Release Tension Dengan Bermain Game Online di Plays.Org
Menjadi suri rumah sepenuh masa sambil bekerja dari rumah (Work-from-home) dan sambil jaga anak kecil memang sangat-sangat penat dan memenatkan.
Bila duduk rumah, ada macam-macam benda nak kena buat. Nak kena basuh baju, basuh pinggan-mangkuk, basuh bilik air, lipat baju-baju, kemas rumah, sapu lantai, mop lantai, mandikan anak, basuh najis anak, masak-memasak dan macam-macam lagi lah, termasuk lah dengan kerja-kerja yang menjana pendapatan, cointohnya macam buat business atau buat kerja-kerja menulis.
Bila anak-anak tak sihat, lagilah beban tu terasa bertambah berganda-ganda. Dan automatik kita menjadi penat.
Penat , bukan sahaja penat badan, tapi jugak penat mental (penat otak).
So, bila kita dah penat sangat, eloklah kiranya kita 'berehat seketika' . Berehat dari buat kerja-kerja rumah, berehat dari buat rutin harian. Berehat seketika dengan hirup udara segar, atau berehat dengan memanjakan diri sendiri, pergi spa ker, pergi buat kuku ke, pergi mandi-manda kat sungai ke.
Dan aku, aku suka main game. Samaada main game kat laptop ke, kat handphone ke atau kat tablet. Dapat main sekejap pun jadilah, at least dapat juga berehat seketika dari melakukan kerja-kerja rutin harian. Zaman sekarang ni ada banyak game kat internet - online games.
Salah satu website game online yang aku suka main ialah Plays.org - https://plays.org/
Ada macam-macam game yang best-best kat Website Plays.Org ni. Yang bestnya lagi, kita tak perlu download game tu kat handphone kita, boleh main jer guna internet. So, tak lah berat phone kita.
Nak main game apa cakap jer. Game untuk kanak-kanak pun ada. So, kiranya, bolehlah anak-anak pun join main sekali. Dapat jugak kuatkan bonding antara mak dan anak dengan game ni.
ONLINE GAME YANG ADA DI WEBSITE PLAYS.ORG
Antara Online Game yang ada kat website Plays.Org ialah :
Ada game suka, ada game lawan-lawan, ada game buah-buahan, ada game lumba kereta, lumba motorsikal,ada game jual barang, ada game board (board game), masak-masak. macam-macam lagilah.
GAME YANG AKU SUKA MAIN KAT PLAYS.ORG
Antara game online yang aku suka main kat website Plays.Org ialah :
1. Fruit Master
2. Space PinBall
3. Tetra Blocks
Game Fruit Master
Ini game Fruit Master
Aku suka game ni sebab masa aku study buat Diploma dan degree dulu-dulu, aku selalu main game potong-potong buah guna pedang samurai. Aku dah lupa dah apa nama game tu. Tapi game Fruit Master i, lebih kurang game yang aku main dulu la.
Even budak-budak pun suka main game ni. Bila main ni, rasa hilang jap masalah dunia sebab ralit nak potiong buah tu. Bila pisau tu tak mengena buah tu, rasa geram jerrrr. hahahhaa.
Level 2 susah sikit. Tapi naik Level 4-5 lagilah susah. fuhh!
Game Space PinBall
Game ni dia macam kita main yang game fizikal tu, yang kita beli kat kedai runcit, pastu tekan-tekan guna ibu jari kiri dan kanan, bagi bola tu naik ke atas dan turun di tempat yang sepatutnya. Kita kena pandai control handle (pemegang bola tu a.k.a papan luncur tu) jangan bagi bola tu jatuh ke dalam gaung. Fuhh! Mencabar jugak. But ini rasa fun lah sebab dapat main kat internet jer kan.
Game Tetra Blocks
Game ni memang legend. Budak-budak 80s 90s sure tahu game ni. Game Tetris atau Game Susun Blok.
Inilah game yang kita semua duk gila-gilakan dulu-dulu masa zaman kita sekolah dulu. Siap dulu beli Game Boy atau mainan Nintendo tu semata-mata nak main game ni. Kan? Kan?
So, tak perlulah aku nak explain panjang berjela kenapa aku suka game ni.
Sebab korang pun suka jugak kan? hihi.
Korang, aku main game Tetra ni sampai aku lupa nak buat kerja. hahahaa. Punyalah syok main lepaskan gian. hahahhaa.
So, apa tunggu lagi korang. Pergilah bukak Website Plays.Org ni dan main lah. Tinggalkan kejap kerja hakiki a.k.a rutin harian yang tak kan siap tu. Berehat seketika dan lupakan sekejap masalah dunia. hihi.
Tapi main-main game pun janganlah sampai ketagih pulak nanti. Main untuk fun-fun je lah, untuk release tension jer, janganlah ralit pulak sampai ketagih. Ce baca perkongsian dari Hello Doktor ni pasal ketagih main game kat sini :
Baca ini juga :
- Blog Nina Mirza
- Blog Ben Ashaari
Main game ni mudah ketagih tu yang malas mulakan. Kekadang ada la main memang boleh release stress.
ReplyDelete