Saturday, June 01, 2024

Packing For Travel

 Packing For Travel.

Salam semua. 

Cuti sekolah ni pergi mana? 

Aku baru jer balik dari Johor Bharu. 

Hari Sabtu hari tu, aku bercuti di JB. 3 hari je kat JB. Dan kemudian balik KL semula. 

Sekarang aku tengah bersiap-siap packing untuk travel jauh. 

Cuti sekolah dah nak habis dah. 

Tapi aku extend lagi cuti anak-anak aku. hahahhaa. 

So, aku dah siap-siap hantar Surat Permohonan Cuti kat Guru Kelas sekolah anak aku. 

Packing travel
Inilah luggage yang aku bawak. 2 ni je tak cukup tau. ada lagi luggage lain yang tak masuk dalam gambar. hihi.


Ke Mana???


Tak boleh bagitau lagi. Nanti dah sampai destinasi nanti aku akan bagitau. Surprise gitu. hahahha. 

packing travel

Negara yang aku nak pergi ni ialah negara 4 Musim. Kalau ikutkan sekarang ni ialah Musim Panas (Summer). 

Tapi bila aku tengok weather forecast, duk tunjuk setiap hari hujan, dan suhunya bawah dari 20 darjah celcius. Jadinya, terpaksalah kitaorang membawa payung dan baju hujan ni. Dan memandangkan aku ni jenis yang tak tahan sejuk, jadi terpaksalah jugak aku membawa winter coat atau wind breaker. 

Kali ni aku tak travel berlima sahaja dengan suami dan anak-anak, tapi kali ni aku aku travel dengan family besar belah en.suami. So, semua kitaorang yang ikut trip ni ialah 18 orang, termasuk 3 orang infants. Salah seorang infant tu ialah Leesa, anak bongsu aku. hihi. 

Entah macam manalah ragamnya nanti . Fuhh!. Harapnya mak-mak dan bapak-bapak mampu bersabar sepanjang trip selama 2 minggu ni. 

Dan trip ni kitaorang tak pergi ke 1 negara sahaja, tapi ada lagi negara-negara lain yang kitaorang akan jelajah. 

So, stay tune.. Aku nak sambung packing lagi. hihi. 

Sekarang aku update kat Tik Tok jer. So, kalau nak follow rapat, silalah follow aku di Tik Tok. 

3 comments:

  1. Bestnya holiday. Happy holiday! Have fun.

    ReplyDelete
  2. Best-nya, non stop jenjalan ^^ Happy travel. Kalau tengok tu macam tak cukup beg. Takpe kita tunggu destinasi dimanakah percutian kali ini. Salam kenal, jemputlah singgah blog saya ye :)

    ReplyDelete