Disember 2023 -  Kami Diuji Dengan Wabak Influenza A. Bulan yang sangat menguji kehidupan kitaorang sekeluarga. Bulan ni aku sangat kurang menulis di blog dan sosial media, kerana memberi ruang untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga. 

Kitaorang diuji dengan ujian kesihatan sejak dari 1 Disember 2023, tetapi sebenarnya ujian itu datang masa November 2023 lagi. 

Mula-mula Leesa diuji dengan jangkitan kuman kat dalam telinga hampir 3 minggu. Ada aku ceritakan kat entri ni - 'BABY LEESA TERKENA JANGKITAN KUMAN DI TELINGA (INFECTIONS)'.

influenza a
Ni gambar Leesa masa umur dia 4 bulan kalau tak silap. Sekarang ni Leesa dah umur 10 bulan. 

Sebelum Leesa sembuh sepenuhnya dari jangkitan kuman di telinga, anak ke-2 aku, Leeya pulak kena demam panas. 

Dengan en.suami yang tak ada disisi, kerana dia sedang bekerja (outstation) ke Tokyo, Jepun, aku jadi panik dan risau sangat-sangat. Suhu Leeya sangat tinggi sehingga mencecah 40 darjah celcius. Setiap kali aku bagi dia makan ubat demam, suhu dia tetap sama dan tak menunjukkan sebarang progress untuk sejuk. 

Seharian macam tu, keesokkan harinya aku terus bawak Leeya pergi ke Klinik AsSalam - klinik yang paling hampir dengan rumahku. Dan masa dia demam tu juga, Leeya langsung tak nak minum. Cuma boleh minum air sikit, iaitu kurang dari jumlah air yang dia selalu minum sebelum-sebelum ni. 

Sebaik sahaja masuk ke bilik doktor, aku ceritakan yang Leeya demam panas. Dan doktor suggest untuk buat test Covid-19 dan Influenza. Jikalau dua-dua test ni menunjukkan hasil 'negatif', doktor bagitau yang Leeya terpaksa buat ujian darah pula untuk tengok Leeya terkena Jangkitan Denggi ataupun tidak.

Selepas 5 minit menunngu, hasil keputusan test Covid-19 dan Influenza A, keputusannya menunjukkan yang Leeya Positif Influenza A dan Negatif  Covid-19. 


influenza a
Leeya masa kena buat test Covid-19 dan Influenza A


Jadi, Leeya kena kuarantin di rumah selama 5 hari. Dan jugak, doktor bekalkan Leeya dengan ubat demam (Paracetamol untuk kanak-kanak) dan Ubat Influenza iaitu Ubat Antivirus yang bernama OSELTAMIVIR yang berharga RM 170. Ubat ini perlu dimakan 2 kali sehari. 

Dan selepas 2 hari makan ubat ini, Leeya dah sembuh dari demam dan dari virus Influenza A. Namun, dia tetap kena kuarantin kat rumah sampai hari ke-5. Tapi aku tak bagi dia pergi ke sekolah sebab nak pastikan yang dia betul-betul sembuh dan bebas dari virus Influenza, jadi kau kuarantin kan di rumah sehingga hari ke-7.

influenza a
Ubat Antivirus - Oseltamivir

Selepas hari ke-2 Leeya kena kuarantin, anak sulung aku, Kakak FL dan anak ke-3 aku, Leesa demam jugak. Malah, aku jugak demam sekali. Kakak FL dan Leesa demam tak teruk sanagt. Diaorang demam 2 hari jer, dan hanya bergantung pada ubat demam semata-mata. 

Tapi aku, aku buat ujian Covid-19, ujian Influenza A 2 kali dan hasilnya dua-dua kali tu negatif. 

Hari ke-4 aku pergi lagi ke klinik, sebab aku tak tahan dah menanggung demam tu. Dengan selsema nya yang agak teruk dan batuk yang teruk jugak, aku pun tak larat langsung nak bangun, hatta nak solat pun aku rasa aku selesa untuk solat duduk jer, tapi aku gagahkan diri jugak solat berdiri. 

Dan hari ke-4 tersebut (Inimerupakan kali ke-2 aku pergi ke klinik jumpa doktor sebab demam) doktor buat ujian darah nak tengok aku terkenan jangkitan denggi tak. Hasil ujian darah menunjukkan aku negatif denggi tapi dalam darah aku ada kuman. 

Maksudnya aku demam disebabkan oleh jangkitan kuman. Lantas, doktor bagi aku antibiotik dan terus continue makan ubat demam, ubat batuk dan ubat selsema macam biasa. 

Mujurlah masa tu en.suami dah balik ke Malaysia. Syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya ada juga yang menjaga anak-anak. 

Seelpas makan ubat antibiotik untuk 3 hari, aku terus sembuh seperti sediakala. Dan sebaik jer sembuh, aku terus ke Manjung, ikut en.suami bermain golf sebab ada Kejohanan Golf di Manjung. 

Dapatlah jugak aku mengubati rindu aku untuk ketemu sahabat karib aku yang dah berkawan sejak dari tahun 2003 - itiu ketika zaman Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak, sehinggalah kami sama-smaa melanjutkan pelajaran ke Kampus Shah Alam dan seterusnya sewa rumah sama-sama selepas graduat dari UiTM. 

Balik jer dari Manjung (16 Disember 2023), aku diuji sekali lagi bila aku terjatuh dari tanngga di rumah aku pada 21 Disember 2023. 

Kaki aku terseliuh, sampai aku langsung tak boleh berjalan. Kaki kanan aku bengkak dan memaksa aku berjalan dengan menggunakan tongkat. Hatta nak solat dan mandi pun, aku terpaksa buat dalam keadaan duduk. 

influenza a
Kaki kanan terpaksa balut dengan bandage.



Mujurlah sehari jer sakit ni. Keesokkan harinya (22 Disember 2023), aku dah boleh cuba berjalan tanpa tongkat tapi sangat slow. Dan hari ketiga (23 Disember 2023), aku boleh berjalan sepenuhnya serta dah boleh solat berdiri dan boleh naik tangga dah tapi slow-slow lah. Alhamdulillah!. 

Aku bersyukur sebab kaki aku tak patah. 

Disebabkan kerana masalah kesihatan, aku tinggalkan lama sikit blog ni. Aku rindu sangat nak menaip di blog dan di FB tapi dek kerana sakit, aku perlu memberi ruang untuk diri aku "berehat" seketika dari dunia maya. 

Dan hari ini, Alhamdulillah! kami sekeluarga dah sembuh sepenuhnya. 

Terima kasih Allah bagi kami peringatan untuk buatkan kami sentiasa ingat padaMu. 

Selamat hujung tahun semua dan selamat bercuti!

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. sekarang memang musim macam2 penyakit. berjaga2 pun kalau Allah nak uji tak boleh elak. semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis Cie. tu lah, kalau Allah nak uji, tetap kita akan diuji. takpe, ujian itu akan mendekatkan kita pada Pencipta

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah dah sembuh., Terima kasih Wak sudi baca kisah kami

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE