Kunci Kehidupan Tenang

by dorsett pink, January 12, 2024

Kunci Kehidupan Yang Tenang

Hidup kita akan menjadi semakin tenang apabila kita belajar untuk berdamai dengan takdir. 

kunci hidup tenang

Takdir ialah Qada & Qadar, iaitu ujian yang Allah berikan pada kita untuk menguji keimanan dan kesabaran kita serta untuk mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan yang sebenar. 

Semakin sabar kita, semakin tenang jiwa kita dan sekaligus membuatkan kita merasa semakin bahagia. 


ALLAH IALAH TUNJANG (TULANG BELAKANG) KEHIDUPAN KITA

Ujian juga ialah proses untuk mematangkan kita yang  akhirnya akan akan menjadikan kita orang yang beriman dan semakin beriman selagimana  kita meletakkan Allah sebagai TUNJANG utama dalam kehidupan kita. 

Dalam erti kata lain, proses kehidupan kita ini hanya dari Allah, untuk Allah dan kepada Allah juga. Hanya Allah yang akan bersama-sama dengan kita dari awal hingga ke akhirnya, hingga kita mati, hingga kita ke Alam Barzah, hingga ke Padang Masyar dan akhirnya ke Syurga. 

Apa yang Allah berikan dalam hidup kita hari ini, kelmarin dan hari-hari esok hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Allah itu empunya harta, pemilik harta, pemilik dunia, pemilik alam semesta. Tiada satu pun di atas dunia ini bukan milikNya. Semuanya dari Dia, dan Dia jugalah yang memberinya pada kita. 

Allah bagi kita suami. Itu ialah pinjaman. 

Allah bagi kita mak ayah. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita anak-anak. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita abang, kakak dan adik. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita tanah. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita rumah. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita harta. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita pangkat dan kuasa. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita pandai. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita rezeki. Itu ialah pinjaman.

Allah bagi kita rasa gembira dan sedih. Itu ialah pinjaman.

Tiada Allah, maka, tiadalah kita di atas muka bumi ini. 

Tiada Allah, maka tiadalah kehidupan di atas bumi ini juga. Tiada angin, tiada bintang, tiada matahari, tiada tumbuh-tumbuhan, tiada haiwan, dan tiada segala-galanya. 

Kerana Allah adalah tunjang kehidupan kita. Dialah Pencipta kita. Dialah Pencipta langit dan bumi dan Dia jugalah tulang belakang hidup kita. 

Tiada DIA, maka habis longlailah hidup kita. 

Oleh itu, selagi mana kita masih bernyawa, maka terus-terusan lah mendekatkan diri pada Allah, menyerahkan segala-galanya pada Allah dan bergantung hidup kita pada Dia kerana HANYA DIA sahaja yang boelh mengubah dunia, yang boleh mengubati hati kita. 


MANUSIA HANYALAH PINJAMAN SEMENTARA

Manusia hanyalah pinjaman sementara dari Allah untuk kita. Untuk mengajar kita tentang erti kehidupan. Dan mereka juga diutuskan oleh Allah untuk menceriakan hidup kita, termasuklah mak ayah, suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik & sahabat handai. 

Bila-bila masa sahaja mereka boleh pergi dari dunia ini selama-lamanya. 

Dan bila-bila masa juga mereka boleh datang pada kita dan membawakan perkhabaran gembira. 

Itulah dinamakan UJIAN. 

kunci hidup tenang


UJIAN KEHIDUPAN

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. 

Ada bentuk sakit, 

ada bentuk derita, 

ada bentuk gembira, 

ada bentuk manis, 

ada bentuk ceria,

ada bentuk harta dan rezeki yang melimpah-ruah, 

ada dalam bentuk kemiskinan, 

dan ada dalam bentuk duka dan nestapa. 

Ujian ialah Qada & Qadar. 

Rukun Iman ke-6 - Beriman pada Qada & Qadar. 

Sebagi Umat Islam, kita wajib percaya pada Qada & Qadar.

Berdamailah dengan ujian yang diberikan pada kita. 

Berdamailah dengan qada & qadar, 

Berdamailah dengan takdir kita.

Bilamana kita diuji cepat-cepatlah kita kembali bersujud pada Allah, nescaya Allah akan bantu kita dalam apa jua keadaannya ❤️.  

Allah datangkan kita UJIAN, bukan untuk mencederakan kita, bukan untuk menyusahkan kita, dan bukan untuk menganiaya kita. 

Tapi itu tandanya Allah sayangkan kita. Tandanya Allah masih ingat pada kita.

hidup makin tenang

Bilamana Dia datangkan pada kita UJIAN, Dia nak kita beringat padaNYA. Kerana DIA sangat sayangkan hamba-hambaNYA yang sentiasa ingat pada NYA. 

Allah tak kan menguji kita dengan sesuatu yang melampaui batas kekuatan kita. 

Dia berikan kita dengan ujian yang setanding dengan kemampuan kita. 

Dia tahu kelemahan kita. 

Dia juga tahu kekuatan kita. 

Dan Dia tahu sejauh mana kita boleh tanggung ujian tersebut. 

maka, bersyukurlah apabila kita diuji. 

Kerana setiap ujian itu, mampu menjadikan diri kita lebih kuat dari hari sebelumnya. 

Lebih kuat dari hari semalam, lebih kuat dari apa yang kita sangkakan. 

Jangan pandang rendah pada diri kita. Kita adalah ciptaan Allah yang hebat, yang kuat dan yang bijak. 

Allah percaya kita bijak, Allah percaya kita kuat, Allah percaya kita mampu buat yang terbaik dan Allah percayak kita mampu tanggung.

Jadi, buatlah yang terbaik untuk diri kita sendiri. Sayangi diri kita. 

Berdamai dengan takdir hidup kita. 

Kerana takdir itu ialah apa yang Allah aturkan untuk meningkatkan tahap kesabaran kita, untuk mematangkan kita, untuk menguatkan daya tahan kita pada kehidupan yang sangat mencabar ini.

Janganlah berburuk sangka pada Allah.

Apa yang penting, ialah kita sentiasa berdoa pada Allah, sujud pada NYA, dan beribadat pada Nya. 

Bilamana kita berdamai dan reda dengan ujian hidup kita, hidup kita akan mula merasa tenang. Dan secara tak langsung, banyak benda-benda yang manis datang dalam hidup kita, contohnya RASA BAHAGIA. 

BAHAGIA ITU HANYA KITA YANG RASA.

kunci hidup tenang

Terimalah diri kita seadanya, sayangi diri kita, berdamailah dengan ujian, dengan takdir yang Allah ciptakan untuk mematangkan diri kita.

Jadikan diri kita sebagai keutamaan utama dalam hidup. Cintakan diri kita sendiri. Jangan harapkan cinta manusia, tapi carilah cinta Allah itu. Dan InshaAllah hidup anda akan menjadi tenang setenang-tenangnya. 

Yang penting ialah PERCAYA. 

PERCAYA YANG ALLAH ITU SENTIASA SAYANGKAN ANDA. 

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html?m=1

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE