11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan .
Hujung Disember 2023 hari tu, aku dan en.suamiku telah menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami yang ke-11 tahun di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah untuk 11 tahun yang penuh dengan kemanisan.
Ada macam-macam dugaan dan ujian rumah tangga selama 11 tahun ni. Namun kita cuma cerita yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah! untuk 11 tahun bersama ni, aku bersyukur sangat Allah jodohkan aku dengan orang yang baik, orang yang warak, orang yang bertanggungjawab, yang sangat menyanyangi aku & anak-anak dan yang pemurah.
Terima kasih Allah!.
Of course lah selama 11 tahun ni ada fasa-fasa bergaduh dan bermasam-muka tu. Dan aku rasa itulah asam-garam rumah tangga, untuk kita lebih mengenali pasangan.
Selama 11 tahun berkahwin ni kami dianugerahkan dengan 3 orang Puteri yang sangat comel. Aku pernah sekali keguguran masa anak sulung dulu. Kiranya Kakak FL yang sekarang (Anak Sulung) ialah anak ke-2 lah , sebab yang first dulu gugur (miscarriage).
Alhamdulillah.. Tahniah DP, pasti ada pasang surut dalam bahtera rumahtangga ni kan.. letakkan Allah swt nombor satu , In syaa Allah setiap ujian ada hikmahNYa , semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Aamiin
ReplyDeleteHappy Anniversary DP & suami, semoga berbahagia hingga akhir hayat. Aamiinnn
ReplyDeleteTips dah ada...tinggal Cuya nak kena cari pasangan. Hehehe
ReplyDelete