Thursday, September 07, 2023

Zul Ariffin Bercuti di Kota Yang Dilaknat Allah SWT - Kota Al-Ula

Zul Ariffin bercuti di kota yang dilaknat Allah swt iaitu Kota Al-Ula Bulan Ogos baru-baru ni. Kota Al-Ula ni Nabi Muhammad saw melarang keras umatnya, iaitu Umat Islam dari seantero dunia melawat kota ini sehingga ke Hari Kiamat. 

zul ariffin al-ula

Mungkin Zul Ariffin tak tahu kot Kota ni dilarang keras untuk dilawat ataupun hanya singgah sekejap. Entahler. Kita tunggu jer penjelasan dari Zul Ariffin sendiri nanti. 


Kota Al-Ula, yang terletak di Negara Arab Saudi. Kota ini telah dilaknat oleh Allah swt sebelum kedatangan Islam lagi. Dan Nabi Muhammad saw melarang keras sahabat-sahabat Baginda singgah atau melawat Kota Al-Ula ni, apatah lagi untuk mendiami kota ni dan Baginda SAW turut melarang keras Umat Islam datang ke kota ni sehingga Hari Kiamat. Sebab apa larang? Baca artikel ni sampai habis k. 


Kota Al-Ula yang terletak di Arab Saudi ni telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Korang boleh baca pasal UNESCO Al-Ula tu di sini - 'Preserving Documentary Heritage in AlUla'.


ISI KANDUNGAN ARTIKEL 

1.    LOKASI KOTA AL-ULA

2.    SEJARAH KOTA AL-ULA, ARAB SAUDI

        2.1     KISAH NABI SALEH SAW DAN KAUM TSAMUD

3.  KENAPA NABI MUHAMMAD SAW MELARANG KERAS UMAT ISLAM MELAWAT ATAU SINGGAH DI KOTA AL-ULA?

4.     AKTIVITI PELANCONGAN DI KOTA AL-ULA

LOKASI KOTA AL-ULA

Kota Al-Ula terletak di Utara Arab Saudi seperti dalam peta di bawah. 


zul ariffin al-ula

zul ariffin al-ula



Kota ni terletak berhampiran dengan Jordan dan Kota Suci Madinah. Betul-betul di tepi Laut Merah.  So, sesiapa yang pergi ke umrah atau haji, memang dah dekat sangat dah nak pergi singgah ke Kota Al-Ula ni. Kota ini berkeluasan 2,391  km persegi. 

Tapi sebagai umat Islam yang bertaqwa pada ajaran Al-Quran dan patuh pada Nabi Muhammad saw, InshaAllah kita tak kan pergi sana. Semoga Allah memelihara kita dan seluruh keturunan kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt. 

BACA NI JUGA : ' 50 TEMPAT MENARIK DI JORDAN'

zul-ariffin al-ula
Inilah rupa Kota Purba Al-Ula. Gambar dari Wikipedia. 


zul ariffin al-ula

PERANG AL-ULA 

Perang  Al-Ula yang terjadi sekitar tahun 630 Masehi, antara tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid dengan Tentera Byzantium (Roman Timur) di Al-Ula. Meskipun Nabi Muhammad saw sendiri tidak terlibat dalam pertempuran ini, peristiwa ini terjadi selama masa pemerintahan Baginda saw.

Zul Ariffin Bercuti Di Kota Al-Ula.


SEJARAH KOTA AL-ULA, ARAB SAUDI

Kota Al-Ula ni ialah di bawah pentadbiran Kerajaan Arab Saudi sekarang.

Kota Al-Ula ni ialah kota purba yang telah didiami sejak 200,000 tahun lalu sebelum kedatangan Islam lagi. Kota ini menjadi tempat tinggal Nabi Saleh a.w dengan kaumnya, iaitu Kaum Tsamud. 

Nama lain bagi Kota Al-Ula ni ialah Hegra atau Al-Hijr, atau sekarang ia diberi nama sebagai 'Mada'in Saleh' atau sesetengah orang buat ejaan sebagai 'Mada'in Soleh'. kalau nak tahu ejaan betulnya macam mana, kena baca ikut tulisan arab. 

Mada'in Saleh tu bermaksud 'Rumah Saleh' - iiatu ia merujuka kepada kawasan kejiranan (tempat tinggal) Nabi Saleh a.w dulu-dulu. 

Kota AL-Ula ni dahulunya adalah sebuah bandar yang sangat maju dan subur. Subur dengan tumbuhan yang menghijau, dengan air yang bersih dan rakyatnya hidup dengan aman dan damai. 

Tapi Allah swt telah melaknat kaum Tsamud ni, sehingga menjadikan Kota Al-Ula , tempat tinggal kaum ini kering-kontang dan tidak selamat didiami oleh manusia dan haiwan. 

Kaum Tsamud sangat terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang seni lukis dan seni reka (arts & crafts). Meraka sangat suka melukis, mengukir dan buat arca pada batu-batu dan kayu-kayan yang berada disekeliling mereka. 

Dan kalau kita lihat hari ini, hasil karya seni diaorang masih lagi hebat berdiri sehingga sekarang, walaupun telah beribiu-ribu tahun. Tengok kat gambar-gambar kat bawah ni. 


zul ariffin al-ula

Cantik kan? 

Struktur batu-batu geologi gitu memang nampak tempat ni sangat artistik dan buatkan semua pengunjung boleh terpukau kagum dengan kehebatan karya seni orang dulu-dulu. 


zul ariffin al-ula
Pintu masuk tu pun diukir dengan penuh teliti. Berseni sungguh tangan orang Tsamud ni. 

zul ariffin al-ula

Inilah rupa tempat tinggal mereka dahulu. Dan struktur ni masih wujud sehingga ke hari ini. 

BACA NI JUGA : '10 TEMPAT MENARIK DI ARAB SAUDI'


Dan selepas itu, Kota Al-Ula terus berkembang pesat dan yang paling utama, kota ini menjadi jalan utama untuk menghubungkan bandar-bandar lain di Arab Saudi. So, kalau kita nak bergerak dari utara ke selatan Tanah Arab, kita kena lalu juga Kota Al-Ula. 


In fact, Nabi Muhammad saw sendiri pernah melalui kawasan ni bersama sahabat-sahabat Banginda dan unta-unta mereka. Dan apabila sahabat berhenti sekejap di Kota Al-Ula untuk berehat sambil makan dan minum. Rasulullah SAW, dan suruh sahabat bagi sahaja makanan dan air minuman tu kat unta-unta mereka. Dan Baginda SAW suruh cepat-cepat beredar dari situ. 

Al-Ula terus berkembang sebagai kota kecil dan wilayah pertanian selama berabad-abad berikutnya. Namun, dalam sejarah moden, kota ini mengalami pertumbuhan yang lebih pesat. Selain itu, Kerajaan Turki Uthaminyah juga pernah melalui jalan di Kota Al-Ula ni untuk bergerak masa zaman pemerintahan Uthamiyah dulu-dulu. 

Dan Kerajaan Uthamiyah telah membina jalan keretapi untuk memudahkan pergerakan (transportation), yang dikenali sebagai 'Hijaz Railway'. Boleh baca lanjut pasal Hijaz Railway kat SINI.  

JOM BACA TRAVELOG AKU KAT SINI : 'TRAVELOG NEW ZEALAND'

KISAH NABI SALEH SAW DAN KAUM TSAMUD

Kisah tentang Nabi Saleh saw dan kaumnya iaitu Kaum Tsamud  ada dinyatakan di dalam Al-Quran dalam Surah Al-A'raf. 

Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”. (Surah al-A'raf, Ayat 74)


Zul Ariffin Bercuti di Kota Al-Ula

Nabi Saleh adalah seorang nabi dalam agama Islam yang diutus oleh Allah untuk menyampaikan ajaran dan peringatan kepada kaum Tsamud. Kisah Nabi Saleh dan kaum Tsamud termaktub dalam Al-Quran dan juga ditemukan dalam beberapa hadis.

Berikut adalah antara beberapa kisah Nabi Saleh SAW dan Kaum Tsamud yang tercatat dalam sejarah Islam :


1. Keturunan Tsamud

Kaum Tsamud adalah keturunan dari Nabi Nuh (Noah) dan mereka menetap di wilayah yang sekarang dikenal sebagai Tanah Arab Utara, di daerah yang sekarang menjadi sebahagian wilayah Arab Saudi, khususnya Kota Al-Ula. Mereka dianggap sebagai keturunan dari salah satu anak Nabi Nuh, yang bernama Samud.


2. Keajaiban Unta Betina

Salah satu keajaiban yang terkenal dalam kisah Nabi Saleh adalah munculnya seekor unta betina besar yang dianggap sebagai tanda dari Allah. Nabi Saleh diutus untuk mengajak kaumnya menyembah Allah Yang Esa dan meninggalkan penyembahan berhala, tapi ramai yang menentangnya.


3. Peringatan dan Penolakan 

Nabi Saleh memberikan peringatan kepada kaum Tsamud tentang akibat-akibat buruk yang akan menimpa mereka jika mereka tidak tunduk kepada keimanan dan meninggalkan penyembahan berhala. Dia juga mengajak mereka untuk menghormati unta betina tersebut sebagai tanda kekuasaan Allah. Namun, sebagian besar kaum Tsamud menolak ajarannya.


4. Mukjizat Betina Unta

Nabi Saleh SAW meminta tanda kekuasaan Allah untuk membuktikan kebenaran dakwahnya. Allah mengabulkan permintaan Nabi Saleh dengan memunculkan seekor unta betina dari batu gunung. Unta betina tersebut menjadi mukjizat yang jelas bagi kaum Tsamud. Tapi pengikut Kaum Tsamud tetap tak nak ikut Nabi Saleh saw walaupun mukzijat Allah dah terbukti didepan mata. Ada lah sorang dua yang percaya dan mula ikut Nabi Saleh saw tapi majoriti yang lain tetap tak nak ikut Baginda.


5. Ketidakpatuhan dan Azab

 Meskipun mereka telah melihat mukjizat tersebut, sebagian besar kaum Tsamud tetap tak nak ikut ajaran Nabi Saleh. Mereka terus melakukan perbuatan dosa dan mengingkari peringatan Allah. Akibatnya, Allah menghukum mereka dengan azab yang dahsyat dengan terjadinya gempa bumi di Kota Al-Ula ni.  Bebatuan besar jatuh dari langit, dan macam=-macam kejadian lagi sehingga menghancurkan mereka semua dan lenyap dari bumi Allah serta merta.


Zul Ariffin Bercuti di Kota Al-Ula

KENAPA NABI MUHAMMAD SAW MELARANG KERAS UMAT ISLAM MELAWAT ATAU SINGGAH DI KOTA AL-ULA?

Nabi Muhammad saw pernah melalui Kota Al-Ula ni semasa dalam perjalanan untuk berperang di Perang Tabuk yang bertempat di Wilayah Tabuk. 

"Tabuk merupakan sebuah wilayah di Arab Saudi, terletak di sepanjang pesisiran barat laut negara ini, menghadapi Mesir di seberang Laut Merah".

 Baginda memlaui Kota Al-Ula ni sebab nak tunjuk pada sahabat-sahabat iktibar dan kisah Kaum Tsamud semasa zaman Nabi Saleh saw. 

Masa lalu kawasan ni, sahabat singat berehat sekejap dan menyediakan makanan dan air minuman untuk semua. Tapi Nabi Muhammad saw menolak dan suruh bagi makanan dan air tu kat unta-unta jer, dan Baginda segera beredar dari situ. Walaupun hanya seteguk air yang diambil dari perigi yang berdekatan, Baginda tak minum . 

Dan Baginda memberitahu sahabat-sahabat, bahawasanya tempat ni telah dilaknat oleh Allah swt dan tidak ada Umat Islam boleh datang ke sini dan duduk di Kota Al-Ula ni sampai bila-bila. 

Dan sejak tu, kota tu terbiar macam tu jer.  

JOM BACA NI : 'BERCUTI DI WATERPARK A'FAMOSA MELAKA'

Sebab apa Nabi Muhammad melarang singgah dan makan minum kat Kota Al-Ula?

Sebabnya masa kejadian gempa bumi yang berlaku dulu-dulu, gempa bumi tu teruk sangat-sangat, lagi teruk dari gempa bumi yang berlaku kat Turki awal tahun ni. Gempa bumi kat Kota Al-Ula tu, sampaikan batu-batu jatuh dari langit dan sedikit lapisan ozon dah koyak pada kawasan Kota Al-Ula ni. 

Jadinya, sinaran UV akan direct masuk ke bumi dan akan direct terkena kulit kita. Walaupun kita pakai sunscreen, tapi sinaran UV  yang terus tu tetap tak selamat pada kulit kita dan boleh menyebabkan kita cepat mendapat penyakit seperti kanser. 

So, bila sinaran UV terus kena pada bumi atas tertapis (filter) dengan ozon, segala macam hidupan yang ada kat kawasan ni tak selamat. Termasuk juga air dan tumbuhan - tak selamat untuk kita makan. 

Untuk mengelakkan kita cepat mendapat penyakit kronik dan seterusnya buatkan kita cepat mati, jadi, dengarlah pesanan Rasulullah saw tu - jangan pergi langsung ke Kota Al-Ula ni. Kalau terlalu pun kat kawasan tu, cepat-cepat (segerakan) untuk beredar dari situ.


zul ariffin al-ula
Ni gambar Zul Ariffin pergi ke Arab Saudi. Gambar ni dia ada share kat Instagram dia. 

zul ariffin al-ula
Ni gambar-gambar Zul Ariffin berkunjung ke Kota Al-Ula. Gambar ni dia upload kat IG dia. 

Jom tengok video penerangan dari Ustaz ni pasal Larangan Melawat ke KOTA AL-ULA di Arab Saudi.



AKTIVITI PELANCONGAN DI KOTA AL-ULA

Sekarang ni Negara Arab Saudi, dah rancak buat pembangunan kat Kota Al-Ula ni untuk aktiviti pelancongan. Katanya sebab nak menjana ekonomi Arab Saudi, sebabkan minyak tu lama-lama boleh habis. 

Errrrmmmm.. ye ye alasannya. Tapi itulah apa yang kita tengok hari ni. 

Tempat ni sekarang tengah rancak dibangunkan dan dipopularkan oleh influencer-influencer dari seluruh dunia. 

Antaranya adalah pembinaan hotel-hotel mewah bertaraf 5-6 bintang. Contoh hotel yang wujud di Kota Al-Ula sekarang ialah Banyan Tree Alula, Cloud 7 Residence, Habitas Alula, Ashar Tented Resort, Caravan by Habitas dan banyak lagi.

zul ariffin al-ula
Habitas Alula Resort

Zul Ariffin Bercuti Di Kota Al-Ula

al-ula
Ashar Tented Resort

zul ariffin al-ula
Ini salah satu tarikan di Kota Al-Ula yang dibina oleh Kerajaan Arab Saudi sekarang - Bangunan Cermin. 

Zul Ariffin Bercuti Di Kota Al-Ula

Kisah Nabi Saleh dan kaum Tsamud adalah salah satu kisah dalam sejarah Islam yang menunjukkan pentingnya mengikuti ajaran dan peringatan dari seorang nabi yang diutus oleh Allah. 

Hal ini juga mengingatkan umat Islam untuk tidak menyekutukan Allah dan menjauhi penyembahan berhala. Kisah ini dapat ditemukan dalam Al-Quran dalam surah-surah seperti Al-A'raf (7), Hud (11), dan Al-Shu'ara' (26).

By the way guys, dah habis baca ni, jom beli periuk ni buat masak-masak kat rumah. Cantik giler you all. 

Periuk merah cantik gilos, beli kat Shopee - https://invl.io/cljrds8

No comments:

Post a Comment