Baby ke-3 aku, Leesa dah berumur 6 bulan. Dan seperti anak-anak sebelum ni aku memilih untuk beri susu ibu (atau juga susu badan) kat anak aku. So, Leesa mengikut jejak kakak-kakak dia yang minum susu mummy sepenuhnya.  Bila susu ibu makin kurang, kita akan menajdi panik. Jangan panik mommies, hari ni aku nak share dengan korang cara-cara untuk perbanyakkan susu badan dengan mudah. 

Ini website Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang Susu Ibu -  http://www.myhealth.gov.my/kebaikan-susu-ibu/

Kakak-kakak Leesa sebelum ni berjaya minum susu ibu tanpa campur susu formula sampai umur 1 tahun. 

Cumanya rezeki Leesa kali ni untuk exclusively breastfeeding hanya boleh bertahan sampai umur 5 bulan sahaja, dan sejak itu (masa Leesa umur 5 bulan), Leesa dah campur dengan susu formula dan dah start makan (weaning). Mungkin kerana faktor usia ibu (aku dah nak masuk 4 series ya guys... huhu).

susu ibu

BACA NI JUGA : 'Beza Antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika'

susu ibu

Inilah beg pam susu aku (breastpump bag). Ni sebenarnya beg diapers. Aku beli ni masa bersalin Kakak FL 9 tahun dulu. Beg ni jenama JuJuBE - Be Right Back. Aku bawak pam susu ni pergi mana-mana kalau baby tak ikut sekali. Macam kat gambar ni, aku pam susu kat surau shopping all, lepas tengok wayang kat GSC. 

Korang baca jugak artikel ni -  'CHECKLIST' SENARAI BARANG KEPERLUAN BAG HOSPITAL'


CARA PENYIMPANAN SUSU IBU DENGAN BETUL

Susu Ibu Perahan , di panggil juga sebagai Express Breast Milk atau singkatannya EBM.

1. Simpan di dalam suhu bilik. 

Susu ibu boleh disimpan dalam suhu bilik 20-25 darjah Celsius (68-77 darjah Fahrenheit), tapi hanya tahan 4 jam sahaja lepas pam/perah. Lepas tu kena masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Simpan dalam suhu berhawa dingan (dalam air-cond) atau simpan dalam 'cooler bag'. 

EBM juga boleh diletakkan dalam bilik yang ada air-cond, dan ia boleh tahan sehingga 8 jam sebelum dipindahkan ke dalam peti ais. 

EBM yang diletakkan dalam 'cooler bag', yang siap ada ketulan ais, boleh tahan sampai 8 jam jugak. Lepas 8 jam kena masukkan dalam peti ais. 


susu ibu

susu ibu
Aku simpan EBM dalam plastik ni. 


2. Simpan dalam peti ais (Dalam 'chiller').

EBM yang disimpan didalam 'chiller', iaitu peti sejuk yang tak beku, boleh tahan sehingga 5 hari. Dan jika tak digunakan pada hari ke-5 tu, kena ubah kedudukan letak kat dalam 'freezer', iaitu peti sejuk yang bahagian beku.

3. Simpan dalam peti ais sejuk beku (Freezer).

Biasanya peti ais yang bahagian 'freezer' ni bersuhu di bawah 20 darjah celcius. EBM yang disimpan kat dalam ni boleh tahan sampai 3 bulan. 

4. Simpan dalam 'deep freezer'.

EBM yang disimpan dalam 'deep freezer' boleh tahan sehingga 6 bulan.

susu ibu

Ini  EBM dalam Deep Freezer aku, masa anak sulung dulu.


CARA PERBANYAKAN SUSU BADAN 

Mommies, sebenarnya untuk menjayakan penyusuan susu badan ni (breastfeeding), kita kena faham dulu konsep 'DEMAND & SUPPLY'. Apakah itu 'Demand & Supply' dalam breastfeeding? Ini jawapannya : 


1. TEKNIK DEMAND & SUPPLY DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Konsep "demand and supply" ni sangat-sangat penting dalam breastfeeding. Kalau tak faham konsep ni, agak mustahil untuk kita berjaya dalam breastfeeding baby kita.  

'DEMAND' - Maksud deamnd ialah 'permintaan'. Susu ibu sangat-sangat bergantung pada permintaan susu oleh bayi. Kalau baby tak nak susu, jadi susu tak kan dikeluarkan oleh kilang susu (Lodes - merujuk pada gambar di bawah).

susu ibu

Pengeluaran susu ibu dieknali sebagai 'Supply'. 

So, susu tak kan keluar atau dalam bahasa mudah, susu tak kan keluar kalau tak ada permintaan (demand) dari bayi. 

Macam mana kilang susu tahu ada permintaan susu? 
Kilang susu (Lodes), akan tahu bila mendapat signal - iaitu hisapan / 'sucking' pada puting si ibu. Ataupun ada 'perahan' susu dari puting si ibu. 

Oleh itu, jika si bayi minum susu formula, kilang susu semulajadi yang terdapat pada payudara si ibu, tidak menerima isyarat yang bahawasanya ada permintaan susu atau 'demand' oleh si bayi. 

So, guys, sangat-sangat penting sentiasa berikan susu badan setiap kali baby lapar. Dan sebenarnya kuantiti susu ibu yang masuk ke dalam mulut baby tu sudah cukup untuk baby kenyang. 

Masa di awal kelahiran, perut baby ni saiz kecil jer, mungkin sekecil sebiji buah cherry atau sebiji peas (yang warna hijau tu). So, bila baby minum sekali, dia dah kenyang, lepas tu dia tidur. Kemudian, mungkin tak sampai 1 jam, dia akan menangis lagi mintak susu. 

It's OK. Itu normal. Sebab apa? Sebab susu ibu ni senang dicernakan oleh sistem penghadaman bayi. So, sebabkan ia mudah dihadam, jadi perut baby akan cepat kosong semula, dan baby akan menangis minta susu lagi. 

Mungkin di awal-awal kelahiran, baby akan minta susu setiap setengah jam, macam anak aku. hahhahaa. It's OK. Just bagi jer. 

Dan sebab tu lah, masa dalam pantang tu, kalau boleh si ibu pantang betul-betul, yakni hanya tumpukan perhatian untuk diri sendiri dan baby sahaja. Jangan pikir dah pasal anak-anak yang lain. Hanya FOKUS pada baby. Kalau tak, nanti ibu jugak yang kepenatan kalau tetap nak buat kerja-kerja urusan keluarga. 

Ini anak aku Leesa, masa berusia sehari selepas dilahirkan. Masa ni kat hospital. Dia duk nangis dan nangis jer. Bila bagi susu dia tidur, lepas 30 minit nangis lagi, mintak susu. Nasib baik aku dah ada pengalaman dengan anak-anak sebelum ni. So, kali ni, aku tak panik pun dan aku bagi jer susu kat Leesa dengan tenang sampai dia tertidur semula. 

Lepas habis pantang, dia baru ada pattern minum setiap 2 jam sekali. Masa dalam pantang tu, kerja aku bagi dia susu jer lah, selain dari berurut dan sauna. 


Tips untuk Menggunakan Teknik Demand and Supply:

1. Kerapkan menyusu mengikut 'demand' bayi.

2. Susukan baby dengan kedua-dua belah peyudara. Mungkin jam ni guna belah kanan,
jam berikutnya guna belah kiri pulak. jangan hanya fokus kat 1 belah jer.

3. Pastikan teknik menyusu tu kena betul. Posisi kedudukan ibu dan bayi kena selesa.
Dan puting tu betul-betul masuk ke dalam mulut baby. Yang ni boleh consult dengan lactation.

4. Janganhadkan waktu menyusu. Just bagi jer seberapa kerap. 

5. Rehat secukupnya wahai ibu. 

6. Ibu kena ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan minum minuman kaffein.

7.Jangan berikan susu formula dulu di awal-awal kelahiran
kalau nak jayakan breastfeeding ni.

Lagi 9 Tips Untuk Perbanyakkan Susu Badan

1.    Kerap menyusu.
2.    Be calm & Be positive, Don’t Panic!.
3.    Banyakkan minum air kosong.
4.    Banyakkan makan makanan berkhasiat
5.    Posisi bayi semasa menyusu
6.    Pam susu badan secara berkala dan konsisten (kalau boleh buat jadual pam).
7.    Urut payudara.
8.    Jangan dekat dengan perokok!
9. Makan atau minum milk booster. Boleh baca kat bawah ni tentang makanan yang boleh tambahkan susu badan - ityulah milk booster. Aku hari tu minum milk booster yang dijual di pasaran iaitu - MOMMA PREGOLACT MILK BOOSTER. 

susu ibu
Korang boleh baca artikel pasal milk booster Momma yang aku tulis kat sini - 

Boleh beli kat Shopee ni, ini link nya : https://invl.io/clgh6ju

10.    Sabar!

Korang baca juga artikel ni: '5 Tanda Susu Ibu Kurang'


13 MAKANAN TAMBAHAN UNTUK PERBANYAKAN SUSU BADAN

1. Oatmeal. Kaya dengan serat. Serat sangat penting untuk sistem pencernaan bayi yang sihat.

2. Biji-bijian dan kacang-kacang. Especially chia seeds, kacang almond dan kacang tanah. 

3. Ikan salmon: Kaya akan lemak omega-3.

4. Bawang Putih.

5. Sayuran hijau seperti bayam, brokoli,  mengandungi nutrisi penting seperti kalsium dan zat besi. Manakala kubis pulak boleh buatkan susu kering.

6. Buah-buahan: Buah-buahan seperti alpukat, pisang, dan pepaya kaya akan nutrisi dan serat.

7. Air kosong. Air memang wajib minum dengan banyak setiap hari. Water intake yang tinggi, akan membuatkan produksi susu makin banyak. Kurang air, maka kurang susu. 

8. Halba dan Kunyit: Kedua rempah-rempah ini dapat memiliki sifat anti-inflamasi dan mempengaruhi produksi susu pada sesetengah orang. Aku sendiri bila makan halba, akan buatkan susu makin banyak.

9. Yogurt dan Produk Dairy: Yogurt dan produk susu yang lain macam fresh milk dapat memberikan nutrisi penting seperti probiotik yang bermanfaat untuk kesihatan sistem pencernaan.

11. Daging, Ayam dan Telur: Daging, ayam dan telur adalah sumber protein berkualiti tinggi yang penting untuk produksi susu ibu.

13. Daging Merah: Mengandungi zat besi dan protein yang tinggi.

14. Kurma.

15. Susu segar (fresh milk).


Akhir sekali, aku nak cakap, yang sebenarnya setiap ibu adalah unik, dan semua ibu tak sama. Setiap orang berbeza. Berbeza bentuk badan, berbeza saiz badan dan punya BMI yang berbeza jugak. So, kita jangan bandingkan diri kita dengan orang -orang lain. Jangan sesekali merasa kurang berkenyakinan dan suarakan kata-kata negatif (negative talks) pada diri kita sendiri. 


Please be positive mommies. Banyakkan istighfar dan banyakkan bersabar. Jangan panik. Just be calm. Bila ada masalah pasal pengeluaran susu ni, jangan stress-stress dan jangan pula terus give up dengan bagi susu formula kat baby. 


Try bercakap atau luahan dengan kawan-kawan yang ada pengalaman menyusukan anak. 


Kalau tak berjaya juga, better jumpa Lactation dan bagitau masalah anda dengan Pakar Laktasi tersebut. Ingat guys, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE