Thursday, January 04, 2024

11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan

11 Tahun Kami Bersama. TIPS Menghargai Pasangan .

Hujung Disember 2023 hari tu, aku dan en.suamiku telah menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami yang ke-11 tahun di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.  

Alhamdulillah untuk 11 tahun yang penuh dengan kemanisan. 

Ada macam-macam dugaan dan ujian rumah tangga selama 11 tahun ni. Namun kita cuma cerita yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah! untuk 11 tahun bersama ni, aku bersyukur sangat Allah jodohkan aku dengan orang yang baik, orang yang warak, orang yang bertanggungjawab, yang sangat menyanyangi aku & anak-anak  dan yang  pemurah. 

Terima kasih Allah!.

Of course lah selama 11 tahun ni ada fasa-fasa bergaduh dan bermasam-muka tu. Dan aku rasa itulah asam-garam rumah tangga, untuk kita lebih mengenali pasangan. 

Selama 11 tahun berkahwin ni kami dianugerahkan dengan 3 orang Puteri yang sangat comel. Aku pernah sekali keguguran masa anak sulung dulu. Kiranya Kakak FL yang sekarang (Anak Sulung) ialah anak ke-2 lah , sebab yang first dulu gugur (miscarriage). 

tips menghargai pasangan
Celebrating our 11th wedding annivesary

tips menghargai pasangan


tips menghargai pasangan
Alhamdulillah!. Terima kasih sayang. Hadiah anniversary sempena 11 tahun perkahwinan.

tips menghargai pasangan
Anak-anak ialah sumber kekuatan perkahwinan kami. 

Terima kasih buat Kakak FL, Leeya dan Leesa kerana menjadi anak yang baik dan solehah, yang selalu dengar cakap mummy =))

tips menghargai pasangan
Dinner dalam bilik jer selepas upacara memotong kek. 


tips menghargai pasangan
Ini masa Bufffet Breakfast kat Hotel Mandarin Oriental, KL


tips menghargai pasangan
Swimming time kat pool

 
7 TIPS MENGHARGAI PASANGAN

Aku pun baru jer 11 tahun berkahwin. Baru setahun jagung. Tak layak nak cakap pasal rumah tangga sebenarnya. Banyak lagi ujian lain yang aku belum hadap. So, apa yang aku share ni ialah hanyalah apa yang aku buat untuk selama 11 tahun berkahwin ni. Nanti bila dah 20 tahun berkahwin (InshaAllah,Amin), aku share lagi banyak lagi TIPS ni k. 

1. Solat Jemaah Bersama - Sama

2. Selalu Menghargai Pasangan. 
Cara aku ialah selalu ucap "terima kasih" kat suami aku sebab dia dah banyak buat benda untuk aku dan anak-anak, contohnya, mencari rezeki, masak untuk kami, tolong uruskan pakaian kat rumah ni (hal baju-baju dan menggosok baju, aku tak buat k, semuanya en.suami yang buat).

3. Belikan hadiah. 
En.Suami selalu belikan hadiah untuk aku. Alhamdulillah! Terima kasih sayang. 

4. Cakap saja.
Apa yang aku tak puas hati dengan dia, aku terus jer cakap dan luahkan kat dia. Aku tak pendam sendirian dan tak pendam lama-lama. Jadinya aku pun tak stress. Dia pun sama jugak. Dia akan terus jer cakap kat aku apa-apa yang dia tak puas hati dengan aku tang-tang tu jugak.

5. Berkomunikasi dari hati ke hati
Kami selalu juga buat sesi 'heart-to-heart', hanya kami berdua sahaja tanpa kehadiran anak-anak. Dan biasanya ia berlaku kat dalam bilik sendiri lah sebab boleh kunci bilik dari anak-anak masuk ke bilik masa sesi 'Luahan Perasaan' tu. 

Masa sesi tu dia akan bagitau apa yang dia nak bagitau kat aku, dan aku pun sama, akan cakap apa yang aku nak cakap. 

Dari situ, aku nampak, hubungan kami makin baik dan makin erat bilamana kami dah luahkan apa yang terbuku di hati samaada hal itu adalah benda yang tak puas hati ataupun benda yang baik-baik untuk kami sekeluarga. Contohnya macam berbincang tentang persekolahan anak-anak. 

Bagi kami, hal masa depan anak-anak ni, seeloknya kita berbincang dulu diam-diam antara suami isteri. Once dah ada kata sepakat , baru bagitau anak-anak.  

6. Selalu buat Solat Taubat
Minta ampun dengan Allah atas kesalahan kita selama ni. Dan kita juga minta ampun dari Allah atas kesalahan pasangan kita selama ni yang hanya Allah sahaja yang tahu.

7. Amalkan Zikir Asma Ul-Husna "Ya Rahman'
Zikir dengan zikir ni selalu especially bila waktu memasak, agar sifat Ar-Rahman Allah iaitu Allah Yang Maha Mengasihi mengalir laju-laju dalam hati pasangan kita dan hati anak-anak kita. 

8. Patuh Cakap Suami
Kalau suami cakap itu, itu je lah, yang tak nak lawan. Boleh nak argue, tapi biarlah argument kita tu tak memudaratkan keadaan dan menyebabkan pergaduhan.


Itu jelah kot yang aku boleh share. Aku pun baru berkahwin setahun jagung. Tak ada banyak ujian sangat yang aku dah lalui. Kalau nak lagi banyak tips, better tanya pada orang yang dah berkahwin 30 tahun. 

Semoga korang pun happy selalu. Take care!





3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tahniah DP, pasti ada pasang surut dalam bahtera rumahtangga ni kan.. letakkan Allah swt nombor satu , In syaa Allah setiap ujian ada hikmahNYa , semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary DP & suami, semoga berbahagia hingga akhir hayat. Aamiinnn

    ReplyDelete
  3. Tips dah ada...tinggal Cuya nak kena cari pasangan. Hehehe

    ReplyDelete