Bestnya Perpustakaan Bandar Baru Bangi.
Warga Bangi memang tak sabar sangat-sangat tunggu Perpustakaan Bangi dibuka.
Library ni ditutup sementara masa PKP hari tu sebab buat renovation.
Sebelum PKP dulu, aku selalu jugak datang ke library ni, sebab aku sambung belajar buat PhD kat UPM. Bangi - UPM kan dekat jer. Tapi masa tu bagi aku Library Bangi tu suram dan tak best.
"Harap-harap diaorang tukar lah library ni jadi macam library Shah Alam, baru best sikit nak bawak anak-anak datang sini", aku bermonolog sendirian dalam hati.
Tup-tup, wabak covid-19 melanda negara, semua tersekat di rumah akibat perintah Kawalan Pergerakan, dan Perbadanan Perpustakaan awam Selangor pun buat pengumuman untuk penutupan sementara Library Bangi ni, sehingga tahun 2022.
Tapi selepas tahun 2022, tahun 2023 ambil alih, last-last tahun 2024 baru library ni siap.
Dan inilah rupa terbaru Perpustakaan Awam Bangi - Perpustakaan Awam Hulu Langat.
Okey, nanti bolehlah saya boleh pergi
ReplyDeleteKak Nina antara parents yang suka bawa anak-anak ke library. Next time boleh laa singgah sini
ReplyDelete