TRAVELOGUE FAMILY TRIP TO LONDON - PARIS 2024.

Assalamualikum semua. 

Tiup habuk dulu.. Fuuuuuuhhhh... fuuuuhhhh.. fuuuuuhhhh.. 

Hahahaha. Lama betul bersawang blog ni. 

Hari tu pergi vacation pergi London, ingatkan nak update blog masa kat sana. Tapi, hampeeesss, tak boleh langsung nak bukak laptop. Pastu, bila dah balik Malaysia, jet lag pulak. Jet lag tu pulak lama nya... Memang pening terus, langsung tak ada mood nak bukak laptop. 

Pastu pulak, anak-anak pass baton bergilir-gilir sakit. Lepas sorang, sorang sakit. Aku sebagai mak ni emmang super busy lah duk menjaga dan menjadi nurse diaorang.

Ni baru ada kesempatan untuk bukak blog dan update sikit. 

Kiranya ni entri warming up la.. Bagi aku ambik mood Honeymoon dulu. Bukan senang nak get-up menulis balik. Susah ooooooo nak blogging. huhuhu...

OK lah, aku cerita sikit pasal Family Trip aku hari tu. Aku bagi teaser dulu. 

**********************************************

Travel London

Awal Jun hari tu, 1 Jun 2024, aku bersama-sama dengan family belah husband aku bercuti kat London. Dan ini bukan kali pertama kami semua ke London. So, kiranya trip ni untuk mengubat rindu kami di Bumi London dalam masa yang sama bercuti sama-sama. 

Sejak dari PKP Tahun 2020, kitaorang dah tak pergi trip oversea dah. Sebelum-sebelum tu memang ada trip pergi oversea. Yang last sekali sebelum PKP ialah pergi ke Ho Chi Minh, Vietnam Tahun 2019. So, sejak PKP tu memang semua rindu sangat nak travel jauh-jauh.

Trip hari tu, kitaorang pergi selama 10 hari. Destinasi utama kitaorang ialah London. So, kitaorang banyak spend masa kat London. 

Kitaorang tak nak pergi banyak-banyak bandar sebab nak relax-relax jer, tak nak rushing sebab nanti penat. Pastu pulak travel dengan anak-anak ni memang gunakan banyak tenaga. Dan budak-budak pulak tak kuat nak pergi banyak tempat dalam masa yang singkat. 

Kitaorang hari tu 18 orang, dengan ada 7 orang kanak-kanak, termasuk 3 orang baby (Infants yang bawah 2 tahun). 

Kitaorang naik flight Emirates Airlines dari KLIA, pergi ke Dubai dulu. Transit 1 hari kat Dubai. 

Perjalanan dari KLIA ke Dubai International Airport ialah 7 jam. Bertolak dari KLIA jam 1 pagi. Dan kami sampai di Dubai kul 6 pagi waktu Dubai. 

Waktu Subuh kat Dubai awal. So, kitaorang semua bersolat Subuh kat dalam flight.

Sampai di Airport Dubai, kitaorang lepak dulu kat dalam Airport. Pastu jam 10 pagi, kitaorang bergerak jalan-jalan di sekitar bandar Dubai, dengan naik train (Metro). Nantilah aku cerita detail pasal Dubai. Tu kena buat entri khas untuk Dubai jer. 

Travel London
Dubai panas giler. Tapi bila kat dalam bangunan (Indoor), sejuk giler. Diaorang memang pasang aircond kuat-kuat. Sampai aku rasa yang kita kena pakai sweater pulak bila duduk dalam bangunan. 

Tak tahan duduk kat luar bangunan. Boleh buat darah menyirap ooooo..

Ni gambar kat salah satu Metro Station di Dubai. Masa kitaorang pergi tu, masa tu suhu 40 darjah celcius. 



Travel London

Ni kat depan Muzium of The Future, Dubai. Kitaorang sampai sini naik train metro. Yang bestnya pasal Dubai, semua tempat sangat accessible dengan Metro. Diaorang nak menjadi macam Jepun dah, yang mana semua tempat boleh diakses menggunakan public transportation.
Travel London

Lepas tu malam hari, kul 2 pagi, kitaorang naik semula flight pergi ke London naik Emirates Airlines. Kitaorang ambil seat Premium Economy Class. Kalau tak silap aku, hanya Emirates Airlines kot ada kelas ni. Dia macam upgrade sikit dari Economy Class, tapi bawah dari Business Class. Beli tiket flight kat website ni - EMIRATES AIRLINES.

Sampai di London di Airport Gatwick, jam 7 pagi waktu London, so kena solat Subuh kat atas Flight. Kitaorang sewa Homestay kat area Morden, London, dippinggir London, booking guna apps AirBnB. Dan di London, kitaorang bergerak kemana-mana menggunakan train (Tube Underground & Uber). 

Ni trip DIY. So kitaorang yang set sendiri itinerary, hotel, transportation dan makan-makan semua. 

TRAVEL LONDON

Lepas tu, kitaorang fly pergi ke Paris naik Jet Star Airlines dari Airport Gatwick ke Paris Charles de Gaulle, Paris.

Perjalanan dari London ke Paris cuma 1 jam je naik flight. Sampai di Paris jam 11 malam. Kitaorang terus check in hotel. 

Kitaorang tidur di Hotel Ibis Budget Hotel, di Paris. So gerak dari hotel ke tempat-tempat lain di Paris naik train jer. Hotel dekat jer dengan train station dan depan hotel ada kedai makan halal, pastu dekat dengan Masjid.  Nantilah aku cerita detail pasal hotel kat Paris ni. Kitaorang book hotel ni guna website booking.com. 
 

travel london

travel london
Ini gambar kitaorang kat depan Landmark Paris - Arc De Triomphe, Paris. 

Kat Paris, kitaorang bergerak guna train juga yang dikenali sebagai 'RER'.

Duduk Paris sehari jer. Malam tu kitaorang terus gerak balik ke London semula naik Jet Star Airlines. Luggage kami semua tinggal di Homestay di London.

Dan dari London , stay beberapa hari, pastu gerak semula ke KL, tapi transit kat Dubai kejap. 

Ini kos untuk flight tiket kami hari tu : 

Emirates Airlines KL -London - KL : RM 3200 seorang
JetStar Airlines London -Paris - London : RM 600 seorang.
 

Ok lah , itu sahaja buat kali ni. Nanti aku share lagi k. Terima kasih semua kerana sudi membaca.


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Tumpang seronok baca walaupun belum cover full trip.

    ReplyDelete
  2. Masyaallah seronoknya. pergi london paris

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE