Thursday, September 21, 2023

Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel

 Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel - Hotel Review. 

Weekend baru-baru ni aku dan keluarga staycation kat Ipoh. Dan kitaorang tidur kat RPGC Garden Hotel (Royal Perak Golf Club) yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, yang hanya jarak 16 minit jer dari Pekan Ipoh. So, ni aku nak tulis pasal review hotel ni. 

hotel in ipoh


ISI KANDUNGAN ARTIKEL HOTEL REVIEW - HOTEL IN IPOH ; RPGC GARDEN HOTEL

1.    Overview RPGC Garden Hotel

2.    Bilik Penginapan di RPGC Garden Hotel

3.    Kemudahan (Facilities) di RPGC Garden Hotel

4.     Makan - Makan di Hotel


Overview RPGC Garden Hotel

Ini first time kitaorang stay kat hotel RPGC Garden ni. Sebabkan en.suami aku seorang golfer, dia sangat suka tengok rumput padang golf yang cantik menghijau, so, sebab tu lah dia pilih untuk stay kat sini. Sebelum ni kitaorang dah pernah stay kat hotel lain. 

Antaranya ialah Hotel WEIL, Ipoh. Boleh baca review aku pasal Hotel WEIL kat sini - 'HOTEL REVIEW WEIL HOTEL,IPOH'.

Encik Suami aku booking hotel RPGC GARDEN HOTEL ni kat website booking.com . Harga bilik yang kitaorang dapat hari tu ialah RM 387 semalam - Suite 2 bilik (dengan 2 bilik air).

Ini lokasi RPGC Garden Hotel di Ipoh dalam Google Map.


Bilik Penginapan di RPGC Garden Hotel

Kitaorang book bilik suite 2 bilik. Kat RPGC ni cuma ada apartment suite jer, samada suite 1 bilik atau suite 2 bilik atau suite 3 bilik. 

So, kitaorang ambik suite 2 bilik sebab anak-anak aku ada 3 orang. 2 orang boleh tidur dalam 1 bilik, dan baby kecil tidur dengan kami suami isteri. 

Suite ni ada 2 bilik air, ada livving hall dan ada kitchenette. Cumanya kitchenette tu tak boleh masak-masak sebab tak ada peralatan untuk memasak dan juga tak ada microiwave. Peti ais pun kecil jer. 

Dalam bilik ni ada wifi yang laju, ada TV. Telefon dalam bilik tak ada. Aircond dia sangat sejuk. 

hotel in ipoh

Ini living hall RPGC Garden Hotel kat dalam bilik apartment kitaorang

hotel in ipoh

Living hall RPGC Garden Hotel

hotel in ipoh

Kat dining room ada meja kecil ni, cukuplah untuk kitaorang 4 orang.Teh kopi dan gula disediakan beserta dengan air mineral dan kettle air panas. 

Tu anak aku bukak peti ais.

hotel in ipoh

Ini laluan ke bilik tidur

hotel in ipoh

Ini master bed room Suite RPGC Garden Hotel. Dalam master bed room ni ada bilik air, ada aircond dan ada TV. Cumanya TV tu kabur. Lebih baik tengok handphone jer. hahahhaa


hotel in ipoh

Ni Master bedroom. Katil saiz King Size.


hotel in ipoh

Ni bilik kedua dalam suite apartment kitaorang. Ada 2 katil single size. So, bilik ni anak-anak aku Kakak FL dan Leeya tidur sini. Aircond dia sejuk sangat. So, diaorang cuma pakai kipas jer, sebab Kakak FL allergic dengan sejuk.


hotel in ipoh

Ini rupa bilik air dia. Ada disediakan sabun, syampu semua. Air panas untuk mandi pun ada.


Kemudahan (Facilities) di RPGC Garden Hotel

fasiliti di RPGC Garden Hotel Ipoh ni lengkap dan mestilah sangat best kan. Ada swimming pool saiz olimpik, ada gelanggang tenis, ada gelanggang squash, ada gym, ada sauna, ada snooker dan billiard room. Pendek kata, memnag tak bosan lah nak stay kat Hotel RPGC Garden ni. 

Nak guna semua fasiliti ni FREE jer, cumanya kena bawak raket sendiri dan kena pakai baju swimming yang sebenar kalau nak swimming kat kolam renang dia. 

Tapi  semua kemudahan ni ditutup pada Hari Isnin, hanya dibuka pada jam 3 petang (Hari Isnin). Diaorang tutup untuk 'maintenance' di sebelah pagi tu.

hotel in ipoh

Ini swimming pool di RPGC Garden Hotel, Ipoh. Saiz kolam renang olimpik.


hotel in ipoh  

hotel in ipoh

Ni court Squash. Free jer untuk penghuni hotel nak guna court squash ni, tapi kena buat booking dulu. Gambar ni aku ambil dari website RPGC - https://www.royalperak.com.my/


hotel in ipoh

hotel in ipoh
Ini gymnasium  RPGC Garden Hotel. FREE je nak guna, sam amacam hotel-hotel lain, tapi kena booking dulu. Alaa, booking 5 minit sebelum masuk pun boleh kalau tak ada orang time tu.

Makan - Makan di Hotel

Masa stay kat RPGC Garden Hotel Ipoh ni hari tu, aku makan kat dalam Club House, Royal Perak Golf Club, yang terletak berhadapan RPGC Garden Hotel ni jer. 

Kat Club House ni ada 1 restoren dan 1 kafetaria. Sultan Perak dan kerabat diraja Perak selalu datang sini.

Hari tu aku makan kat kafetaria, not bad makanan dia, OK (thumbs-up). Dan selain dari tu,aku JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan kat sekitar Bandar Ipoh), dan jugak order Grab Food. 

*****************************************

Overall, bagi aku,  RPGC Garden Hotel Ipoh ni OK, bersih dan tempat dia sangat nyaman dan tenang jer. Al-maklumlah dalam padang golf kan. Staff  RPGC Garden Hotel ni pun sangat baik dan 'friendly'. So, next time, bolehlah kitaorang stay sini lagi kalau datang Ipoh. 

No comments:

Post a Comment