Bermain & Bergembira di TRX The Exhange

in , , by dorsett pink, May 02, 2024

 Bermain & Bergembira di The Exhange TRX.

Weekend minggu lepas, aku & en.suami bawak anak-anak pergi bermain kat TRX Mall, yang mana nama sebenarnya ialah The Exchange TRX, yang terletak di Jalan Persiaran TRX, Kuala Lumpur. Dekatlah dengan area Bukit Bintang dan Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

The Exhange TRX ni sebenarnya shopping mall. Besar sangat shopping mall ni. Macam-macam kedai ada dalam mall ni. Dan boleh dikatakan, mall ni adalah untuk target market golongan M40 ke atas. Kosep dia lebih kurang ala-ala macam IOI City Mall, kat Putrajaya.

So, masa kitaorang sampai kat TRX tu, kitaorang pergi makan dulu kat Food Court. Lepas semua dah kenyang, then baru naik ke Roof Top which is located at Level 4, TRX. Kalau naik ke Level 3 pun boleh juga. Tapi untuk yang bawak stroller dan berkerusi roda, kena naik ke Level 4. 

Kat Level 4 ni lah ada putdoor park, ada playground, dan juga ada surau. Kiranya kalau korang datang sini, boleh je terus bersolat kat Level 4 ni. 

So, ini semua gambar-gambar yang aku snap masa anak-anak bermain kat Outdoor Playground The TRX, kat Level 4.  


RUANG TERBUKA ROOFTOP TRX

TRX

TRX

TRX

TRX

Inilah permandangan Skyline Kuala Lumpur ketika berada di atas bumbung bangunan  The Exchange TRX.

Sayangnya, permandangan yang cantik lagi indah ni menutupi 2 landmark terkenal Kuala Lumpur yang mana mercu tanda tersebut sekaligus menonjolkan keindahan permandangan Pencakar Langit Kuala Lumpur, iaitu KLCC dan Menara 118. So, bila berdiri kat atas RoofTop TRX ni, tak nampak pun KLCC & Menara 118.Sedih lah. Siapalah arkitek yang design ni. Errrrmmm.

TRX

Outdoor landscape kat atas ni memang cantik sangat-sangat. Nak OOTD cun sangatlah kat sini. 


PLAYGROUND

Outdoor landscape kat a Boleh dikatakan yang Rooftop TRX ni ialah syurga dunia untuk golongan kanak-kanak. Sebab kat sini ada 2 playground yang besar dan sangat-sangat cantik. Bukan je cantik tapi best sangat. Lain dari playground lain. 

Kalau bawak anak-anak datang sini, confirm diaorang tak nak balik, macam anak aku. hahhahaha.

TRX

TRX

TRX

TRX


TRX

TRX

TRX

TRX

TRX

TRX

TRX

TRX

TRX

TRX



SURAU DI ARAS 4, TRX

Kat Aras 4 ni ada surau. So, korang tak yah susah-susah turn ke shopping mall bila nak solat. Solat jer kat atas tu Surau pun bersih, cuma kecil la. Bila siang-siang panas. Telekung pun ada disediakan sekali.

Ini laluan ke surau, korang pergi jer ke arah tangga eskalator macam dalam gambar kat bawah ni ↓.

Escalator kat sebelah kiri tu kan, korang pergi je straight macam orang-orang kat depan-depan tu. Tu semua diaorang nak pergi surau la tu. Agak jauh juga beberapa meter ke depan. So, jangan panik bila tak jumpa-jumpa surau lagi.

TRX
Berjalanlah sampai ke penghujung jalan, lepas tu, korang akan nampak signboard ni kat depan korang. Kat signboard ni ada ditulis yang 'Surau' kena belok ke kiri. So, follow je aturan perjalanan tu. 

Lepas tu, signboard akan tunjuk untuk belok ke kanan pulak. So, korang belok kanan. 

Dan nanti korang akan jumpa dengan sign 'surau' macam dalam gambar bawah ni ↓. Dan korang berjumpalah dengan Surau Aras 4. 

TRX

TRX

TRX
Inilah rupa surau nya. Cantik dan kemas, tapi kecil dan tak ada aircond. 


P/S : Kalau korang nak naik atas Rooftop ni, korang kena naik Lift kat Zone A. So, kalau boleh, parking kereta pun parking kat Zone A atau Zone B. 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. tengok dia punya playground, rasa kita pun nak main hehehe... paling penting ada tempat solat, kita boleh buat aktiviti dgn anak2 lebih tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. Rasa selesa sangat DPT main kat sini

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE