Assalamualaikum wbt semua. Salam 10 Syawal.
Sorry aku lambat update.
Sekarang masih lagi Bulan Syawal, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca dorsettpink.com.
Aku nak minta maaf kat semua readers dorsettpink.com kalau ada salah silap aku sepanjang korang membaca blog aku atau follow aku kat sosial media. Aku minta maaf jika ada tulisan-tulisan aku yang buatkan korang kecik hati atau terkilan dengan penulisan aku.
SO, macam mana dengan raya korang? Happening tak? Ada yang tersangkut dalam jem?
Ok lah, aku cerita sikit pasal Raya kami hari tu.
1) Kereta Rosak Sebelum Balik Kampung
Aku balik kampung kan 6hb April, masa 5hb April, aku hantar kereta aku pergi workshop untuk check brek kereta, sebab aku rasa macam brek kereta tu ada problem sikit. Aku rasa macam tak sedap hati kalau bawak kereta tu jalan jauh. Dari KL ke Kemaman ambil masa dalam 4 jam jugak kalau tak jem. Tapi hari tu kan waktu orang balik kampung, so memang dah prepare untuk 'masuk dalam jem'.
Aku ingatkan problem brek tu biasa-biasa jer, dalam 30 minit kereta dah settle.
Tapi kan, sebenarnya, brek kereta aku tu masalahnya ialah booster pump (kat break pump) problem, problem nya ialah dimasuki minyak break. Dan puncanya ialah sebab break pump rosak. So, aku kena tukar break pump dan booster pump.
Pastu pulak, kat workshop tu tak ada breakpump yang avalaible untuk kereta aku. Kereta aku ni Proton Persona, dan tak banyak kereta Proton Persona datang ke workshop tu, apatah lagi untuk tukar break pump.
Dan untuk tukar break pump tu kena ambil masa berjam-jam. Jadinya, aku terpaksa kena tinggalkan kereta kat workshop tu semalaman.
KOS Baiki Kereta ? Lebih kurang dalam RM 1500.
Hari sebelum tu, baiki balkoni rumah, buat water proofing sebab balkoni banjir bila waktu hujan, dan ia bocor sampai ke bawah. Kos buat Water Proofing - RM 2500.
Sebelum raya, dah melayang duit RM 4000. huhuhu.
2) Perjalanan Balik Kampung
6hb April 2024, aku dah balik kampung. Kampung aku kat Kemaman, Terengganu. Aku balik sebelukm raya sebabnya aku nak balik semula ke Kuala Lumpur sebelum Hari Raya. Sebab Hari raya pertama, en.suami nak raya kat KL, kampung dia kat KL, keluarganya kat KL.
Aku pulak nak beraya dengan suami. Aku nak berkepit jer dengan dia. hahahhaa. Jadinya, sebagai isteri solehah, aku ikut je En.Suami. Aku OK jer. Anak-anak pun OK.
Aku plan nak balik jam 4 petang, keluar dari rumah menuju ke Kemaman, sebab Kakak FL ada kelas Public Speaking sampai kul 3 petang.
Tapi sebabkan kereta keluar dari Workshop kul 6 petang, jadinya kul 7 petang baru kami gerak ke Kemaman. Ada lagi 30 minit nak berbuka kan? Kenapa tak gerak jer selepas iftar?
Oh kitaorang jenis tak boleh tunggu-tunggu. Kalau dah ready, terus gerak jer. Pasal Iftar tu, kitaorang dah beli makanan siap-siap cukup-cukup untuk berbuka puasa jer kat dalam kereta. Nanti kitaorang akan berhenti kat mana-mana untuk makan malam. Solat? Boleh jer Solat Jamak Maghrib & Isyak bila sampai di kampung nanti.
Dan realitinya, ia berlaku seperti di rancang. Kitaorang berbuka puasa makan ringan-ringan kat dalam kereta dulu, dan kemudiannya berhenti di R&R Termerloh. Sampai kat R&R Temerloh pun jam 9 malam.
Memandangkan kitaorang gerak dari rumah jam 7 malam, kitaorang sampai di TOL Gombak jam 7.30 malam, ngam-ngam Azan Maghrib. Dan disebabkan masa tu ialah waktu Iftar, jadinya trafik sangatlah lengang. Fuhh! Syok giler naik kereta langsung tak jem.
TAPI.... Tapi, nak berhenti kat R & R parking full. So, kitaorang terpaksa tunggu sekejap kat dalam kereta dalm 15 minit macam tu kat R&R Temerloh sementara nak dapatkan parking kosong. Surau R&R pulak memang ramai orang. Nasib baik kitaorang dah plan nak Solat Jamak je nanti.
Lepas makan-makan, terus gerak ke Kemaman.
Sampai kat Kemaman jam 12 malam. Fuhh! Penat.
3) Check - In kat Hotel Erya by Suria, Cherating, Pahang
Rumah kat Kemaman cuma ada 3 bilik sahaja, dan disebabkan nak raya, bilik semua fully occupied sebab adik-adik aku pun balik kampung masa tu. Jadinya, En.Suami aku book hotel kat Cherating. To be exact ialah Hotel Erya By Suria, Cherating. Hotel ni 5 minit jer drive ke rumah kitaorang kat Kemaman.
Hotel ni ada provide sahur, ada swimming pool, bersih, staff pun sangat friendly, cuma perabot dia perabot lama, so nampak agak usang biliknya.
Dan.... inilah gambar OOTD kami masa Hari Raya Pertama hari tu. En.Suami as usual tak ada dalam gambar yang dipublish. Gambar En.Suami hanya untuk tatapan peribadi kami sahaja, tak boleh post, dia tak kasi post gambar dia kat public 😊.
Hari pertama - tema warna coklat / batik coklat. Warna tema ni dipilih oleh En.Suami macam biasa. Baju-baju kitaorang ni beli kat Jakel seperti biasa. Kitaorang ni memang peminat setia Jakel sejak dari awal kahwin lagi sampailah sekarang. Setiap kali waktu raya, memang shopping situ.
Hari raya ke-2 tak sempat dah nak ambil gambar. Almaklumlah ada anak kecik kan. huhu. Siapa yang ada anak kecik faham-faham lah. The struggle is really real guys. hahahaha. Raya ke-2 tema warna kuning, beli baju sedondon kat Prima Valet.
Dan... itu sahaja cerita raya aku.
Terima ksih guys kerana sudi membaca.
selamat hari raya.. x pe, sempat lagi.. selagi syawal masih ada..
ReplyDelete