Saturday, January 06, 2024

Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor

 Jalan-Jalan Ke Pulau Ketam, Selangor.

Cuti hujung tahun Disember 2023 hari tu, kitaorang bercuti dalam Selangor jer. Sebab En.Suami tak nak drive ke luar dari Negeri Selangor, sebab tak nak hadap jem. Almaklumlah, hujung tahun semua pakat berjalan-jalan pusing-pusing Cuti-Cuti Malaysia, jadi jalanraya semuanya jem especially highway. 

Hujung tahun lepas, kitaorang dah hadap jem pergi ke Penang. Jadinya, tahun ni (2023) kita nak tenang-tenang saja. Tahun 2024 la pulak nak 'join the crowd' tempuh jem. hihi. 

So, tahun ni (2023), En.Suami memilih untuk ke Pulau Ketam, yang terletak di Daerah Klang, Negeri Selangor. 

pulau ketam

Actually, dia dah lama nak jalan-jalan ke Pulau Ketam tu sebab nak tengok sendiri suasana cara hidup masyarakat nelayan di Pulau Ketam. Tapi tak ada rezeki (peluang) untuk ke sana lagi. Jadinya, tahun 2023 Allah makbulkan hajat dia untuk ke Pulau Ketam. 

Dan hujung tahun 2023, percutian kami ialah di Daerah Klang, Selangor sahaja.

 

1. PENGINAPAN

Kami menginap di Hotel Premiere Klang, hotel 4 bintang yang terletak di Bukit Tinggi, Klang. 

Hotel ni ada swimming pool dan buffet breakfast. Bilik hotel dia luas, so selesalah untuk kami berlima especially untuk Baby Leesa yang bebas merangkak ke sana ke mari dalam bilik tu. 

Hotel ni betul-betul terletak di sebelah Pasaraya Lotus, Bukit Tinggi. So, senanglah nak makan atau nak membeli-belah.

Walaupun hotel ni bertaraf 4 bintang, namun 'customer service' dia sangat teruk. Kitaorang call 'reception' dari bilik hotel, langsung tak berangkat, jadinya terpaksa kami turun pergi ke 'Reception' sendiri.

Dari Bukit Tinggi ke South Port agak jauh juga, lebih kurang 20 minit perjalanan. Tapi drive kereta sendiri kan, so ok jer lah jauh mana pun. 

Hotel Klang
Inilah bilik hotel di Hotel Premiere, Klang. Kitaorang book guna booking.com


2. PERJALANAN KE PULAU KETAM

Perjalanan ke Pulau Ketam adalah dengan menggunakan pengangkutan air semata-mata. So, nak pergi ke Pulau Ketam boleh naik bot atau feri. 

Untuk orang awam seperti kita, kita boleh naik feri dari South Port, Pelabuhan Klang. 

Parking kereta di South Port, ada banyak parking lot kat situ. Dan beli tiket feri secara 'walk-in'. Kita masuk jer kat jeti ke Pulau Ketam tu, nanti ramai agen-agen tiket yang akan datang pada kita untuk jual tiket feri. 

Harga tiket feri ke Pulau Ketam :

RM 20 untuk seorang dewasa - tiket pergi-balik

RM 12 untuk seorang kanak-kanak- tiket pergi balik

Harga baby sahaja yang free tak perlu bayar. 

Perjalanan naik feri ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit. 

pulau ketam

pulau ketam
Inilah feri yang kitaorang naik. 2 tingkat. Kalau nak layan view, boleh duduk kat tingkat atas.  Kitaorang duduk bawah sebab ada anak kecik.

3. PULAU KETAM
Pulau Ketam ni kecik jer. Kitaorang jalan-jalan 1 jam dah habis pusing dah. 

Pulau Ketam ialah Kampung Nelayan. Penduduk kat sini majoritinya ialah Bangsa Cina. Tapi ada juga Muslim, siap ada Masjid lagi tau. 

pulau ketam
Ini kat Jeti di Pulau Ketam. ramainya orang sebab kitaorang pergi masa cuti Krismas

pulau ketam
Ini Masjid di Pulau Ketam

pulau ketam
Ini Pintu Gerbang di Pulau Ketam

Leesa. Kalau nak datang bawak baby atau anak kecil baya Leesa ni, yang paling penting ialah kena bawak 'carrier', stroller ni optional jer. Kalau tak ada stroller pun takpe, sebab susah jugak nak berjalan usung stroller kat sini, sebab laluan dia sempit dan kena bersesak dengan basikal juga.


pulau ketam
Ini kedai hardware di Pulau Ketam

pulau ketam
Ini ialah Jalan Jambatan Pelangi. Jambatan pelangi dikira sebagai 'tourist spot' di Pulau Ketam

pulau ketam
Inilah kami bergambar di atas Jambatan Pelangi


pulau ketam
Inilah Kampung Nelayan Pulau Ketam

pulau ketam
Kampung Nelayan Pulau Ketam. 

Kenapa nama Pulau ni Pulau Ketam ? 
Sebab ada banyak sangat ketam. Memang boleh nampak ketam-ketam yang terlampau banyak tu keluar dari tanah. 


Kat sini tak banyak kedai sourvenir. Ini jer lah satu-satunya yang kitaorang jumpa. Mungkin ada kedai tutup kot.

pulau ketam
Dapatlah Leeya beli topi tu satu - fefeeling tourist


pulau ketam



Kedai Halal kat sini ada 2. 1 warung depan masjid. Dan 1 lagi ialah Kedai Cikgu. Nama dia - Kedai Cikgu. Nanti korang boelh search Google jer. Kedai dia terletak di tingkat atas shoplot. 

Pengangkutan utama kat sini ialah basikal, basikal elektrik dan motorsikal. 
Tapi kalau korang pergi masa cuti umum, better korang jalan kaki jer. Sebab nak naik basikal pun jem sebab ramai pelancong (pelancong Bangsa Cina yang paling ramai datang sini).

pulau ketam


Pembayaran 

Kat Pulau Ketam ni kebanyakan kedai menggunakan cash payment, dan bukannya 'cashless'. Jadi, kalau nak dtaang sini, better korang bawak duit cash yang korang bajet nak guna kat sini. Kalau nak sewa basikal pun bayar guna cash.

*******
First impression kitaorang sampai sini, ialah - 'kotor'. Pulau ni kotor, jujur aku cakap. So, aku rasa Adun kawasan ni better buat something untuk mempelokkan lagi Pulau ni supaya dapat menjadi 1 daya tarikan utama Negeri Selangor seperti Kampung Kuantan, Kuala Selangor. 

Walaupun kotor, overall, aku suka dapat pergi jalan-jalan ke Pulau Ketam ni. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat Kampung Nelayan asli yang berada di dalam negeri yang kaya dan terkenal - Selangor. 

So, next time aku nak jalan-jalan ke Kampung lain pula di Negeri Selangor, untuk melihat keindahan alam yang ada di Selangor. 

4 comments:

  1. Tq share, boleh juga kita merasa melancong bersama bila baca dan tengok gambar pulau ketam. hihi

    ReplyDelete
  2. erm biasa perkampungan nelayan begini kurang sikit aspek kebersihan kan DP, mungkin boleh di di berikan perhatian lebih baik dan naik taraf untuk sebuah destinasi pelancungan di masa depan, nice sharing .. ramai tak tahu pasal pulau ni :)

    ReplyDelete
  3. Best jalan -jalan explore dekat dekat pun menarik. Yang penting masa bersama seisi keluarga . Benda ni yang akan anak ingat sampai dewasa kelak.

    ReplyDelete
  4. Menarik juga tempat ni. Tak pernah tahu pun...

    ReplyDelete