Wednesday, January 17, 2024

Tetiba Terpaksa Tukar Tayar Kereta

 Tetiba Terpaksa Tukar Tayar Kereta

Ujian pertama di tahun 2024 ni - tayar kereta aku bengkak, dan terpaksa ditukar segera. huhu. 

tukar tayar kereta

Ceritanya macam ni.

Minggu ni En.Suamiku tak ada kat rumah, macam biasa sebab pergi outstation atas urusan kerja. Memang kerja dia kena oustation selalu. Sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tapi ada kalanya terpaksa outstation 2 kali sebulan. Sekali pergi seminggu la dia akan tinggalkan rumah. Dan kali ni beliau kena ke Negara China. 

Aku dah biasa kena tinggal ni. Sejak dari awal kahwin lagi. Sebelum kahwin dah prepare mental awal-awal. Sebab aku dulu pun kerja outstation jugak. 

So, bila aku berkahwin, aku dah memang pasang hajat nak berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Sebabnya aku tak nak anak-anak aku kehilangan kasih-sayang dan perhatian dari ibu kandung diaorang iaitu aku. Dan aku pulak akan terpaksa 'menahan rindu' - rindu pada anak-anak. 

Jadi, untuk mengelakkan kitaorang berdrama dengan emosi sendiri, jadi lebih eloklah salah seorang kena berkorban. Dan aku pilih untuk korbankan kerjaya aku sebagai seorang Perancang bandar Profesional, sebab aku wanita dan aku isteri. Tempat seorang isteri ialah di sisi suami, dan tanggungjawab suami ialah sememangnya perlu bekerja keras untuk mencari nafkah untuk keluarga. 

Biarpun aku ada pelajaran dan ada kerjaya yang bagus, aku tak kisah untuk korbankan kerjaya aku sebab keutamaan aku ialah anak-anak. 

Aku dulu dibesarkan tanpa kehadiran mak ayah di sisi. Dan aku tahu macam mana perasaan seorang anak yang dahagakan perhatian dan kasih-sayang dari ibu dan ayah. 

Jadinya, sejak dari aku remaja lagi, aku dah berangan-angan dan tanam impian untuk nak menjaga dan mendidik anak-anak aku sendiri dengan tangan aku sendiri. 

Dan, aku happy dengan hidup aku sekarang. Keputusan yang buat 11 tahun dulu untuk berhenti kerja adalah 1 keputusan yang tepat. 

BACA NI : 'BUAT PHD SEBAB NAK MENJADI PENSYARAH KE?'

Dan, memandangkan en.suami aku bekerja secara 'selalu outstation', jadinya aku kenalah pandai berdikari serta kena pandai urusan keluarga dengan sebaiknya tanpa mengharapkan pertolongan suami atau sesiapa. 

Dari awal kahwin, aku belajar sikit demi sikit. Bila suami tak ada pergi outstation, aku perlu uruskan segalanya sendirian. 

Kalau dulu, hal-hal kereta ni aku langsung tak tahu dan kalau boleh tak nak ambil tahu. Tapi bilamana en.suami selalu tak ada di samping aku (sebab outstation), aku terpaksa ambil tahu akan selok-belok kereta. 


BACA NI JUGA : 'SETELAH 2 TAHUN BERGELAR SURI RUMAH SEPENUH MASA'


Sama juga dengan hal-hal rumah, bila mana ada berlaku apa-apa kat rumah, aku sendiri kena tahu apa nak buat dan perlu contact siapa. Contohnya, andai kata berlaku kebocoran paip kat rumah, aku terus call plumber lah jawabnya. 

Pernah beberapa tahun dulu, meter paip yang kat depan rumah tu bocor. Aku google-google dan baca pengalaman orang ramai kat internet, katanya kena call 'Syarikat Air Selangor'. Aku pun teruslah call, dan beberapa jam lepas tu, staff Air Selangor terus datang rumah baiki Meter Air. 

Beberapa tahun lepas juga, kereta aku pancit kat highway masa tengah drive. So, terpaksa aku call kakitangan highway tu untuk tolong. Dan dari situ aku belajar yang kat handphone kita kena sentiasa ada bateri & kena sentiasa ada internet.

Dan kelmarin (Hari Isnin), masa en.suami tengah fly ke China (aku pun tak dapat contact dia masa tu), tengah drive kereta masa ambil Leeya dari sekolah, aku rasa kereta aku macam lain macam jer. Tak macam sebelum-sebelum ni. 

Tapi, aku teruskan je pemanduan seperti biasa. Just pretend nothing serious. Petang tu pulak (selepas beberapa jam), aku kena keluar dari rumah untuk ambil Kakak FL pulak. Kakak FL balik lambat, petang baru dia balik. 

Masa on the way ambil Kakak FL tu, kereta lagi rasa makin tak sedap. Rasa something wrong kat tayar. "Maybe tayar tak ada angin kot", bisik aku sendirian, dan aku nampak macam tayar aku macam kurang angin. 

Dan jugak, bila aku drive, stereng kereta aku macam tak betul, macam tak balance. Kereta macam goyang-goyang ke kiri dan ke kanan. Fuhh! Aku mula cuak. 

Lepas Kakak FL masuk kereta, aku cakap kat dia "Kakak, Mummy nak pergi stesen minyak ni, nak gi isi angin kereta". 

"OK Mummy", balas kakak FL simple. 

Sampai jer kat stesen minyak, aku pam angin, malangnya aku nampak bacaan angin kat meter angin kat stesen minyak tu tunjuk yang tayar aku dah terlebih angin. Terlebih banyak pulak tu. Semua tayar (empat-empat tayar) macam tu.

Lalu, aku terus buat keputusan untuk ke workshop kereta dan-dan tu jugak. Dan workshop pilihan aku semestinya workshop favourite aku dan suami yang sememangnya kami ni customer tetap workshop tu sejak dari awal berkahwin sampailah sekarang. Dah 10 tahun lebih lah kami berkenalan dengan workshop kereta tu, yang dimiliki oleh seorang Tauke Muda Berbangsa Cina.

Tauke tu sangat baik, peramah dan fasih berbahasa melayu. Wife dia pun aku kenal. Dan dia jugak yang beli kereta kedua aku dulu-dulu, kiranya en.suami aku jual kat dia lah.

Sebaik saja sampai kat workshop kereta tu, tauke tu terus menyapa aku. Kebetulan masa tu ketiga-tiga anak aku tengah lena tidur dalam kereta dek kerana keletihan. Almaklumlah, sekolah kan memenatkan.

Dia pun bawak kereta aku pusing-pusing sebab nak test drive nak tahu apa masalah sebenarnya kat kereta tu, sambil aku dan anak-anak berada dalam kereta tu jugak. 

Dan hasilnya mendapati yang tayar kereta aku bengkak teruk, dan dah hampir haus. Tauke tu cakap, kalau tak tukar sekarang ni anytime jer tayar tu boleh meletup (pecah). So, memang kena tukar hari tu jugak. huhuhu. Allahu. 

Nasib baik aku ikut kata hati aku. Instinct aku kuat sangat hari tu minta segera ke workshop. 

Alhamdulillah! Allah beri aku pertolongan dengan bagi isyarat awal. 

Tak dapat aku bayangkan kalau tetiba kereta tu tetiba pecah masa tengah drive. Dah la baby selalu ada kat dalam kereta. huhu.

Tauke tu cakap boleh tukar 2 tayar dulu (tayar yang depan), dan tayar belakang tu next week, sebab aku cakap kat dia, husben aku tak ada sekarang, duit pun tak ada, hahahaha. 

Dan bayaran hari Isnin tu pun aku minta nak bayar esokkan harinya (Hari Selasa), sebab nak tunggu duit dari husben. hahahhaha. 

Tauke tu OK, boleh kawtim, sebab dia kenal aku dan husben.  

Bila dah tukar tayar, jawabnya kena buat allingment keret sekali. Dan bayaran kena hari tu ialah RM 490. huhuhu

tukar tayar kereta
Ni tengah buat alingment. Kereta aku ialah kereta Proton Persona.

Selain dari kena tukar tayar kereta 4 biji, kereta ni jugak kena tukar sekali dengan engine mounting. Sebab stereng kereta aku terasa ada 'vibration', ada getaran. Bila engine on, berbunyi lah kereta tu & bunyi tu buat kitaorang rasa tak selesa - bising!

Almaklumlah, kereta lama kan, memang kena buat major maintenance. 

Tapi aku perlu tinggalkan kereta aku kat workshop tu lebih kurang 3 jam. 

Kalau kena tinggal lama-lama macam tu, aku kena tunggu en.suami balik Malaysia lah dulu, baru boleh hantar kereta untuk baiki. Tak kan aku nak duduk kat workshop tu 3 jam, mati kutu aku dibuatnya nanti. 

At least kalau ada en.suami disisi, bolehlah jugak kitaorang eprgi dating tengok wayang ke, makan-makan ke, shopping-shopping ke. At least ada jugak aktivitinya. 

Aku usha-usha harga engine mounting untuk kereta aku tu, lebih kurang dalam RM 800 jugak lah. So, nak kena bajet dalam RM 1000 jugak ni untuk next repair. 

Bertabahlah wahai hati. Takpe, think positive, Allah nak bagi kami dengan rezeki yang lebih banyak lepas ni. InshaAllah. 

1 comment:

  1. Alhamdulillah mujur sempat pi workshop. Yang penting semua selamat.

    ReplyDelete