Cara Masak Pasta Yang Paling Senang Untuk Bayi 8 Bulan.
Anak ketiga aku, Leesa baru masuk usia 9 bulan semalam. Minggu lepas aku start bagi dia makan pasta untuk pertama kalinya. Dan aku nampak reaksi dia - HAPPY!. Dia suka dengan pasta yang aku masak tu.
Sebelum ni Leesa cuma makan bubur dan nasi CERELAC sahaja yang di blend halus. Sekarang umur dia dah 8 bulan, jadinya dah kena start perkenalkan pada Leesa makanan yang ada 'tekstur' sikit.
So, makanan Leesa sekarang dah tak boleh blend halus lagi dah. Kena blend bagi ada 'biji- biji' sikit supaya dia belajar mengunyah, walaupun gigi geraham masih belum ada.
Sekarang ni Leesa dah ada 6 batang gigi dan kesemuanya di bahagian depan, yang berfungsi untuk mengigit makanan, dan bukan untuk mengunyah atau potong makanan. 6 gigi tu 3 kat atas, dan 3 kat bawah. Ini kalau dia gigit kita, confirm sakit.
So, meh lah aku share dengan korang cara aku masak pasta untuk Leesa ni. Cara ni paling senang tau, sesuai sangatlah untuk aku yang 'buat-buat busy' (hahahahahha) atau mak-mak yang memang super-duper busy.
Boleh baca resipi ni juga : 'MEE GORENG KANAK-KANAK'
CARA PALING SENANG BUAT PASTA BAYI
Semua bahan-bahan aku guna yang 'instant' punya jer. Yang dah 'ready-to-eat' punya, tapi pasta tu kena masak jugaklah sekejap kat atas dapur.
1. Masak Pasta.
Aku guna Pasta dari jenama Eatalian Express Vege Pasta yang dikeluarkan oleh Syarikat yang sama dengan Baby Food Jenama Little Nur. Aku pilih jenama ni sebab ia Buatan Malaysia dan HALAL.
Ini pasta khas untuk baby - tak ada bahan pengawet, tak ada gula, tak ada MSG, tak ada garam. So, untuk kanak-kanak yang dah besar macam umur 4 tahun ke atas dah tak sesuai nak makan pasta ni. Pasta ni
Pasta Bayi Eatlian Express Vege Pasta. Ini link kalau nak beli kat Shopee https://invl.io/clk6obi
Cara masak Pasta Bayi ni senang jer, sama jer macam cara masak pasta untuk orang dewasa makan.
Mula-mula panaskan air dalam periuk , masukkan sedikit olive oil, dan tunggu air mendidih.
Bila air dah mendidih, masukkan Pasta Bayi tu , kacau-kacau sekali-sekala dan tunggu sampai pasta tu masak dan lembut. Sekejap jer nak masak tu, maybe dalam 5 minit jer kot.
2. Campurkan Sos Pasta
Bila pasta tadi dah masak dan lembut, toskan air dia, ambil pasta sahaja.
Kemudian, gaulkan pasta dengan sos pasta.
Aku guna sos pasta yang dah 'Ready-To-Eat' dari Jenama Little Nur. Makanan Bayi Little Nur ni dibuat di Shah Alam dan dijamin Halal. Dr Sheikh Muzafar, Angkasawan Negara tu Duta jenama ni.
Disebabkan sos pasta ni dah siap dimasak dan boleh dimakan terus,kita cuma perlu gaulkan dengan pasta yang kita masak tadi jer.
Dah gaul sebati, then boleh terus bagi baby makan. Nyummm-nyummmm.
Kalau nak beli Sos Pasta Little Nur ni, boleh beli kat Shopee. Ini linknya : https://invl.io/clk6ob9
Inilah rupa pasta yang telah digaul dengan Sos Pasta Little Nur. **Sorry gambar kabur
Makan sampai licin mangkuk tu. Bagusss Leesa
Jom Baca Artikel Yang Berkaitan Ni :
Mudah dan cepat. Lepas ni makin seronok la Leesa makan ye...
ReplyDelete