Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor.
Cuti hujung tahun Disember 2023 hari tu, kitaorang bercuti dalam Selangor jer. Sebab En.Suami tak nak drive ke luar dari Negeri Selangor, sebab tak nak hadap jem. Almaklumlah, hujung tahun semua pakat berjalan-jalan pusing-pusing Cuti-Cuti Malaysia, jadi jalanraya semuanya jem especially highway.
Hujung tahun lepas, kitaorang dah hadap jem pergi ke Penang. Jadinya, tahun ni (2023) kita nak tenang-tenang saja. Tahun 2024 la pulak nak 'join the crowd' tempuh jem. hihi.
Actually, dia dah lama nak jalan-jalan ke Pulau Ketam tu sebab nak tengok sendiri suasana cara hidup masyarakat nelayan di Pulau Ketam. Tapi tak ada rezeki (peluang) untuk ke sana lagi. Jadinya, tahun 2023 Allah makbulkan hajat dia untuk ke Pulau Ketam.
Dan hujung tahun 2023, percutian kami ialah di Daerah Klang, Selangor sahaja.
1. PENGINAPAN
Kami menginap di Hotel Premiere Klang, hotel 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang.
Hotel ni ada swimming pool dan buffet breakfast. Bilik hotel dia luas, so selesalah untuk kami berlima especially untuk Baby Leesa yang bebas merangkak ke sana ke mari dalam bilik tu.
Hotel ni betul-betul terletak di sebelah Pasaraya Lotus, Bukit Tinggi. So, senanglah nak makan atau nak membeli-belah.
Walaupun hotel ni bertaraf 4 bintang, namun 'customer service' dia sangat teruk. Kitaorang call 'reception' dari bilik hotel, langsung tak berangkat, jadinya terpaksa kami turun pergi ke 'Reception' sendiri.
Dari Bukit Tinggi ke South Port agak jauh juga, lebih kurang 20 minit perjalanan. Tapi drive kereta sendiri kan, so ok jer lah jauh mana pun.
2. PERJALANAN KE PULAU KETAM
Perjalanan ke Pulau Ketam adalah dengan menggunakan pengangkutan air semata-mata. So, nak pergi ke Pulau Ketam boleh naik bot atau feri.
Untuk orang awam seperti kita, kita boleh naik feri dari South Port, Pelabuhan Klang.
Parking kereta di South Port, ada banyak parking lot kat situ. Dan beli tiket feri secara 'walk-in'. Kita masuk jer kat jeti ke Pulau Ketam tu, nanti ramai agen-agen tiket yang akan datang pada kita untuk jual tiket feri.
Harga tiket feri ke Pulau Ketam :
RM 20 untuk seorang dewasa - tiket pergi-balik
RM 12 untuk seorang kanak-kanak- tiket pergi balik
Harga baby sahaja yang free tak perlu bayar.
Perjalanan naik feri ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit.
Tq share, boleh juga kita merasa melancong bersama bila baca dan tengok gambar pulau ketam. hihi
ReplyDeleteerm biasa perkampungan nelayan begini kurang sikit aspek kebersihan kan DP, mungkin boleh di di berikan perhatian lebih baik dan naik taraf untuk sebuah destinasi pelancungan di masa depan, nice sharing .. ramai tak tahu pasal pulau ni :)
ReplyDeleteBest jalan -jalan explore dekat dekat pun menarik. Yang penting masa bersama seisi keluarga . Benda ni yang akan anak ingat sampai dewasa kelak.
ReplyDeleteMenarik juga tempat ni. Tak pernah tahu pun...
ReplyDelete