Senang Tak Jadi Suri Rumah?
Sebenarnya senang tak menjadi suri rumah ni??
Pastinya ramai yang kata SENANG.
Al-maklumlah duduk rumah jer kan.
Nak buat apa pun kat rumah boleh. Nak tidur sepanjang hari boleh, nak main handphone sepanjang hari boleh, nak buat apa-apa tak ada orang marah. Boss tak ada, HR lagilah tak ada. Nak pergi mana-mana boleh jer bila-bila.
Ya Betulll sangatttttttttttttttt.
Tapi tu semua hanya boleh berlaku kalau ko tak ada anak.
Once ko dah ada anak, semua benda yang disebut tu semua tak kan berlaku. Kalau ada berlaku pun sekali-sekala jer, ibarat orang Pendang kata - 'Once in a blue moon'.
Bila dah ada anak, semua 'free time' tu dah tak ada. Even nak buat hobi kita pun tak ada.
Kalau masak tu, selama ni boleh jer masak 30 minit ataupun 1 jam er. Tapi once dah ada anak, masa memasak boleh drag menjadi 3-4 jam.
Nak solat pun tak tenang. Sampai kena dukung anak masa solat. Sebab tu Islam tu bagi kelonggaran untuk dukung anak masa solat sebab Allah tahu kelemahan hamba Dia.
Kalau kata nak solat tenang-tenang, nak berak tenang-tenang, tunggu jer lah masa anak tidur.
Even nak makan pun, kena terkejar-kejar, makan laju-laju. Banyak kali makan tak habis un sebab anak dah meronta minta didukung / menangis atas sebab 1001 sebab.
So, bilanya mak-mak suri rumah ni nak relaks-relaks? Nak tenang-tenang? Even masa untuk diri sendiri langsung tak ada, apatah lagi nak ada masa untuk dating dengan suami atau nak buat hobi yang selama ni disukai sangat.
Inilah realiti menjadi seorang suri rumah.
Tu belum lagi kena hadap kata-kata toxic - "Eh! ada Master jadi suri rumah jer??", "Ko ni habiskan duit laki jer?", "Kita ni orang perempuan kena ada duit sendiri, kena ada gaji sendiri", "Dah belajar tinggi-tinggi, last-last duduk dapur jer jaga anak".
Dan banyak lagi kata-kata nista yang lain-lain, yang sangat panjang untuk aku tulis kat sini.
So, guys, kalau korang yang dah bekerja dan bercita-cita nak menajdi suri rumah tu, korang fikir la masak-masak.
Ingat, jadi suri rumah ni nanti kita tak ada duit sendiri tau, semuanya harapkan kat suami jer. So, aklau suami korang tu jenis tak berkira bab duit, korang proceed la jadi suri rumah. Tapi kalau tengok suami korang ataupun keluarga mertua korang tu jenis sangat berkira bab-bab duit ni, better korang jangan menjadi suri rumah.
Percayalah cakap aku, yang jadi suri rumah ni sebenarnya lagi banyak pahit dari manisnya. Manisnya ialah korang dapat tengok anak-anak sendiri membesar depan mata sendiri dan korang boleh tahu cerita dari luahan hati anak korang sendiri sebabnya koranglah yang akan menjadi PENDENGAR PERTAMA (First Listener) bagi mereka sebaik sahaja mereka habis sekolah.
Semuanya, terpulang pada diri korang sendiri.
Nak menjadi suri rumah sepenuh masa ni, kena ada good support system. Kalau korang ada family yang sangat-sangat penyanyang dan sangat supportive, korang teruskan niat menjadi suri rumah tu.
Tapi kalau korang sendirian, hidup sebatang kara, tak ada mak ayah kandung, tak ada adik-beradik yang baik dan sanggup bergolak gadai bersama korang, janganlah berhenti kerja. Teruskan jer bekerja.
Apa pun, sebelum buat keputusan, korang buatlah dulu Solat Istikharah. Moga-moga Allah berikan korang petunjuk yang benar. Amin.
Yang Benar,
DP
(Suri Rumah Yang ada PhD)
zaman skrg org ambik bibik indonesia atau pilipin dikatanya diorang bekerja tapi kalau orang rumah jadi suri rumah dikatanya tak bekerja padahal hampir 24 jam tak kering kuku...
ReplyDeletebukan senang jadi suri rumah.......lain mencuci kain, lain masak, lain mengemas rumah....sibuk.
ReplyDeleteSalam kenalan dari saya, pemilik blog
oohsenyum.com
https://www.oohsenyum.com/
Terima kasih atas coretan ini. Sesungguhnya surirumah juga ialah sebuah 'pekerjaan' kan. Bezanya tak di bayar gaji official je huhu. InshaAllah semoga penat lelah terbayar di akhirat asbab ikhlasnya seorang surirumah menjalankan tanggungjawab ^^ Salam singgah, jemput jalan2 blog kita
ReplyDelete