Kunci Hidup Tenang
Kunci untuk hidup tenang ialah :
* Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Bersyukur yang hari ini kita masih bernyawa dan masih mampu dapat melihat orang-orang yang kita sayang, contohnya suami dan anak-anak kita.
* Sentiasa senyum.
Kerana senyum itu ialah sedekah. Lagi banyak kita senyum, lagi banyak rezeki yang kita dapat. Dan buatkan orang lain senang dengan kita melalui senyuman kita tu pun ialah 1 kebaikan yang sangat besar.
* Sentiasa memberi.
Berilah apa saja yang kita ada pada orang lain.
Kita ada makanan, kita berikan makanan.
Kita ada tenaga, kita berikan tenaga.
Kita ada kasih sayang dalam hati kita, kita berika kasih sayang pada anak-anak & keluarga kita.
Kita ada ilmu, kita berikan ilmu.
Kita ada pakaian yang masih elok, kita berikan pakaian tu pada orang miskin / orang yang lebih memerlukan.
Kita ada duit, kita berikan duit.
Dan apa saja yang kita ada, kita berikan, selahi ianya tidak memudaratkan kita.
* Buatkan diri kita sentiasa gembira.
Buatlah apa sahaja yang boleh buatkan kita gembira. Contohnya kita happy bila kita tengok Filem Hindustan, so tengok lah.
Kita happy kalau kita beli baju baru, so, belilah.
Kita happy kalau kita make - up, so make up lah.
* Sentiasa berfikiran positif.
Berlapang dadalah dengan apa jua ujian kita hari ini.
Contohnya, ujian kita hari ini ialah tak ada duit nak makan. Firstly, bersyukur dulu sebab kita masih lagi sihat , ramai lagi mereka kat luar sana yang tengah baring di katil Hospital sekarang. Secondly, isgtifar banyak-banyak. Dan, cakap pada hati "takpe hari ini tak ada duit, Allah tengah menguji aku, mungkin esok lusa Allah nak bagi aku durian runtuh". Pendek kata,
* Sentiasa berbaik sangka pada Allah
* Sentiasa berdamai dengan Ujian Hidup dan Takdir
Ujian hidup setiap orang berbeza dan tak sama.
Ada orang diuji dengan rumah tangga, ada orang diuji dengan sumber kewangan, ada orang diuji dengan ibu mertua, ada orang diuji dengan ibu kandung, ada orang diuji dengan ipar-duai, ada orang diuji dengan anak-anak.
Apa pun ujian kita, Ingatlah yang
'TAK ADA MANUSIA PUN DI MUKA BUMI INI TAK DIUJI, SEMUA ORANG DIUJI TERMASUK NABI MUHAMMAD SAW'.
Allah uji kita sebab Dia nak ukur tahap keimanan kita.
Jadi, bersabarlah dengan ujian itu.
Dan banyakkan sujud pada Allah.
Banyakkan ishgtifar, banyakkan selawat, banyakkan bersyukur, banyakan Solat Sunat.