Bunga Plaza
- KTCC Mall 


3. Jenis Produk Yang Dijual
Pasar ini menawarkan pelbagai jenis produk seperti hasil laut, hasil pertanian, kraf tangan tradisional, pakaian tradisional Melayu (baju kurung, songkok, kain pelikat), perhiasan, barangan kraf, dan banyak lagi.


pasar payang

pasar payang

pasar payang

pasar payang

pasar payang

pasar payang

4. Ikan dan Produk Laut Pasar Payang terkenal dengan pelbagai jenis ikan dan produk laut segar seperti udang, sotong, ketam, ikan kembung, ikan tongkol, dan banyak lagi. Anda boleh menjumpai bermacam-macam ikan dan hasil laut yang merupakan sebahagian daripada hidupan laut tempatan.

pasar payang

pasar payang

pasar payang

pasar payang

5. Kraf Tangan: Pasar ini juga menjual kraf tangan tradisional Terengganu seperti tenunan, anyaman, patung-patung kayu, dan pelbagai barang seni lain.

pasar payang

pasar payang

pasar payang


6. Tempat Makanan
Pasar Payang ni ialah Syurga Makanan. Tapi pasar sementara ni, kurang sikit kedai makan. Tapi masih ada jer kedai-kedai makan kat dalam pasar ni, ada banyak gerai dan kedai makanan yang jual makanan tempatan seperti nasi dagang, laksa Terengganu, keropok lekor, dan makanan laut segar.

P/S : Jangan lupa beli air tebu kat luar pasar tu. Air tebu dia sangat-sangat sedap sebab original dan fresh. Aku sejak kecik dulu lagi, kalau pergi Pasar Payang wajib singgah beli air tebu tu.


7. Pengalaman Budaya
 Pasar Payang bukan sahaja tempat untuk membeli-belah, tetapi juga dapat beri korang peluang untuk mengenali budaya tempatan Orang Terengganu dan berinteraksi dengan penduduk setempat. Kat pasar ni diaorang cakap Longhat Terengganu. Dan korang janganlah speaking London pulak masa kat dalam pasar ni 😁. Nanti orang tengok pelik pulak. 

pasar payang

pasar payang

8. Waktu Operasi
Pasar ini biasanya dibuka setiap hari, dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Waktu puncak ialah di waktu pagi dan tengahari. 


9. Tempat Parking Kereta 
Boleh parking kereta Tempat Letak Kereta (TLK) di hadapan Pasar, tapi selalu penuh parking ni sebab peniaga-peniaga kat sini yang dah parking awal-awal. So, lebih baik parking kereta jauh sikit, dan berjalan kaki ke Pasar. Boleh parking kat Taman Syah Bandar atau kat Kampung Cina (China Town), atau kat Kompleks Paya Bunga, tak jauh pun kalau nak berjalan ke Pasar Payang. 

Biasanya orang tempatan di Kuala Terengganu ni suka berjalan kaki jer nak pergi ke tempat-tempat tumpuan orang ramai kat sini. Sebab jarak dia tak jauh sangat dari tempat ke tempat lain dan pejalan kaki kat sini dijamin SELAMAT. 

10. Cara Bayaran Ketika Membeli
Kebanyakan kedai hanya menerima Bayaran Tunai (Cash) sahaja. Ada sesetengah kedai sahaja yang ada terima bayaran secara 'Cashless'. Tapi jangan risau, Mesin ATM ada kat dalam Pasar Payang. 

11. Hotel di Sekitar Pasar Payang

* Grand Puteri Hotel (3 Star), harga dari RM 173 semalam
* DJ Citi Point Hotel (2 Star), harga dari RM 74 semalam
* Star Season Hotel (2 Star), harga dari RM 106 semalam
Suite18 Boutique Hotel, harga dari RM 125 semalam
* Hotel Sentral Kuala Terengganu, harga dari RM 91semalam
* Hotel Decentraland Kuala Terengganu, harga dari RM 128 semalam
* Paya Bunga Hotel Terengganu, harga dari RM 158 semalam
* Hotel YT Midtown, harga dari RM 125 semalam
* KT Chinatown Lodge, harga dari RM 101 semalam
* ARENA Boutique Hotel Kuala Terengganu, harga dari RM 102 semalam

Boleh baca pasal review aku tentang Hotel Duyong kat Kuala Terengganu :



12. Tips
Pastikan korang bersedia untuk berunding harga dengan peniaga (tawar menawar), kalau korang rasa nak beli barang tu sebab rata-rata barang kat sini tak punyai harga tetap. Tapi kalau produk makanan tu, korang tak yah lah tawar menawar dah, itulah harganya. 

*******************

Ingat tau, kalau nak dating ke Pasar Payang ni, plan betul-betul. Pergi Kalau boleh pergi masa bukan waktu puncak. Biasanya kalua petang-petang tak ramai sangat orang kat pasar ni. Sebab orang tempatan suka pergi pasar waktu pagi. Dan park la kereta jauh sikit. Kalau boleh parking kereta kat depan Taman SyahBandar atau kat depan Pejabat POS, untuk elakkan korang stuck dalam jem kat depan pasar tu. 


Boleh Baca Juga Artikel Ni : 

'41+ Tempat Menarik di Terengganu'

'35 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu (2023) '

'6 Destinasi Pulau Yang Cantik Di Terengganu'

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. lamanya tak pergi pasar payang di terengganu. kena juga buat trip ke east coast ni.

    ReplyDelete
  2. Bestnya..Haritu pergi Terengganu tapi tak sempat nak singgah sini..Next time lah..

    ReplyDelete
  3. Memang takleh lepaskan peluang singgah bila ke Kuala Terengganu nanti. Tak sabar nak tengok Pasar Payang yang baru selepas siap renovasi. Thanks sharing! 👍

    ReplyDelete
  4. Msih kt bangunan sementara..ok dtg time bkn waktu perayaan...td survey2 je dlu..esok pagi lps checkout nk shopping

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE