Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel - Hotel Review.
Weekend baru-baru ni aku dan keluarga staycation kat Ipoh. Dan kitaorang tidur kat RPGC Garden Hotel (Royal Perak Golf Club) yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, yang hanya jarak 16 minit jer dari Pekan Ipoh. So, ni aku nak tulis pasal review hotel ni.
ISI KANDUNGAN ARTIKEL HOTEL REVIEW - HOTEL IN IPOH ; RPGC GARDEN HOTEL
1. Overview RPGC Garden Hotel
2. Bilik Penginapan di RPGC Garden Hotel
3. Kemudahan (Facilities) di RPGC Garden Hotel
4. Makan - Makan di Hotel
Overview RPGC Garden Hotel
Ini first time kitaorang stay kat hotel RPGC Garden ni. Sebabkan en.suami aku seorang golfer, dia sangat suka tengok rumput padang golf yang cantik menghijau, so, sebab tu lah dia pilih untuk stay kat sini. Sebelum ni kitaorang dah pernah stay kat hotel lain.
Antaranya ialah Hotel WEIL, Ipoh. Boleh baca review aku pasal Hotel WEIL kat sini - 'HOTEL REVIEW WEIL HOTEL,IPOH'.
Encik Suami aku booking hotel RPGC GARDEN HOTEL ni kat website booking.com . Harga bilik yang kitaorang dapat hari tu ialah RM 387 semalam - Suite 2 bilik (dengan 2 bilik air).
Bilik Penginapan di RPGC Garden Hotel
So, kitaorang ambik suite 2 bilik sebab anak-anak aku ada 3 orang. 2 orang boleh tidur dalam 1 bilik, dan baby kecil tidur dengan kami suami isteri.
Suite ni ada 2 bilik air, ada livving hall dan ada kitchenette. Cumanya kitchenette tu tak boleh masak-masak sebab tak ada peralatan untuk memasak dan juga tak ada microiwave. Peti ais pun kecil jer.
Dalam bilik ni ada wifi yang laju, ada TV. Telefon dalam bilik tak ada. Aircond dia sangat sejuk.
Ini living hall RPGC Garden Hotel kat dalam bilik apartment kitaorang
Living hall RPGC Garden Hotel
Kat dining room ada meja kecil ni, cukuplah untuk kitaorang 4 orang.Teh kopi dan gula disediakan beserta dengan air mineral dan kettle air panas.
Tu anak aku bukak peti ais.
Ini laluan ke bilik tidur
Ini master bed room Suite RPGC Garden Hotel. Dalam master bed room ni ada bilik air, ada aircond dan ada TV. Cumanya TV tu kabur. Lebih baik tengok handphone jer. hahahhaa
Ni Master bedroom. Katil saiz King Size.
Ni bilik kedua dalam suite apartment kitaorang. Ada 2 katil single size. So, bilik ni anak-anak aku Kakak FL dan Leeya tidur sini. Aircond dia sejuk sangat. So, diaorang cuma pakai kipas jer, sebab Kakak FL allergic dengan sejuk.
Ini rupa bilik air dia. Ada disediakan sabun, syampu semua. Air panas untuk mandi pun ada.
Kemudahan (Facilities) di RPGC Garden Hotel
fasiliti di RPGC Garden Hotel Ipoh ni lengkap dan mestilah sangat best kan. Ada swimming pool saiz olimpik, ada gelanggang tenis, ada gelanggang squash, ada gym, ada sauna, ada snooker dan billiard room. Pendek kata, memnag tak bosan lah nak stay kat Hotel RPGC Garden ni.
Nak guna semua fasiliti ni FREE jer, cumanya kena bawak raket sendiri dan kena pakai baju swimming yang sebenar kalau nak swimming kat kolam renang dia.
Tapi semua kemudahan ni ditutup pada Hari Isnin, hanya dibuka pada jam 3 petang (Hari Isnin). Diaorang tutup untuk 'maintenance' di sebelah pagi tu.
Ini swimming pool di RPGC Garden Hotel, Ipoh. Saiz kolam renang olimpik.
Ni court Squash. Free jer untuk penghuni hotel nak guna court squash ni, tapi kena buat booking dulu. Gambar ni aku ambil dari website RPGC - https://www.royalperak.com.my/
Add your comment