Travelogue Melbourne : From Kuala Lumpur to Victoria, Australia.

Hye guys. Aku baru jer balik dari Melbourne, Australia. Aku bercuti bersama keluarga kecilku - suami dan 3 orang anak termasuk Baby Leesa yang berumur 7 bulan. Ni Kali ke-2 aku dan Kakak FL (anak sulung) datang Melbourne. Encik suami aku dah beratus kali datang sini sebab dulu dia belajar buat Degree kat sini.  

Melbourne City ni merupakan sebuah bandar dalam Negeri Victoria. So, kali ni, kami bukan sahaja bercuti di melbourne, tapi kami turut jelajah Victoria sekali secara Road Trip. 

travelogue melbourne australia
Ni gambar kat Philip Island, Victoria. Hari pertama kami sampai di Australia, kami terus drive ke Philip Island yang mengambil masa 2 jam perjalanan dari Airport Melbourne. 

Kali pertama aku sampai sini dulu masa tahun 2014, bersama-sama dengan anak sulung aku,  masa umur dia 4 bulan. Boleh baca story aku pasal Travelog Melbourne yang pertama dulu kat sini - 'MELBOURNE :: ST. KILDA BEACH'.

Kalau sebut Melbourne, mostly semua orang tahu, tapi kalau sebut Victoria, Australia tak ramai orang tahu. 

Yang sebenarnya, Melbourne ni sebuah bandar (kecil jer) kat dalam Negeri Victoria. Victoria besar. Yang best kat Melbourne ni sebenarnya ialah bukan kat 'dalam Melbourne', tapi kat dalam Victoria. 


So, here is the story - Travelogue Melbourne : From Kuala Lumpur to Victoria, Australia.

Perjalanan aku ke sini bermula dari 30 September 2023, Hari Sabtu baru-baru ni. Kami berlima termasuk dengan Baby Leesa yang berumur 7 bulan, gerak dari rumah meniaki Grab jam 8.00 pagi. 2hb Oktober baru-baru ni dia dah genap 8 bulan. Happy Birthday Leesa!

Sampai di Airport KLIA jam 9 pagi. Lebih kurang 1 jam la jugak perjalanan. Sampai jer kat KLIA, kami terus pergi ke Kaunter Check-In Royal Brunei Airlines sebab kali ni kami naik Royal Brunei Airlines. Flight akan berhenti transit sekejap (5 jam) di Bandar Seri Begawan, Brunei sebelum meneruskan perjalanan ke Melbourne. 

Dari Brunei ke Melbourne mengambil masa selama 7 jam penerbangan. Saja jer kami pergi Brunei sebab aku tak pernah sampai lagi di Negara Brunei Darussalam. So, terasa lah nak menjadi tourist di Bandar Ser Begawan. 

Sampai-sampai airport KLIA jer, kaunter tak buka lagi, so kami beratur jer lah dulu sabar menanti sehingga kaunter di buka. 

travelogue melbourne australia
Ni masa tengah beratur menunggu kaunter dibuka

travelogue melbourne australia
Ini baru 1 troli

travelogue melbourne australia
Inilah keseluruhan beg yang kami bawa untuk 'check-in' dalam perut kapal terbang.
Dan ini ialah staff Royal Brunei Airlines.


travelogue melbourne australia
Ini jumlah berat luggage kami. Naik Royal Brunei Airlines ni, seorang diberikan limit berat luggage sebanyak 20 kg PERCUMA. Kami berlima termasuk baby, so semua total ialah 100kg yang berikan untuk kami. Tapi kitaorang hanya bawak 38.4 kg jer, baik kan? hihihi.

travelogue melbourne australia


travelogue melbourne australia

travelogue melbourne australia

travelogue melbourne australia


travelogue melbourne australia
Ni tengah beratur sambil dukung Leesa yang tengah tidur. Carrier tu aku guna jenama Ergo, dibeli masa trip nak pergi Jepun dulu-dulu masa Kakak Leena umur 1 tahun.Sampai sekarang carrier ni masih cantik dan utuh!.


Boleh baca kat sini pasal Trip OSAKA-KYOTO, Jepun aku dulu-dulu : 'OSAKA - KYOTO TRAVELOGUE'

travelogue melbourne australia
Bila pergi travel dengan baby, wajib tau bawak carrier dan stroller.


travelogue melbourne australia
Lepas check-in, aku terus pergi ke Kaunter Roaming man yang terletak di aras yang sama, kat belakang Kaunter K (depan Guardian), untuk pick-up kami punya Portable Wifi yang disewa untuk trip ni. 

travelogue melbourne australia
Portable Wifi Roaming Man ni aku ambil pakej yang paling murah untuk Negara Ocenia iaitu hanya 500 MB sahaja dan tawaran yang diberikan masa aku booking tu ialah RM 26 sehari untuk 500 MB sehari. 

1 portable WIFI ni boleh dikongsi dengan 5 devices sekaligus dalam masa serentak. 

Disebabkan kat Victoria dan Melbourne sangat senang nak dapatkan kemudahan WIFI percuma, kat mana-mana ada jer wifi FREE, even dalam tram dan dalam airport pun ada wifi FREE. So, 500 MB dah lebih dari cukup sebenarnya untuk kami. So, bila terjumpa dengan WIFI Free, kami akan tutup Roaming Man ni dah turn on wifi free tu kat handphone. 

Walaupun kat Victora dan Melbourne dah beri WIFI free, tapi sebabkan kami ni travel secara sendiri dan buat Road Trip, jadinya perlu ada juga backup wifi. Sebabnya andai kata kalau tersesat kat mana-mana, dan nak mencari jalan pulang, kita tetap kena ada internet dan cari direction pulang melalui Google Map. 


Lepas ambil Wifi Roaming Man, kami terus makan sarapan pagi kat Level Departure tu jugak. 

Habis jer sarapan, terus masuk ke dalam terminal perlepasan (Departure Terminal) untuk urusan passport (Imigresen) dan boarding. 

Lepas dah cop passport, kami kena naik Bas Perantara (Shuttle Bus), untuk ke Terminal Perlepasan Antarabangsa yang terletak di sebelah nun sana. Kalau dulu boleh naik train Aero Train, tapi sekarang Aero Train dah diberhentikan (buat sementara waktu) untuk penyelenggaraan.

travelogue melbourne australia
Inilah shuttle bus yang menghubungkan KLIA dengan Terminal Perlepasan Antarabangsa.


travelogue melbourne australia
Dan inilah dia rupa shuttle bus yang membawa kami ke Balai Berlepas. Leeya suka sangat naik bas ni sebab dia tak pernah naik public bus macam ni.

travelogue melbourne australia
Dalam bas ni, boleh bawak masuk stroller terus, sebab tak ada tangga.Leesa lena jer tidur dalam stroller. 


travelogue melbourne australia
Ni kami tengah tunggu turn masuk ke dalam flight di Balai Berlepas. 

travelogue melbourne australia
Stroller ni baru jer beli khas untuk trip ni, dan boleh digunakan lagi bila travel di masa akan datang. Aku pilih stroller ni sebab dia ringan, compact (bila lipat) dan saiz cabin. Berat stroller ni hanya 5.5 kg jer. Bagi aku kalau travel dengan baby ni, memang 'wajib' lah ada stroller yang saiz cabin (cabin size stroller), sebab boleh bawak masuk flight dan senang nak buka dan lipat. 

Stroller ni boleh baring. So, sesuai digunakan untuk baby newborn sampai umur 4 tahun. Stroller ni Jenama Joei, model Pact Travel. Boleh beli kat Motherscare.

travelogue melbourne australia
Bakul stroller ni pun besar, boleh letak banyak barang

travelogue melbourne australia
Inilah beg cabin yang  aku guna sekaligus merangkap menjadi Diapers Bag Leesa. Aku suka beg ni sebab dia besar, kalis air, ada banyak poket, kemas, dan sedap dipakai. Beg ni Jenama Echolac. Ada extandable pocket. Harga beg ni RM 700++. Aku beli kat KLCC hari tu. 

Aku dan en.suami hanya pakai beg ni masa travel jer sebab sayang, takut bercalar. hahaha.

Kami naik Royal Brunei Airlines. Sebelum fly, semua diminta sama-sama membaca doa. Alhamdulillah!


Inilah cabin crew  Royal Brunei Airlines. 

Kami transit di Brunei dulu. Perjalanan dari KL ke Brunei ialah 2 jam. So, kitaorang makan lunch kat dalam flight.

Kami ambil seat depan sekali (Economy Class), sebab senang Leesa nak tidur.


Kusyuk diaorang layan cerita kartun. Kat depan tu ialah bassinet baby, Leesa tidur dalam tu sepanjang penerbangan.


Leeya makan mee




Ini makanan tengahari dalam flight Royal Brunei Airlines on the way dari Kuala Lumpur ke Brunei. Aku makan nasi. Almaklumlah lidah Melayu, mesti cari nasi jugak. 


Masa dalam flight, sementara Leesa tidur, aku baca buku ni. Ini buku kesayangan aku. Aku suka penulisan James Clear tu, sebab dia berasal dari menjadi seorang Blogger.Just like me. Mana tahu 1 hari nanti aku akan menjadi penulis buku terkenal sama macam James Clear. Who knows kan?

Untuk penerbangan ni, aku pack susu Formula Leesa dalam plastik macam ni. Plastik ni aku beli kat Shopee. So dari KL, sehingga sampai ke Melbourne, aku pack dalam 10 beg plastik. Terlebih takpe, jangan kurang.

Leesa tidur jer sepanjang penerbangsan dari KL ke Brunei. Sebab memang waktu tidur dia (nap time).


Inilah bassinet baby. Leesa tidur dalam ni. Bila flight bergoncang, masa take-off dan landing, kita kena keluarkan baby dari dalam ni, dan pangku sendiri. 

Dah sampai Brunei. Inilah rupa pesawat Royal Brunei Airlines dari luar.


Ni dekat Airport Brunei, on the way nak pergi ke kereta. 

Kat Brunei, kami jalan-jalan guna 'DART Brunei'. Dart ni macam GRAB kat Malaysia. So, kami booking DART ni melalui website DART - https://www.dartbrunei.com/

So, kami minta Dart Driver tu bawa kami jalan-jalan pusing-pusing Brunei. Alhamdulillah! Kami dapat Dart Driver yang baik dan sporting, Bangsa Cina, bernama Chris.

Chris guna kereta ni - Suzuki Vitara. Selesa jer unutk kami berlima, sebab tak ada luggage. Luggage semua terus masuk ke perut kapal terbang untuk dibawa ke Melbourne.  

Brunei ni kecik jer. 1 hari jalan pun dah habis pusing 1 bandar Seri Begawan. 

Ni dalam flight masa on the way dari Brunei ke Melbourne. Flight penuh, 1 seat pun tak ada kosong. Flight kami malam, jam 9 malam waktu Brunei. 


Makan malam kat dalam flight. Perjalanan dari brunei ke Melbourne ambil masa 7 jam.

Inilah rupa Airport Melbourne. Kami sampai di Airport Melbourne jam 6.50 pagi, ngam-ngam jer nak habis Subuh. Kami solat Subuh masa turun dari flight tu, bukan kat Prayer Room lah, sebab tak sempat nak pergi Surau. Alhamdulillah! Selamat sampai. 

Kat Airport Melbourne, ada shower room kat semua toilet. So, bolehlah mandi dulu secara percuma, tak perlu bayar apa-apa.

Ini signage surau kat Airport Melbourne. Surau kat airport ni ada banyak, so tak perlu risau bab solat kalau berada di dalam Airport Melbourne.

Lapar kan. makan lah dulu energy bar yang dibawak dari malaysia. kalau korang bawak apa-apa makanan dari malaysia, korang kena 'declare' tau, jangan diam jer, nanti tak pasal-pasal kena penalty. Dan makanan tu mesti siap seal dan ada label.

Masa ni en.suami tengah pergi ke Syarikat Kereta Sewa (kat Bangunan hadapan terminal ni), untuk urusan Pick-Up kereta yang kitaorang dah sewa.

Inilah dia kereta yang kitaorang sewa - Kereta Hybrid Toyota Corolla. Kami sewa kereta kat Webiste klook.com


Dapat jer kereta, terus cari sarapan pagi. Dan terus drive pergi ke Philip Island. Perjalanan dari Airport Melbourne ke Philip Island, mengambil masa selama 2 jam. 


Ini ialah kat Philip Island Nature Park. 



So guys, tunggu sambungan cerita Travelogue Melbourne Victoria yang seterusnya k. Ada banyak snagat benda yang aku nak cerita. Stay tune!

Nak tahu pasal Melbourne? Jom baca kat sini : 'Melbourne, Australia'


SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Jemput join segmen saya :)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE