Seronoknya Safari Wonderland A'Famosa, Melaka

in , , , , by dorsett pink, September 09, 2023

Cuti sekolah minggu lepas kitaorang bercuti di A'Famosa Resort, Melaka. Dan antara tarikan utama di A'Famosa Resort ni ialah Safari Wonderland A'Famosa. Best sangat ! Nanti boleh datang sini lagi. Jom baca pengalaman kitaorang berkunjung ke Safari Wonderland, A'Famosa Resort.

Hari kedua bercuti di A'Famosa Resort Melaka, kitaorang berkunjung ke Safari Wonderland A'Famosa ni. Hari sebelum tu dah masuk ke Waterpak A'Famosa. 

Boleh baca pengalaman aku pasal Waterpark A'Famosa Melaka kat sini : 'WATERPARK A'FAMOSA MELAKA'.

safari a'famosa melaka

ISI KANDUNGAN ARTIKEL

1.    LOKASI  SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA


2.    HARGA TIKET SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

3.    WAKTU OPERASI SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

4.    MAKAN-MINUM DI DALAM SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

5.    PERTUNJUKAN HAIWAN (ANIMAL SHOW) DI DALAM SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

6.    ANIMAL FEEDING 

7.    SAFARI TRUCK

8.    ELEPHANT RIDING


LOKASI SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

Safari Wonderland A' Famosa Resort, Melaka ni terletak betul-betul dalam A'Famosa Resort di Daerah Alor Gajah,Melaka. Tak jauh pun dari Plaza Tol Alor Gajah. Boleh tengok kat Google Map ni  ↓ .

https://goo.gl/maps/er5qf2Cf485Wdu3V7

HARGA TIKET SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

Dewasa (Pemegang MyKad) : RM 55

Kanak-kanak , OKU , Warga Emas (Pemegang MyKAD d& MyKID) : RM 45

Kalau beli online lagi murah, boleh beli online kat link ni : 'SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA'.

** P/S : Wajib bawak MyKAD dan MyKID kalau nak masuk sini. Kalau tak bawak, kena bayar harga warga asing. Diaorang sangat-sangat strict bab ni. 


WAKTU OPERASI SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

Tutup setiap Hari Selasa.

Dan dibuka sepanajnag tahun (kecuali Hari Selasa). 

Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 5 petang. 


MAKAN-MINUM DI DALAM SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

Ada food court kat dalam ni. Nama dia - Local Food Court. So, tak perlu risau bab makan dan minum. Pembayaran di Food Court boleh bayar guna TUNAI dan QR Payment sahaja. Kad Debit atau Kad Kredit tak diterima.

P/S : Makanan dan minuman termasuk air kosong tak boleh bawa masuk!. Diaorang check beg satu-satu, even stroller pun diaorang check dan beg baby pun diaorang check. 

Tapi susu baby, air untuk baby minum dan makanan baby dibenarkan bawa masuk. 

Safari Wonderland A'Famosa, Melaka
Food Court tu kat area yang bertanda B4. Pintu masuk ke Safari ni ialah berdekatan A1 tu. Surau punada dalam ni, kat yang bertanda F4 tu.

P/S: Harga makanan kat dalam ni agak mahal. Kalau boleh korang makan dulu siap-siap sebelum masuk dalam Safari ni. 

PERTUNJUKAN HAIWAN (ANIMAL SHOW) DI DALAM SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA

Jujur aku cakap, pertunjukan haiwan kat dalam Safari A'Famosa Resort ni lagi best dari kat Safari Bangkok dan Zoo Negara. 

So, korang kena datang sini sendiri untuk rasai keterujaan tengok animal show show kat sini. 

Pertunjukan haiwan ni ada setiap hari. 

Antaranya show yang ada kat Safari A'Famosa Melaka ni ialah : 

1) Elephant Encounter - Jam 10.45 pagi & 4.30 petang

2) Multi Animal Fun Play - Jam 11.45 pagi & 3.00 petang

3) Colours of The Birds - Jam 12.45 tengahari & 3.45 petang

4) Wild Wild West - Jam 2.20 petang.


safari a'famosa melaka
Ini salah satu pertunjukan, iaitu pertunjukan CowBoy - Wid Wild West. Sorry gambar show tak ada.


Ini pulak pertunjukan pada sesi 'Multi Animal Fun Play'

safari a'famosa melaka
Ini gajah untuk buat show - 'Elephan Encounter'

ANIMAL FEEDING 

Kat Safari A'Famosa Resort Melaka ni boleh bagi haiwan makan. Kita beli jer makanan haiwan yang dijual dalam Safari ni. Sebekas dalam RM 10. 

1 bekas tu cukuplah untuk seorang kanak-kanak. 

Tapi hari tu, aku beli 2 bekas seorang. 1 bekas untuk makanan gajah iaitu pisang dan 1 bekas lagi unntuk makanan haiwan yang lain-lain. 

P/S : beli makanan haiwan kat dalam safari ni semuanya guna TUNAI tau. So, bawa lah wang tunai banyak-banyak. Diaorang tak terima Cashless. 

safari a'famosa melaka
Ni tengah bagi gajah makan pisang

safari a'famosa melaka

safari a'famosa melaka
Tengah get ready nak bagi gajah kat belakang tu makan pisang

safari a'famosa melaka

safari a'famosa melaka
safari a'famosa melaka

Leeya ketakutan, sebab dia ingat gajah tu nak kejar dia. hahahahha


safari a'famosa melaka

safari a'famosa melaka
Binatang ni semua jinak-jinak

safari a'famosa melaka


SAFARI TRUCK

Bestnya Safari A'Famosa Resort Melaka ni ialah dapat naik truck Safari. Kita naik truck ni masuk hutan untuk tengok binatang-binatang liar macam singa, harimau, cheetah, beruang, badak, buaya,  zirafah, dan banyak lagi. 


Masuk hutan tu memang real hutan (hitan betul). So, jalan dia teruk macam hutan lah - terlompat-lompat, ke kiri ke kanan. Fuhh! Best sangat!!. 


safari a'famosa melaka
Inilah rupa truck Safari yang kitaorang naik tu. 1 perjalanan naik truck ni ambil masa selama 45 minit. Dan stroller tak dibenarkan bawa naik truck ni. 

safari a'famosa melaka

Ni singa yang ada kat dalam Safari ni

safari a'famosa melaka
Muka happy duduk atas truck. Susah jugak nak ambil gambar cantik ni sebenarnya, sebab tangan duk shaking jer, sebab jalan tak rata. 

safari a'famosa melaka

safari a'famosa melaka
Muka happy sebab first time Leeya naik truck masuk hutan ni. 

safari a'famosa melaka
Si Belang

safari a'famosa melaka
Ni gambar zoom dekat

safari a'famosa melaka

safari a'famosa melaka
Baby Leesa pun ikut sama naik truck. Panas , so tak pakai seluar.

safari a'famosa melaka
Muka ada senyum. Leesa happuy sebab first time rasai pengalaman masuk hutan macam ni. 

BACA NI JUGA :  'SAFARI DI SUNWAY LAGOON, KUALA LUMPUR'

ELEPHANT RIDING

Kat dalam Safari A'Famosa Melaka ni boleh naik gajah dan tunggang gajah. Harga untuk sekali ride ialah RM 60 untuk 2 orang dewasa (1 pusingan sahaja), beserta 1 keping gambar yang dah siap diprint. 

Kalau kanak-kanak nak join pun boleh, kena tambah RM 15. Hanya boleh seorang kanak-kanak sahaja, dan ikut ride yang sama. 

safari a'famosa melaka
Inilah jalan yang dilalui kalau kita ride elephant


safari a'famosa melaka
Kitaorang tak naik pun gajah hari tu sebab tak cukup masa. Masa ngam-ngam jer untuk tengok animal show dan naik truck.

safari a'famosa melaka


safari a'famosa melaka

Leesa kehairanan tengok binatang banyak-banyak


safari a'famosa melaka

Leesa teruja tengok binatang


Itu jer lah yang aku boleh cerita pasal Safari A'Famosa ni. Jujur aku katakan sangat-sangat berbaloi datamg ke Safari A'Famosa ni. Best sangat-sangat. Kalau datang setengah hari pun cukup. 

Untuk info lebih lanjut, korang boleh tengok kat Website Safari A'Famosa Melaka sendiri : https://www.afamosa.com/safari-wonderland
SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE