My Skincare Routine. Penjagaan kulit muka yang betul adalah penting untuk menjaga kulit muka kita supaya sentiasa sihat, segar, cerah, dan bersih. Ini dia aku share dengan korang rutin skincare (my skincare routine) aku setiap hari dan tips menjaga kulit muka dengan betul supaya muka kita bebas jerawat dan kelihatan awet muda dan berseri.
KENAL PASTI JENIS KULIT MUKA
Mula-mula sekali kita kena tahu jenis kulit kita. Jenis kulit muka ni ada 4 :
1. Kulit berminyak
2. Kulit kering
3. Kulit sangat kering
4. Kulit normal
Macam aku, kulit aku ialah jenis kulit kering, tapi bukan sangat kering. So, aku ken acari ‘skincare’ yang sesuai dengan kulit kering. So, untuk orang yang jenis kulit kering macam aku, toner dan mouisturizer sangat-sangat-sangat-sangat penting. 2 benda ni memang wajib pakai setiap hari. Kalau sehari tak pakai, kulit aku akan jadi kering dan buatkan aku rasa tak selesa sepanjang hari.
Aku pakai skincare jenama ‘DERMALOGICA'. Aku pakai skincare Dermalogica ni sejak umur aku 22 tahun, masa aku Tengah belajar kat UiTM Shah Alam. Masa tu aku ada masalah kulit (yang agak teruk), iaitu kulit kering. So, aku decide untuk pergi ke Dermalogica Store. Diaorang check muka aku guna mesin yang diaorang ada, dan diaorang bagitau yang aku ada masalah kulit kering.
Sejak dari tu, aku pakai skincare Dermalogica, dan aku Nampak perlahan-lahan, kulit muka aku makin OK dan lama-lama jadi ‘flawless’. Jadinya, aku decide untuk teruskan pakai skincare jenama ni.
Tapi masa aku berhenti kerja dulu, dan masa tu aku sambung belajar buat PhD, aku stop pakai skincare Dermalogica ni sebab aku nak berjimat-cemat untuk belajr. Al-maklumlah sambung belajar ni banyak guna duit, apatah lagi bila buat PhD, memang banyak sangatlah guna duit. So, masa tu aku pakai skincare jenama NIVEA.
Nivea ni OK dan serasi dengan kulit aku. Tapi aku perasan, skincare nitak repair kulit aku. Maksudnya, kalau kata hari tu aku kena ‘sun burnt’ (kulit terbakar), bila aku pakai Nivea, kulit tetap sama dan kesan ‘terbakar’ tu tetap ada dan tak hilang-hilang, melainkan kalau aku pergi ‘facial’, so slowly kesan terbakar tu akan dirawat.
Al-maklumlah, aku ni kan kulit sensitif, so cara rawatan untuk orang yang kulit sensitive ni agak manja dan berlainan sikit dari orang lain. Dan aku decide, untuk tukar semula ke skincare jenama Dermalogica. Dan sekarang aku sangat berpuas hati dengan jenama ni.
Skincare Dermalogica ni, dia ada banyak produk. Produk untuk kulit kering, kulit sangat kering, kulit normal, kulit berminyak, kulit berjerawat, kulit jeragat, kulit anti penuaan, malah untuk kulit tak cukup zat pun, Dermalogica ada produknya.
So, andai kata kalau kulit aku ni berubah tekstur, aku tak perlu risau. Pergi je kat Store Dermalogica iaitu ‘Aster Spring Store’ yang terletak kat shopping mall, dan bagitau kat face therapist kat situ pasal kulit wajah kita. Dan nanti diaorang akan cadangkan solusi untuk merawat kulit kita. Senang!
Dan paling aku suka pasal Dermalogica ni ialah diaorang guna bahan organic, taka da bahan kimia yang merbahaya dan tak guna bahan ‘Rethinol’. Rethinol lah yang banyak buat kulit muka kita semua jadi rosak dan teruk.
MY SKINCARE ROUTINE. TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA YANG BETUL
1. Cuci Muka
Cuci muka ni memang wajib buat setiap hari, 2 kali sehari. Pagi dengan malam. Pencuci muka aku guna ‘Intensive Moisture Cleanser Dermalogica’. Andai kata kalau hari tu aku pakai make up, so bila nak cuci muka di sebelah malam, aku akan pakai 'Precleanse Dermalogica' terlebih dahulu. Dan kemudian aku baru basuh muka dengan 'Intensive Moisture Cleanser'. di 'Precleanse Dermalogica' tu berfungsi sebagai 'makeup remover' jugak lah dan aku sangat-sangat suka.
Serum ni dia bergantung pada jenis kulit kita dan apa yang kita nak pada kulit kita (aim / matlamat).
Contohnya, kalau matlamat kita nak kulit yang cerah, so kita kena guna ‘serum’ yang khas untuk mencerahkan kulit. Kalau kita nak kulit kita bebas jeragat, kita kena serum yang khas untuk ‘pigmentation’ (jeragat).
Kalau kita tak nak kulit kita Nampak tua, so, carilah serum yang dirumus untuk ‘anti-aging’.
Macam aku, yang kulit kering ni. Serum pertama yang aku wajib (WAJIB ya) pakai ialah ‘Circular Hydration Serum Dermalogica’. Serum ni fungsi dia ialah untuk membekalkan air yang mencukupi pada wajah kita. Aku pakai serum ni 2 kali sehari – pagi dan malam.
Kalau tak pakai ni, kulit aku akan jadi teruk sebab kulit kurang air. Contoh kulit jadi teruk tu ialah, macam muka nampak lagi tua dari usia kita yang sebenar, muka senang naik jerawat, jeragat pun senang nak dapat.
So, untuk bagi kulit aku sentiasa nampak fresh dan glowing, aku memang kena pakai ‘Circular Hydration Serum' ni.
Dan selepas pakai serum ni, aku bolehlah guna serum-serum lain. Biasanya aku akan pakai ‘Biolumin-C Serum Dermalogica’. 'Biolumin C' ni ialah serum untuk bagi Vitamin C pada kulit.
5. Moisturizer
Yang ini memang wajib-wajib-wajib aku pakai. Apatah lagi dengan cuaca kat Malaysia ni yang panas, aku memang sentiasa kena bagi kulit aku ‘cukup air’ supaya kulit wajah aku sentiasa lembap dan ‘hydrated’.
Bila kulit kita kering, senanglah benda-benda asing nak hinggap kat kulit, contohnya jerawat dan jeragat. Untuk langkah yang ini, aku pakai produk 'Skin Smoothing Cream Dermalogica', produk yang ini memang sangat-sangat best untuk orang yang jenis kulit kering macam aku.
Aku pakai ni lebih dari 2 kali sehari - pagi dan malam dan setiap kali bila nak keluar rumah.
6. Sun Screen
Sunscreen ni ialah step yang terakhir dalam rutin penjagaan muka aku (My skincare routine). Aku pakai sunscreen ni waktu pagi jer, dan masa bila-bila nak keluar rumah di siang hari, terutamanya bila waktu tenghari. Sebab untuk lindungi kulit dari terkena Sinaran UV dari matahari.
Sunscreen ni sebenarnya kita kena pakai dari waktu kita remaja lagi. So, bila dari muda dah pakai, ia akan melambatkan kesan penuaan (aging effect) pada wajah kita (adanya garisan-garisan halus kat muka), sekaligus menjadikan muka kita nampak awet muda dan ‘flawless’.
Kalau tak pakai sunscreen, sinaran UV tu senang masuk ke dalam kulit kita dan ia menghasilkan minyak kotor. Minyak kotor ni bila lama-lama berkumpul dalam kulit kita, ia akan menjadi jeragat. Tapi biasanya jeragat ni akan mula keluar pada usia 30an atau 40an. Bila ada jeragat, muka akan Nampak lagi tua dari usia kita yang sebenarnya.
Tapi kalau jaga muka elok-elok dengan cara amalkan skincare routine yang betul, InshaAllah, kita akan kekal menjadi awet muda sentiasa dan muka kita tak dimakan usia.
Btw, aku guna Sunscreen Jenama Clinique - 'Even Better City Block', SPF 40.
Sunscren yang ini aku suka sangat sebab dia boleh jugak berfungsi seperti ‘Primer Make Up’. So, aku dah tak perlu pakai primer yang lain bila mana aku nak pakai make up kat muka. Dapatlah jimat duit sikit dari membeli primer, yang harganya tak kurang dari RM 100.
7. LipBalm
Last sekali pakai lip balm untuk bagi bibir sentiasa lembap. Kalau bibir kering nanti kita akan basahkan dengan air liur tak. Please jangan basahkan bibir guna air liur, sebab ia akan buatkan bibir kita lagi kering sebenarnya.
Lip balm ni kecil dan ringan jer, so boleh bawak pergi mana-mana. Lip balm ni aku suka pakai jenama 'Vaseline', beli kat Watson atau Guardian jer.
1. Elakkan sentuh muka selalu
Jangan sentuh muka korang dengan tangan yang kotor dan jangan sentuh selalu, sebab kita tak tahu apa yang ada kat atas tangan kita. Sebab bila sentuh muka dengan kerap (tanpa basuh tangan dulu), ia boleh menyebabkan muka kita penuh dengan kotoran dan senang dapat jerawat.
2. Jangan stress
Stress boleh mempengaruhi kulit. Cuba amalkan teknik-teknik pengurusan stres seperti yoga, meditasi, atau senaman untuk menjaga keseimbangan emosi kita.
3. Jangan kerap tukar produk
Kalau dah jumpa produk yang serasi, stay jer dengan produk tu. Bila kerap sangat tukar produk dan selalu buat 'ekperimen' kat kulit muka kita, ia akan buatkan kulit muka kita lagi cepat kotor dan rosak. Sebab kebanyakan produk tak sesuai dengan kulit kita. So, jangan senang terpengaruh dengan iklan-iklan di media massa ya guys.
4. Rujuk kepada pakar kulit
Jika korang mempunyai masalah kulit serius atau tidak pasti tentang jenis kulit korang, rujuklah pada seorang pakar kulit (Dermalotogist) untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai dengan jenis kulit korang.
Dan ingatlah guys bahawa setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, jadi penting untuk mencari rutin penjagaan kulit yang sesuai dengan diri kita sendiri. Apa yang aku share ni yang serasi dengan kulit aku, yang jenis kulit kering.
So, korang boleh guna tips yang aku share ni untuk rujukan dan panduan kulit muka korang. Tapi korang sendiri yang kena 'try and adjust' rutin skincare yang ngam dengan korang mengikut lifestyle korang.
Dan yang penting, selalu konsisten dengan rutin penjagaan kulit muka korang dan berikan masa (takes time) untuk melihat hasil yang baik, mungkin dalam 2-3 bulan.
Cantiknya kulit muka TT
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih. Ini sebab jaga muka betul-betul ikut steps yang saya share kat atas ni, sejak dari remaja. Dan yang penting, minum air kosong banyak-banyak
Delete