Monday, January 29, 2024

Macam Mana Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) Terbentuk?

Macam Mana Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) Terbentuk?. SRR adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di peringkat kebangsaan / negara untuk memperdayakan suri rumah muda.

Perkongsian dari Dr.Wardah Mustafa Din, yang merupakan seorang Pensyakah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan juga pengasas kepada Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR).  

suri rumah rahmah

ISI KANDUNGAN

1.0    APAKAH ITU PERSATUAN SURI RUMAH RAHMAH (SRR)

2.0    MACAM MANA SRR BOLEH TERBENTUK?

       2.1    START DARI GROUP WHATSAPP

       2.2    GROUP SURI VT MULA JOIN IKRAM

      2.3    DR.WARDAH CIPTA LOGO SRR

      2.4    UNIT SRR MENGANJURKAN KONVENSYEN SURI RUMAH PERTAMA

     2.5    UNIT SRR BERTUKAR MENJADI PERSATUAN SURI RUMAH RAHMAH

3.0 APAKAH PERANAN SURI RUMAH SELAIN DARI MENGURUSKAN RUMAH?


APAKAH ITU PERSATUAN SURI RUMAH RAHMAH (SRR)

Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR), ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berperanan dalam memberi sokongan kepada golongan suri rumah muda yang berusia di bawah 45 tahun di Malaysia. 

Pada asalnya, SRR ini ialah sebuah unit kecil di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)  , yang dikenali sebagai Unit Suri Rumah Rahmah (SRR) yang bertujuan untuk memartabatkan golongan suri rumah di Malaysia sekaligus menyediakaan sokongan moral, dan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk wanita-wanita muda yang bergelar suri rumah serta golongan suri rumah juga boleh memberi nilai tambah kepada masyrakat melalui platform Unit SRR. 

Dari sehari ke sehari, unit ini mendapat sambutan yang sangat memuaskan dan pertambahan ahli yang mendadak dari sehari ke sehari sehinggalah dicadangkan agar unit suri rumah ini dijadikan sebagai sebuah pertubuhan sendiri untuk memudahkan urusan sumber dana dan kewangan. Akhirnya, pada tahun  2019, tertubuhlah Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR).

Untuk info lanjut berkenaan dengan Persatuan Suri Rumah Rahmah, boleh layari laman web ini - Persatuan SRR. 


MACAM MANA SRR BOLEH TERBENTUK?

Ceritanya bermula dari seorang figura hebat yang bernama Dr.Wardah Mustafa Din, seorang Pensyarah UKM di dalam bidang Farmasi (Produk Herba). 

suri rumah rahmah
Inilah dia Dr.Wardah Mustafa Din, Pengasas Persatuan Suri Rumah Rahmah


START DARI GROUP WHATSAPP

Dr. Wardah ni mulanya seorang Pelajar PhD. Selepas tamat belajar buat PhD pada tahun 2014, beliau ketika itu yang telah mempunyai 4 orang anak kecil (2 anak telah bersekolah & 2 masih belum bersekolah) berasa sunyi dan ingin mendapatkan teman yang sama-sama bergelar 'Suri Rumah' , untuk tujuan berborak. 

Memang betul, kehidupan sebagai seorang suri rumah ini 'sunyi'. Sunyi sebab suami pergi kerja, dan kawan-kawan pun sibuk dengan urusan pejabat. Kawan ada waktu free hanya pada waktu malam atau hujung minggu. Sedangkan waktu free suri rumah (waktu free ialah waktu untuk bersosial bersama kawan-kawan), hanya pada hari sekolah (Isnin - Jumaat). 

Hanya suri rumah yang memahami suri rumah sebenarnya. 

Jadinya, Dr.Wardah pun mulalah 'pencarian' mencari kawan baru yang juga merupakan suri rumah. Dan beliau mula mencarinya di sekitar rumahnya, iaitu di Taman Permainan Kanak-Kanak. 

Kebiasaannya, ibu-ibu yang membawa anak-anak ke taman permainan pada Hari Bersekolah (Isnin- Jumaat) ialah ibu yang menjadi suri rumah juga. Kerana wanita bekerjaya biasanya pergi ke playground masa hari weekend.  

Dan akhirnya, Dr.Wardah dapat berkenalan dengan beberapa orang ibu yang bekerja sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa di playground rumah beliau, dan diaorang pun buatlah 1 whatsapp group yang dinamakan 'Suri VT'. 'VT' tu merujuk kepada apartment yang Dr. Wardah tinggal. 

Melalui Group Suri VT ni, Dr.Wardah & The Geng merancang & membuat aktiviti-akitiviti untuk anak-anak dan untuk suri-suri rumah yang duduk kat apartment tu, antaranya ialah 'Playgroup untuk anak-anak'. Antara aktiviti awal yang dibuat lagi ialah Kelas Pengajian Agama Ustazah Halijah kat surau apartment tu. Yang bestnya aktiviti yang dibuat oleh Group Suri VT ni boleh bawa anak kecil sekali. Fuhh! Bestnya...

Dan makin lama-makin lama, aktiviti-aktiviti anjuran Group Suri VT tu mendapat sambutan dari luar kawasan apartment tu sendiri, sebab mesra kanak-kanak. WAAAHHH!! Hebatnyaaaaaaaaa!


GROUP SURI VT MULA JOIN IKRAM

Dr.Wardah merupakan Ahli IKRAM. Pejabat IKRAM kawasan Dr.Wardah tinggal pun kat depan rumah beliau jer. 

Dari Group Suri VT tu, ada ahli-ahli dalam group tu join juga IKRAM yang terletak kat depan rumah diaorang. Masa join IKRAM tu, lagi banyak program dan aktiviti untuk Suri Rumah yang dirangka oleh Dr Wardah & The Geng , dan akhirnya tertubuhlah 1 unit di bawah IKRAM - Unit Suri Rumah Rahmah, di bawah pengurusan Wanita IKRAM. 

Bermula dari IKRAM depan rumah Dr Wardah ni, Unit SRR menjadi semakin besar dan besar dan semakin banyak aktiviti & program yang dibuat oleh Unit SRR ni untuk suri-suri rumah wanita IKRAM di Seluruh Malaysia. 

Antara individu yang bersama-sama dengan Dr.Wardah mengendalikan Unit SRR ini pada awalnya ialah Puan Roslinee, Puan Bazilah, Puan Yanti, Puan Anfal (Sekarang merupakan EXCO Pembangunan Wanita & Masyarakat, Negeri Selangor) dan beberapa orang lagi. 

Unit SRR mula buat Facebook  dan semua aktiviti yang dibuat oleh Unit SRR dikongsikan dalam Facebook. Dengan Facebook ni, Unit SRR makin dikenali oleh suri rumah dari luar Negeri Selangor (yang bukan merupakan Ahli IKRAM). 

Dan semua program yang dibuat oleh Unit SRR ni boleh bawa anak kecil. Memang bessttttt!.


DR.WARDAH CIPTA LOGO SRR

Bila ada Facebook ni juga, Unit SRR initiate untuk buat Logo SRR. So, Dr Wardah pun lukis logo SRR guna tangan (doodle). 

Dr Wardah cakap , beliau ingat lagi yang anak-anaknya menjadi QC untuk logo tu 😆. Kenangan yang tak kan dilupakan oleh Dr Wardah. Bila dah siap logo tu, ahli-ahli lain dalam Unit SRR tu yang touch up logo tu dan akhirnya terjemahkan logo tu dalam bentuk digital (Guna Adobe Illustrator). Dan logo tu kekal sampai sekarang 😍😍. Alhamdulillah. 

Dr Wardah cakap - "tak sangka, group suri rumah pun ada logo 😆".

Bila Dr.Wardah tengok balik Logo Persatuan SRR yang ada hari ini, beliau tersenyum puas - 1 kepuasan untuk dirinya sebab dapat memberi sumbangan khidmat bakti kepada ribuan suri rumah di Malaysia. 

SURI RUMAH RAHMAH
Inilah Logo SRR


Maksud Logo SRR ialah : 

Lambang Rumah - Sebab suri rumah kan bekerja di dalam rumah. 'Rumah' itu ialah 'office' bagi seorang suri rumah. Suri rumah memastikan urusan rumah tangga perlu berjalan dengan baik dan lancar.

Heart / Love - Maksudnya seorang suri rumah (Yang juga merupakan seorang IBU) bertanggungjawab mewujudkan dan memberi  kasih-sayang yang sempurna buat ahli keluarga atau penghuni di dalam rumahnya. 

Tangan - Maksudnya, suri rumah juga memberi dan menyalurkan khidmat bakti melalui tangannya kepada jiran-jiran dan masyarakat setempat. 


UNIT SRR MENGANJURKAN KONVENSYEN SURI RUMAH PERTAMA

Selepas banyak aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Unit SRR untuk golongan suri rumah dan anak-anak suri, pada suatu hari Unit SRR berjaya mendapat dana kewangan untuk memperkasakan golongan wanita yang berjumlah RM 10,000 dari sebuah agensi kerajaan. 

Setelah berfikir dan berdiskusi bersama team Unit SRR, mereka bersepakat untuk menggunakan dana tersebut untuk menganjurkan Konvensyen Suri Rumah khas untuk golongan Suri Rumah. 

Akhirnya, pada tahun 2018, terlaksanalah Konvensyen Suri Rumah yang julung kali diadakan di Malaysia yang bertempat di Ostria, Bandar Baru Bangi yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari suri rumah-suri rumah yang berada di Lembah Klang khususnya dan Malaysia amnya. 

Melihatkan kepada penganjuran dan sambutan yang diterima, Dr Wardah sangat gembira bangga. Beliau tak sangka, dari hanya sebuah Whatsapp Group, ia boleh berkembang dengan sangat cepat sehingga dapat menganjurkan Konvensyen Suri Rumah, atau nama ringkasnya KONSURI dan memberi manfaat kepada suri-suri rumah di Seluruh Malaysia.


PENGALAMAN INDAH DR.WARDAH BERSAMA DENGAN PERSATUAN SRR 

Antara pengalaman indah bagi Dr Wardah ketika menjayakan KONSURI 2018 ialah beliau memandu sendirian ke Ibu Pejabat KarangKraf di Shah Alam bersama dengan anak-anaknya untuk mengambil buku percuma untuk dijadikan cenderamata bagi peserta KONSURI. 

Selain itu, beliau juga memandu sendiri ke Kilang Gula CSR bersama dengan anak-anaknya seramai 4 orang untuk mengambil 100 kg gula untuk dijadikan cenderahati kepada para peserta KONSURI, bersama-sama dengan seorang lagi rakan dari Unit SRR yang turut memandu kereta sendirian. Ketika sampai di Kilang tersebut, PIC (Person In Charge) Kilang CSR dan Pengawal Keselamatan terkejut sebab Dr Wardah dan temannya datang bersama dengan anak-anak dan hanya memandu kereta Honda Stream untuk mengambil 100 kg gula. Banyaaaaakk tu. 

"Memang lawaklah masa tu ", ujar Dr Wardah sambil ketawa. "Last-last dapat jugak angkut 100 kilo gula tu bawak balik, tapi memang penatlah". "Penat pun, kita rasa seronok sangat", sambung Dr. Wardah lagi. 

Itulah dia seorang Suri Rumah yang berjiwa murni. Dalam diam, suri rumah juga menabur bakti menghulur tangan untuk berkhidmat pada suri rumah lain dan memberi manfaat pada Ummah. 

suri rumah rahmah
Ini Konsuri yang ke-3 yang berlangsung pada Oktober 2023 yang lalu.


UNIT SRR BERTUKAR MENJADI PERSATUAN SURI RUMAH RAHMAH

Selepas menganjurkan Konvensyen Suri Rumah yang pertama pada tahun 2018, Unit SRR semakin mendapat sambutan dari banyak agensi, termasuk dari pihak media dan syarikat-syarikat besar. 

Dan Unit SRR serta Pertubuhan IKRAM Malaysia, berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk Unit SRR bergerak sendiri sebagai Persatuan Bukan Kerajaan untuuk memudahkan urusan dana, kewangan dan urusan audit serta dengan tertubuhnya persatuan sendiri, Persatuan Suri Rumah Rahmah, boleh terbang lagi tinggi dengan memperkenalkan banyak aktiviti dan program-program kemasyarakatan bagi memperdayakan serta memperkasakan golongan Suri Rumah di Malaysia. 

Akhirnya pada Oktober 2019, Unit SRR telah bertukar menjadi Persatuan Suri Rumah Rahmah (Persatuan SRR). 

Untuk info lanjut berkenaan dengan Persatuan Suri Rumah Rahmah, boleh tengok kat Website ni : 'PERSATUAN SURI RUMAH RAHMAH'.


suri rumah rahmah

Nak join Persatuan Suri Rumah Rahmah ? - Boleh klik link ni: https://tinyurl.com/daftarahlisrr


VISI PERSATUAN SRR : Wadah pilihan pemberdayaan suri rumah muda.


MISI PERSATUAN SRR :
1) Menerajui pemberdayaan suri rumah muda yang berkemahiran dan berketrampilan.

2) Mengajak dan membimbing suri rumah muda untuk berperanan dalam masyarakat.


APAKAH PERANAN SURI RUMAH SELAIN DARI MENGURUSKAN RUMAH?

Suri rumah ni sering dikaitkan dengan 'RUMAH', dan menjadi PENGURUS RUMAH TANGGA. Disebabkan Pejabat Suri Rumah di rumah, maka ramai yang memandang enteng dengan kerjaya seorang Suri Rumah. 

Walhal, suri rumah ada banyak tugas-tugas penting yang perlu dilaksanakan, antaranya ialah sebagai : 

  • Pengurus Rumah
  • Pengurus Kewangan Keluarga
  • Pengurus Anak-anak
  • Driver kepada anak-anak
  • Sebagai Chef untuk suami & anak-anak
  • Cikgu kepada anak-anak
  • Ustazah kepada anak-anak
  • Coach sukan kepada anak-anak
Dan kerja-kerja ni semua sangat penat tau. Hanya yang bergelar suri rumah sepenuh masa jer yang rasa macam mana penat nya tu, ditambah pula kerja-kerja yang dibuat ni tiada bayaran gaji. Semuanya dibuat ikhlas kerana Allah dan untuk kesejahteraan keluarga. 

Selain dari membuat kerja-kerja rumah yang hakiki seperti, memasak, menguruskan pakaian, menguruskan pinggan mangkuk dan kemas rumah, seorang ibu juga turut sama bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan al-Quran, dengan ilmu tauhid, ilmu fekah dan ilmu sirah agar anak-anak menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. So, ilmu-ilmu dunia seperti ilmu akademik dan ilmu menguruskan diri sendiri turut sama menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk diajarkan kepada anak-anak. 

Oleh itu, seorang ibu (dalam konteks ini ialah suri rumah), perlu melengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran asas serta ilmu pengetahuan yang 'updated' agar mereka dapat mendidik anak-anak  dengan ilmu yang tepat, kemahiran yang sesuai dengan usia anak dan yang relevan untuk diaplikasi pada masa kini. 

Disamping fokus pada pengurusan rumah dan pembangunan jati diri anak-anak, seorang suri ruamh juga boleh memberi manfaat pada Ummah dalam pelbagai cara seperti menulis dan menyebarkan informasi dahwah yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain. 

Selain tu juga, korang boleh baca sendiri artikel-artikel kat bawah ni  ↓ tentang peranan seorang suri rumah, yang ditulis oleh Suri Rumah sendiri :  

'Suri Rumah, Kerjaya Yang Sangat Mencabar'

'Suri Rumah Pun Boleh Burn Out?'

'Blogger VS Suri Rumah'

4 comments:

  1. Menarik persatuan ini. Sedih tak dapat join, umur dah terlebih. Huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaaa... Kak Nina boleh join Wanita IKRAM kalau macam tu. Dalam IKRAM, ramai juga suri rumah yang umur lebih 45 tahun

      Delete
  2. Terima kasih Dr Intan sudi menulis untuk SRR. Boleh hantar ke media ni

    ReplyDelete