Baby 1 Tahun Tak Boleh Berjalan Lagi?
"Anak dah umur 1 tahun tapi masih lagi tak boleh berjalan". Ramai yang risau bilamana anak-anak yang dah umur 1 tahun tak boleh berjalan lagi.
Sebenarnya, kalau umur baru 1 tahun tapi tak boleh berjalan lagi, tu NORMAL. Sangat-sangat normal.
Ya, ada baby yang sangat cepat perkembangan tumbersarannya, sampai ada yang dah boleh berjalan seawal usia 8 atau 9 bulan.
Sebab tu ada ibu bapa yang stress, bila mana tengok anak-anak sendiri yang dah berumur lebih dari setahun tak dapat berjalan lagi. Sebab kita bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Sebenarnya, bila masuk bab anak-anak, bab parenting ni, kita tak boleh banding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain, hatta bandingkan sesama anak sendiri pun tak boleh. Contohnya, bandingkan kakak dengan adik. A BIG NO OK.
Sebabnya, setiap anak tu berbeza. Setiap anak ada keunikan tersendiri dan ada perwatakan masing-masing. Setiap anak tak sama tahap perkembangan dan IQ nya.
Ada anak yang dah ada gigi sejak usia 3 bulan, ada anak yang baru nak tumbuh gigi pertama masa umur 1 tahun dan ada anak pula yang dah memang ada gigi pertama sejak dari lahir lagi, sejak keluar dari rahim ibu. Unik kan?
Cuba kita tengok tahap akil baligh anak-anak, semuanya tak sama kan? ADa anak yang akil baligh sejak usia 9 tahun, ada anak yang akil baligh ketika usia 12 tahun, malah ada anak yang akil baligh ketika usia 15 tahun. Kenapa tak sama umur akil baligh semua orang? Begitulah kejadian fitrah manusia. Kita semua tak sama antara satu sama lain, sejak dari lahir lagi.
Malah sesama adik beradik yang seibu sebapa kandung pun tak sama perangai dan rupa masing-masing, begitulah juga dari segi tahap tumbesaran masing-masing.
Baby 1 Tahun Tak Boleh Berjalan Lagi?
Macam anak-anak aku, semuanya berjalan lambat.
Kakak FL, anak yang sulung boleh mula berjalan masa umur 1 tahun 6 bulan.
Leeya, anak nombor 2 pulak, berjalan masa umur 1 tahun 4 bulan.
Yang bongsu ni, Leesa, baru jer boleh berjalan masa Awal Mei hari tu, ketika usianya genap 1 tahun 3 bulan. Kiranya, Leesa secara rasminya boleh berjalan masa birthday dia di usia 15 bulan - 2 Mei 2024.
Ini gambar-gambar comel Leesa yang sekarang ni giat duk berjalan ke sana-ke mari. Tak duduk diam dia sekarang. Sebab tengah excited nak berjalan. Mummy dia lah yang penat nak kena ikut dia. Leesa ni bukan jer suka berjalan, tapi juga suka memanjat.
Masa dia belum boleh berjalan lagi pun, dia dah suka panjat. Paling dia suka, ialah panjat tangga kat rumah. huhuhu. Penat Mummy dia nak jaga dia ni. hahahaha.
Korang senyum jer. Senyum jer bila dengar ucapan-ucapan indah macam tu. Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri.
Hidup kita ni memang tak kan lari dari terdengar kata-kata dari mulut-mulut longkang macm tu. So, biarkan jer. Kita jangan ambil hati.Kalau kita ambil hati, kita take seriously pasal kata-kata tu, nanti kita juga yang sakit hati. Siang - malam kita duk resah gelisah jer sebab duk tergiang-ngiang kata-kata nista tu kat corong telinga kita.
Tambah pulak, adanya si syaitan yang duk tambah perencah rasa kat telinga kita ni, lagilah buat kita jadi sakit hati.
So, the best way is, kita lari jer atau melarikan diri dari tempat tu bila dah terdengar kata-kata macam tu. Sebab risau kita tak dapat nak handle pula bila kita terus stay kat situ. Sebab biasanya selepas kata-kata tu, akan ada lagi kata-kata sambungannya, yang akan buatkan kita lagi bertambah sakit hati.
Nak Tahu DOA UNTUK ELAK ANAK-ANAK BERZINA, baca kat sini :
'TIPS KEIBUBAPAAN : DOA ELAK ANAK-ANAK BERZINA'
BACA NI JUGA :
'Seawal Anak Mula Tumbuh Gigi, Bagi Makanan Sedikit Keras'
Awal sangat pun, nanti Mak dia tak rilek. ^^ Nak kejar sana sini ahaha
ReplyDelete