Romania Dan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih Membunuh Drakula.

Romania dahulu dikenali sebagai Kota Wallachia. Sultan VLAD II atau juga dikenali sebagai Vlad Dracul, merupakan seorang sultan yang sangat warak dan taat pada Allah swt. Beliau sangat patuh dan mencintai Pemerintahan Kerajaan Turki Uthmainyah sehingga menginfakan 2 orang anaknya iaitu Vlad Dracula & Radu Dracula untuk Kerajaan Turki Uthmaniyah yang ketika itu dibawah pemerintahan Sultan Murad II, iaitu ayah kepada Sultan Muhammad Al-Fatih. 


sultan al-fatih drakula
Inilah lukisan potret Sultan Muhammad AlFatih yang telah dilukis oleh Pelukis Itali Yag Masyur di hadapan Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri, iaitu Gentile Bellini.

sultan alftaih drakula
Peta Lokasi Wallachia dulu-dulu


sultan alfatih drakula
Lokasi Negara Romania sekarang


SULTAN WALLACHIA MENGINFAKKAN ANAK-ANAKNYA KEPADA KERAJAAN TURKI UTHAMNIYAH 

Kerana sayang dan cintakan pemerintahan Sultan Murad II, Sultan Vlad II telah menginfakkan anak-anak lelakinya Vlad dan Radu Dracula menjadi anak angkat kepada Sultan Murad II dan di besarkan di dalam Istana Sultan Murad II bersama-sama dengan Sultan Muhammad al-Fatih.

Kiranya Vlad dan Radu Dracula ialah merupakan adik angkat kepada Sultan Muhammad al-Fatih. Sultan Murad II merupakan seorang yang sangat alim dan warak pada Agama Islam. Sama juga seperti datuk,dan nenek-moyangnya yang sebelum ni. Kiranya, Pemerintah Kerajaan Turki Uthamaniyah ni semuanya merupakan orang yang alim dan betul-betul mempraktikkan Islam. 

Sampaikan pada 1 ketika, di waktu pemerintahan Sultan Suleiman Al-Qanuni, Sultan Suleiman sendiri yang menghukum bunuh anak-anaknya yang melanggar peraturan dan undang-undang. Dan Baginda juga membunuh sendiri sahabat baiknya yang dikenali sejak dari kecil dan menjadi sahabat karib sehingga Baginda menjadi Sultan disebabkan sahabat baiknya itu mengamalkan rasuah (Memberi dan mengambil rasuah). 

Sahabatnya itu bernama Ibrahim Pasha, seorang Pahlawan Islam yang berjaya meneraju tentera Islam sehingga Islam berjaya menjajah 2/3 daripada dunia ketika zaman pemerintahan Sultan Suleiman Al-Qanuni. Dan perkara itu menjadi sejarah yang kekal sehingga ke hari ini. 

Maksudnya, diaorang ni (Pemerintah Turki Uthamaniyah), adalah Pemerintah Islam yang betul-betul melaksanakan hukum dan undang-undang Islam dengan adil, amanah dan saksama tanpa memilih bulu atau kroni. 

Sultan Murad II sangat tegas dan mendidik anak-anaknya termasuklah anak angkat Baginda dengan didikan Islam yang sebetulnya. Semua anak-anaknya wajib menghafaz al-quran dan belajar tentang ilmu bahasa, ilmu fekah, ilmu tauhid, ilmu matematik , ilmu perang dan juga ilmu kepimpinan. 

Ketika Sultan Murad II meninggal dunia, Sultan Muhammad Al-Fatih menaiki takhta dan menjadi pemerintah Kerajaan Turki Uthmaniyah. Vlad dan Radu akhirnya menjadi pemimpin kanan bagi Kerajaan Turki Uthmainyah dan Radu turut mengikut Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Kota Konstinopel pada tahun 1453.

sultan al-fatih drakula

Ilustrasi Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya ketika membuka Kota Konstatinopel


VLAD DRAKULA MENAIKI TAKHTA DAN MENJADI RAJA WALLACHIA (ROMANIA)

Namun, tanpa disangka, Vlad Dracula sebenarnya sangat suka melihat pertumpahan darah dan beliau berasa sangat gembira pabila melihat orang Islam terbunuh. 

Akhirnya pada tahun 1447, Sultan Vlad II meninggal dunia dan Vlad Dracula selaku anak sulung telah diarahkan oleh Sultan Turki Uthmainyah untuk menjadi Raja Kota Wallachia bagi menggantikan tempat ayahnya. 

Sultan Turki turut menghantar 2 orang ulamak besar yang akan menjadi penasihat agama  kepada Sultan Vlad Dracula agar pemerintahannya di  Kota Wallachia selari dengan pemerintahan Islam. 

Namun yang demikian tanpa disangka-sangka, selepas pertabalan Sultan Vlad Dracula sebagai Sultan Wallachia yang baru dengan gelaran Sultan Vlad III, ulamak besar tersebut telah dibunuh oleh Sultan Vlad III itu sendiri. Dan Sultan Vlad Dracula (Vlad III) mengisytiharkan bahawa beliau mengharamkan Islam di Bumi Wallachia kerana dendamnya dengan Islam. 


sultan alfatih drakula

Vlad Dracula atau Sultan Vlad III atau juga dikenali dengan gelaran 'VLAD THE IMPALER'


Bukan sahaja mengharamkan Agama Islam, malah beliau sangat membenci Umat Islam yang tinggal di Wallachia. Dari sehari ke sehari ada sahaja Umat Islam yang terbunuh di Kota Wallachia, sama ada dibunuh oleh tentera Sultan Vlad Dracula ataupun dibunuh oleh Sultan Vlad sendiri. 




Beliau berasa seronok apabila melihat Orang Islam dibunuh. Malah lagi dasyat, beliau bukan sahaja membunuh Umat Islam, tetapi juga akan minum dan makan darah orang Islam tersebut dan turut mengaarahkan tenteranya untuk minum juga darah-darah Umat Islam. 


Paling kejam, Sultan Vlad III melakukan taktik seksaan psikologi dengan melakukan hukuman 'impalement' - dimana sebatang tombak tajam disula melalui dubur mangsa dan ditusuk keluar semula melalui mulut atau kepala mangsa. Selain itu, beliau juga membakar Umat Islam hidup-hidup, dipaku kepala, dicincang dan sebagainya. Beliau sangat membenci dengan Orang Islam.

sultan alfatih drakula
Istana Vlad Drakula tinggal sementara semasa beliau dipenjarakan sekejapoleh Sultan Hungary - Bran Castle.


sultan alfatih drakula
Ini istana sebenar yang Vlad Drakula tinggal - Poenari Castle

sultan alfatih drakula
Poenari Castle


Berita tentang kezaliman Sultan Vlad Dracula ini sampai ke pendengaran Sultan Muhammad Al-fatih di Turki. Malah, utusan yang dihantar oleh Sultan Muhammad Al-Fatih kepada Vlad III turut dibunuh, dan perkara ini adalah sangat kejam kerana mengikut undang-undang dunia sejak dari dulu lagi, utusan kerajaan tidak boleh dibunuh oleh mana-mana pihak. 

Lantas, pada suatu masa,  Sultan Muhammad al-Fatih telah menghantar seramai 18,000 tentera Turki untuk menumpaskan Vlad III. Akan tetapi, tentera Turki tersebut yang terbunuh. Daripada 18,000 orang tentera Islam yang dihantar ke Wallachia untuk menawan Vlad III, hanya 8000 orang yang terselamat dan membawa pulang berita sedih tersebut kepada Sultan Muhammad al-Fatih. 


VLAD DRAKULA MEMBUNUH 23,000 UMAT ISLAM DI BULGARIA

Pada suatu ketika, diberitakan bahawa Vlad III bersama tenteranya telah menyelinap masuk secara diam-diam ke Kota Bulgaria, yang merupakan Kota Islam dibawah pemerintahan Turki Uthmaniyah dan membunuh dengan kejam seramai 23,000 Umat Islam di situ. 


BACA ARTIKEL INI JUGA : 'KOTA AL-ULA DI ARAB SAUDI DILAKNAT ALLAH'

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH MEMBUNUH DRAKULA DENGAN MEMENGGAL KEPALA DRAKULA

Peristiwa ini sampai ke pendengaran Sultan Muhamad al-Fatih. Lantas, pada 1476, berlaku perang yang besar antara Sultan Muhammad al-Fatih dengan Sultan Vlad III yang akhirnya menyaksikan Vlad III mati dengan kepalanya dipengaal oleh Sultan Muhammad al-Fatih sendiri. 

Sejak dari itu, ketakutan dan taruma Umat Islam di Wallachia turut berakhir seiring dengan kematian Sultan Vlad III. Adik Vlad III, iaitu Radu Dracula mengambil tompok pemerintahan Wallachia menggantikan abangnya sekaligus mengembalikan era pemerintahan Islam di Wallachia. 

Radu Dracula turut dikenali dengan gelaran 'Radu The Handsome' disebabkan rupanya yang sangat handsome. 

Sultan Radu Dracula merupakan sultan yang sangat warak, alim, tawaduk dan mempraktikkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya mengikut acuan pemenrintahan yang diajarkan oleh mentornya Sultan Muhammad Al-Fatih. Dan akhirnya seluruh rakyat Negeri Wallachia kembali hidup dengan aman dan harmoni semula. 


Ini ilustrasi Wajah Sultan Radu Drakula


BACA KAT SINI UNTUK BACAAN LANJUT TENTANG RADU DRACULA : 'RADU THE HANSOME'

***********************

Dan kini, Istana Vlad III yang dikenali sebagai Poenari Castle dijadikan sebagai tapak pelancongan oleh Kerajaan Romania. Buat masa ini, Poenari Castle ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan akan dibuka semula pada Musim Bunga 2024.

 Dan jika kalian berpeluang melancong ke Romania, sedekahkanlah al-fatihah untuk Umat Islam yang terkorban disana, dan turut sedekahkan Surah al-Fatihah buat Armarhum Sultan Radu Dracula dan Sultan Muhammad Al-Fatih. 

Kerana keberanian dan ketegasan Sultan Muhammad Al-Fatih, Wallachia atau Romania yang kita kenali hari ini berkembang menjadi sebuah bandar yang maju. AL-FATIHAH. 

Bran Castle


Namun pada hari ini, dunia barat telah menerbitkan Filem Dracula yang mengisahkan tentang riwayat hidup Vlad III. Namun yang demikian, dalam filem-filem Barat tersebut, mereka telah memanipulasikan fakta akan pembunuh Dracula yang sebenar iaitu pahlawan Islam yang hebat, Sultan Muhammad al-Fatih untuk menyembunyikan daripada dunia akan kehebatan Pemimpin Islam.


AL-FATIHAH UNTUK SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH & SULTAN RADU THE HANDSOME

Untuk bacaan lanjut berkenaan dengan  Vlad III, boleh baca kat sini : 

https://www.nationalgeographic.co.uk/history-and-civilisation/2021/11/vlad-the-impalers-thirst-for-blood-was-an-inspiration-for-count-dracula

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. bagusnya pengkisahan ni DP , belajar sejarah kegemilangan Islam yang sering kali di kaburi media barat nih kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Islam sangat hebat sebenarnya, ramai tokoh-tokoh terkemuka dan ilmuan yang merupakan Muslim, namun media Barat telah menyembunyikan fakta-fakta tersebut agar nampak Islam ni lemah dan tak berguna.

      Delete
  2. tq for sharing!

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE