Wednesday, September 27, 2023

In-Room Dining - Dinner di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

In-Room Dining - Dinner di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur
Weekend baru-baru ni, aku dan keluarga kecilku bercuti sekejap atau Orang Kodiang panggil 'staycation' kat Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur (M.O Hotel), betul-betul kat sebelah KLCC. 

Aku dah tak ingat ni kali keberapa aku menginap kat Hotel Mandarin Oriental ni. Bulan lepas ada datang jugak masa awal-awal cuti sekolah Cuti Hari Merdeka 31 Ogos tu. Dan yang ini ialah untuk staycation untuk bulan September. 

Kami menginap kat sini sebab nak pergi KLCC, nak membeli-belah sikit. Bila duduk sini, senanglah nak berulang-alik pergi KLCC. 

Seperti biasa, kalau menginap kat Hotel Mandarin oriental ni, en.suami aku malas nak makan kat KLCC sebab biasanya KLCC ramai sangat orang terutamanya bila hujung minggu. So, dia lagi suka makan kat dalam bilik, lebih privasi dan tenang katanya. 

Boleh kata, hampir kesemua menu in-room dining kat Hotel M.O ni kitaorang dah rasa. Dan kami berdua suka sangat makan sup tulang dia. 

nak makan in-room dining kat hotel senang jer, call jer kat restoren atau tekan jer button 'in-room dining' kat atas telifon hotel tgu, dan tuggu staff hotel jawab panggilan kita. 

Bila dia dah jawaba call, kita bagitau jer kat staff tu kta nak makan apa dan apa. 

in room dining Mandarin Oriental Hotel
Inilah Sup Tulang In-Room Dining Mandarin Oriental Hotel.

Sorry aku tak ingatlah harga dia berapa. Dan kesemua makanan lain pun aku dah lupa berapa harganya. Yang aku ingat, cuma side dish dia jer harga RM 20 sepinggan. Side dish ni macam nasi putih, mash potato, nugget, macam tu lah. 


in room dining Mandarin Oriental Hotel
Mula-mula staff datang hantar makanan kat dalam bilik kita, meja makann tu kosong jer macam ni. Cuma ada pinggan, sudu garfu, air dan roti sahaja. Roti tu Hotel Mandarin Oriental bagi percuma untuk setiap order. 


in room dining Mandarin Oriental Hotel

Lepas tu, staff restoren (Restoren Hotel) akan tanya 'nak hidang sekarang ke atau nanti-nanti?'. 


Biasanya kami jawab 'hidang sekarang'. Sebab perut lapar kan, nak makan cepatlah.

in room dining Mandarin Oriental Hotel

Dan, staff tu akan hidangkan makanan yang kita order tadi. Dia akan keluarkan makanan dari 'peti panas' ni yang diletakkan di bawah meja. Peti ni memang panas sungguh, aku pun tak tahan nak pegang peti ni. So, kalau nak ambik makanan kat dalam ni, kena ambil guna kain.


Boleh baca ni : 'HOTEL REVIEW : STAYCATION AT MANDARIN ORIENTAL HOTEL, KUALA LUMPUR'

in room dining  Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Bila dia dah hidang, inilah rupa makanan kami. Budak-budak tu tengah tunggu nak makan tu, lapar sangat dah.


 in room dining Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Ini antara menu yang kitaorang pernah order - pizza dan sup tulang


Boleh baca ni juga : 'BUFFET BREAKFAST AT GRAND MILLENIUM HOTEL, KUALA LUMPUR' 

In-Room Dining Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

Roti ni ialah complimentary, untuk setiap order yang mereka terima

Makan roti dengan butter. Butter kat Hotel Mandarin Oriental ni dihidang macam ni, bukan dalam bentuk kiub-kiub dalam packaging kecik-kecik yang selalu kita tengok kat hotel-hotel.


in room dining Mandarin Oriental Hotel

Kitaorang order air jus tembikai. Jus dia fresh, tak letak ais langsung, tapi sedap. Bila kita order, baru diaorang perah.


in room dining  Mandarin Oriental Hotel
Buah-buahan ni pun diberi percuma

in room dining Mandarin Oriental Hotel
Sup tulang dia - fuhh! Sedap!. 1 Mangkuk ni boleh makan untuk 2 orang. Nak makan kongsi 3 orang pun boleh. 

in room dining Mandarin Oriental Hotel

 

1 comment: