Thursday, September 28, 2023

IOI City Mall, Putrajaya : 10 Restoren Halal

Aku selalu ke IOI City Mall yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya betul-betul kat tepi jalan dari Lebuhraya SILK Kajang menghala ke Puchong. IOI City Mall Putrajaya ni ialah shopping mall yang terbesar di Malaysia. Memang betul-betul besar guys, penat nak jalan dalam ni. So, ini dia aku nak share dengan korang 10 restoren makan halal yang sedap. 

IOI City Mall, Putrajaya : 10 Restoren Halal

ioi city mall

ioi city mall


IOI City Mall, Putrajaya  ni ada 2 wing (2 bahagian) 1 West Wing (Bahagian Barat) dan 1 lagi ialah East Wing (Bahagian Timur). West Wing ni ialah bahagian baru, iaitu sambungan dari East Wing. 

Ada macam-macam kedai kat dalam IOI City Mall ni. Ada designer store, kedai make up, kedai sukan, ada AEON, ada LOTUS, ada ice skating, ada petting zoo, ada indoor pkayground (berbayar), ada karoeke, ada 2 Golden Screen Cinema, ada convention centre, ada gelanggang badminton dan macam-macam lagi lah. So, kalau korang datang sini memang best sangat dan tak bosan langsung.

Tempat makan pun ada banyak pilihan, dan pilihan yang ada kebanyakannya sedap-sedap. Ada yang murah, ada yang mahal, ada 2 food court kat IOI City Mall ni yang terletak di Tingkat 2. 

Restoren makan boleh kata 90% terletak di Level LG, di belah West Wing dan East Wing. Hanya Food Court sahaja kat Level 2. Dan yang lagi best makan kat IOI City Mall ni, semua restoren dan Food Court menerima pembayaran menggunakan 'cashless payment'. 

Kalau korang terlupa nak bawak duit tunai atau terlupa nak bawak wallet, tak yah risau. Bayar jer guna QR Payment.


ISI KANDUNGAN 10 RESTOREN HALAL DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA. 

1.    SUSHI KING

2.    RESTOREN KOREA - KYOCHON

3.    SEOUL GARDEN

4.    BUNGKUS KAW-KAW

5.    MY LAKSA

6.    MAMA THAI

7.    ABSOLUTE THAI

8.    THE CHICKEN RICE SHOP

9.     KENNY ROGERS

10.    NANDOS


BOLEH BACA JUGA : '3 TEMPAT BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG BEST DI KUALA LUMPUR'

1. SUSHI KING

Terdapat 2 Restoren Sushi King di IOI City Mall Putrajaya. 1 ialah Kiosk Sushi King yang terletak di Level LG, belah East Wing. Dan 1 lagi ialah Restoren Sushi King yang agak besar terletak di Level 1, berhadapan dengan Ice Skating Rink (West Wing). 

ioi city mall
Ini ialah Kiosk Sushi King, di Level LG, East Wing

2. Restoren Korea - KyoChon Restaurant

KyoChon Restaurant ni terkenal dengan ayam goreng Korea yang sangat sedap (dan jugak pedas). Restoren ni HALAL. Ia terletak di Level LG, East Wing, IOI City Mall. 


ioi city mall
Tengok Logo HALAL siap ditampal besar-besar depan kedai.

ioi city mall
Ini dia promo KyoChon Restaurant

3. Seoul Garden Restaurant

 Seoul Garden Restaurant ini sangat terkenal dengan steamboatnya yang dihidangkan secara buffet. So, kalau korang ke IOI City Mall ni, bolehlah singgah makan kat Restoren Seaoul Garden ni. Sekarang ni Seoul Garden ada buat Harga Rahmah untuk rakyat marhaein macam kita ni. 
Restoren Seoul Garden ni terletak di Level LG, East Wing.


ioi city mall

ioi city mall
Jom kita serbu Seoul Garden sekarang


4. BUNGKUS KAW-KAW

Restoren Bungkus KAW-KAW ni ialah kedai makan favourite aku bila pergi ke shopping mall, tak lain tak bukan sebab dia MURAH. Kat sini terkenal dengan menu Nasi Lemak Bungkus. Ada nasi lemak biasa, ada nasi lemak sotong, ada nasi lemak udang. Dan minum air pun dalam plastik bungkus macam kita beli teh ais kat tepi jalan. Fuhh! Sedap!

Bungkus KAW-KAW ni terletak di East Wing, Level LG, IOI City Mall, Putrajaya. 

ioi city mall


5. Restoren MyLAKSA

Restoren MyLaksa ni terletak East Wing, Level LG, IOI City Mall, Putrajaya. Ia menghidangkan menu laksa. Nak laksa apa, cakap jer. 

ioi city mall


Baca Juga : '12 Restoran Cina Halal Di KL'

6. Restoren Mama Thai

Restoren Mama Thai ini merupakan retoren masakan Siam. Andai kata korang mengidam nak makan tomyam ke, datang jer ke Mama Thai ni. Restoren ni terletak East Wing, Level LG, IOI City Mall, Putrajaya.   

ioi city mall

ioi city mall

7.    ABSOLUTE THAI

Restoren Absolute Thai ialah restoren masakan Thai yang sangat lazat. Terletak di level LG, West Wing, IOI City Mall, Putrajaya. 

Makanan citarasa Thailand ๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Menu tomyam dia sedap tapi tak pedas sangat. Green curry pedas kaw-kaw berapi๐Ÿ‘. Kalau korang jenis tak tahan pedas, jangan makan green curry kat sini. Ayam gajus sedap. Staff kat sini semua ok & friendly & sangat membantu.

ioi city mall

8.    THE CHICKEN RICE SHOP

The Chicken Rice Shop ialah restoren kegemaran anak-anak aku. Kalau datang ke IOI City Mall putrajaya ni, boleh kata memang wajiblah kami akan singgah makan kat The Chicken Rice Shop ni sebab anak-anak aku suka sangat dengan nasi ayam dia & ayam dia pun masak sedap jer. Kitaorang suka makan Nasi Ayam dengan Steam Chicken.   


The Chicken Rice Shop IOI City Mall Putrajaya ni terletak di Level LG, West Wing, kat depan KFC dan McDonald.  

ioi city mall


9.     KENNY ROGERS

Restoren Kenny Rogers ialah restoren yang menghidangkan menu ayam bakar yang snagat-sangat lazat. kalau datang makan kat sini, anak-anak aku suka makan Mac & Cheese dia, walaupun restoren ni serve ayam bakar tapi diaorang nak Mac & Cheese sebab mac & cheese dia sedap. 

Restoren Kenny Rogers IOI City mall Putrajaya ni terletak di Level LG, West Wing, kat depan Family Mart.

ioi city mall putrajaya


Baca juga : 'Zoo Negara'

10.    NANDOS

Restoren NANDOS ni pun pilihan kitaorang. Kami suka makan ayam dan nasi dia. 
Restoren NANDOS ni terletak kat Level LG, West Wing, IOI City Mall, Putrajaya. 

ioi city mall

2 comments:

  1. Tak risau nak cari restoran halal kat malaysia ni

    ReplyDelete