Sabtu baru-baru ni aku join Konvensyen Suri Rumah 2023 atau nama ringkasnya KONSURI 2023 yang berlangsung di UTM Residensi Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) dengan disokong oleh Kementerian PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat.
Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) telah ditubuhkan sebelum kedatangan virus Covid 19 lagi, iaitu sebelum PKP dan bukannya ditubuhkan ketika era Pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim ok.
'RAHMAH' tu maksudnya :
"Menurut al-Mu’jam al-Arabiy al-Asasiy, rahmah adalah kata terbitan daripada kata akar ra-hi-ma / yar-ha-mu yang bermaksud lembut hati terhadap seseorang, memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati."
Fuhh! Best sangat dapat join KONSURI kali ni, acara yang sangat Meriah! 2 tahun lepas tak dapat dibuat secara fizikal macam ni disebabkan oleh Virus Wabak Covid-19 PKP, so terpaksalah dibuat secara atas talian a.k.a ONLINE. So, masa tu aku join onlinelah.
Ini website SURI RUMAH RAHMAH - https://www.surirumahrahmah.com/
Dan kali ni aku ada rezeki untuk join acara fizikal, fuhh! aura dia sangat luar biasa, jauh beza dengan online conference. KONSURI 2023 kali ni dibuat secara fizikal dan online jugak. Jadinya, sesiapa yang tak dapat hadir ke UTM KL, bolehlah join secara online dengan yuran peneyertaan serendah RM 30 jer.
Ramai betul peserta yang join KONSURI 2023 kali ni, yang dihadiri dari segenap pelusuk Semenanjung Malaysia. Mungkin next time, suri rumah di Sabah Sarawak pula boleh join sekali.
Ini ialah speaker Hajah Noraini dari Khadijah Foundation, yang memberi ceramah berkaitan dengan pengurusan kewangan.
KENAPA KONVENSYEN SURI RUMAH DIADAKAN?
Konvensyen Suri Rumah atau KONSURI diadakan untuk mengumpulkan semua suri rumah yang ada di majlis di dalam satu majlis. Acara ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Misi Konsuri ini ialah untuk memberi sokongan moral pada ahli Persatuan SRR dan mendedahkan suri dengan ilmu pengetahuan serta isu-isu terkini.
Secara tak langsung KONSURI ini menjadi 1 platform untuk para suri rumah bersosial, berjumpa kenalan baru dan sebagai medium untuk para suri rumah mendapatkan sistem sokongan yang baik (moral support).
SIAPA PENCERAMAH YANG HADIR KE KONVENSYEN SURI RUMAH 2023?
- Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI - Exco Pembangunan Wanita Kerajaan Negeri Selangor
- Datuk Dr.Harlina Halizah Siraj
- Hajjah Rohani Datuk Mohd Shahir
- Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail
- Dr. Kamilin Jamilin
- Dr. Zilal Saari
KONSURI 2023 ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu.
Ini aku bersama Prof. Datuk Dr Harlina Siraj
KEPENTINGAN UNTUK SURI RUMAH PERLU BERSOSIAL
- Untuk belajar berkomunikasi
- Untuk tahu dan peka dengan perkembangan isu semasa
- Untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan diri supaya menjadi isteri dan ibu yang bijak dan berpengetahuan luas
- Untuk meningkatkan tahap kenyakinan diri
- Untuk meningkat self-esteem
- Membolehkan suri rumah untuk berehat sekejap dari menjaga anak-anak.
- Membolehkan suri rumah 'lari' sekejap dari rutin harian & setreusnya dapat 'healing' / 'stress-relief'
- Mencari mencari rakan sokongan atau 'support systems'
- Untuk mencari
- Untuk 'networking'
Jom baca artikel aku yang lain : 'BUAT PHD SEBAB NAK MENJADI PENSYARAH KE?'
Korang boleh baca juga artikel ni :
- 'Suri Rumah, Kerjaya Yang Sangat Mencabar'
'Suri Rumah: Maksud, Tanggungjawab dan Realiti Yang Anda Perlu Tahu'
Add your comment