Travelog Melbourne, Australia : Philip Island. Philip Island ialah destinasi pelancongan terkenal di Negeri Victoria, Australia. Ia terletak di Bahagian Selatan Victoria macam yang ditunjukkan kat dalam peta kat bawah.
ISI KANDUNGAN TRAVELOG MELBOURNE : PHILIP ISLAND
1.0 DARI MELBOURNE AIRPORT KE PHILIP ISLAND
2.0 BRIGHTON BEACH
3.0 PINTU MASUK PHILIP ISLAND
4.0 PENGUIN PARADE DI PHILIP ISLAND ISLAND NATURE PARK
5.0 THE NOBBIES - THE SOUTH POINT LOOKOUT - TENGOK PENGUIN & SUNSET
6.0 PHILIP ISLAND WILDLIFE PARK
7.0 KILANG COKLAT PANNY'S CHOCOLATE FACTORY
Dari Melbourne Airport Ke Philip Island
Perjalanan dari Bandar Melbourne ke Philip Island ialah 2 jam naik kereta.
So hari tu, sesampai je kami di Melbourne, dari Airport Tullamarine Airport (Melbourne International Airport) kami terus shoot pergi ke Philip Island. Makan breakfast kat dalam kereta jer, beli kat supermarket yang berdekatan dengan airport.
Philip Island ni terkenal dengan Penguin. So, sesiapa yang nak tengok Penguin Live yang hidup kat habitat sebenar dia, ( yang bukan dibela kat dalam sangkar macam kat dalam zoo), bolehlah datang ke Philip Island ni. Selain tu, Philip Island ni terkenal dengan alam semulajadi yang sangat cantik.
Perjalanan kami dari Airport Melbourne ke Philip Island, kami dihidangakn dengan permandangan alam yang sungguh cantik seakan - akan Negara Switzerland. Kalau korang tengok Switzerland ada gunung-ganang yang menghijau, kat Victoria ni pun samalah. Rumput-rumput dia yang sangat hijau tu nampak macam rumput karpet jer, tapi tu semua 'real', rumput asli, dengan lembu, dan biri-biri di kini kanan jalan, fuhh! cantiknya.
Philip Island sangat terkenal dengan Penguin
Brighton Beach
Masa on the way ke Philip Island dari Airport Melbourne, kitaorang singgah dulu kat Brighton Beach. Brighton Beach ni sangat terkenal dikalangan pelancongan terutamanya pelancong Malaysia akan 'Colourful Bathing Box' yang sangat menarik dengan rumah-rumah kotak yang berwarna-warni.
Masa kitaorang sampai di Brighton Beach tu, cuaca sangat sejuk sebab berangin. Masa tu suhu menunjukkan 12 darjah celcius. Dan campur dengan angin, fuhh! memang sejuklah.
Lepas dah puas menjamu mata kat Brighton Beach, kitaorang terus ke Philip Island.
PINTU MASUK PHILIP ISLAND
Philip Island ni ialah sebuah pulau yang terletak di Bahagian Selatan. So nak masuk ke Philip Island ni, kita kena naik jambatan yang menghubungkan bahagian daratan dengan Pulau Philip. Jambatan ni pendek jer, Jambatan Pulau Pinang lagi panjang.
Add your comment