Hye korang. Assalamualaikum. 

Lama tak update, busy dengan urusan keluarga sementalah kami diuji dengan ujian yang sangat besar. Nanti-nantilah aku ceritakan pasal ujian tu. 

Hari ni aku nak share dengan korang pasal peluang untuk kita semua menjana pendapatan sampingan, ayau orang kata buat side-income dan dalam masa yang sama kita dapat membantu Rakyat Palestine yang bekerja sebagai PETANI di sana. 

RAKYAT PALESTIN HIDUP DALAM SENGSARA

Sekarang ni Bumi Palestin diuji dengan ujian yang sangat-sangat dashyat. Dah hampir setahun Bumi Palestin diserang tanpa henti sejak 7 Oktober 2023 tahun lepas. Dan sejak tu, majoritu Rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan. 

Rumah-rumah mereka dibom oleh Yahudi Laknatullah. Anak-anak kecil, para wanita, warga emas dan kaum lelaki dibunuh tanpa belas kasihan setiap hari oleh si Iblis Yahudi. 

Mereka langsung tidak berhati-perut. Segala bantuan yang sampai dari seluruh pelusuk dunia untuk Rakyat Palestin disekat di Pintu Masuk Rafah. Rakyat Palestin ramai juga yang mati dek kerana kelaparan dan kebuluran. 

Jadinya, mereka (Rakyat Palestin) tak boleh berharapkan bantuan dari negara luar semata-mata kerana bantuan-bantuan yang diberikan tidak sampai di tangan mereka. Yahudi Laknatullah sekat bantuan tu. Diaorang sememangnya nak seksa Orang Islam dan seluruh Warga Palestin yang berada di Bumi Palestin. 

So, Rakyat Palestin ni perlu berusaha sendiri untuk menjana pendapatan mereka untuk kelangsungan hidup mereka di Bumi Suci tersebut. 

Salah satu cara untuk mereka 'survive' dan menjana pendapatan ialah dengan cara menjadi petani. Hasil tanaman yang mereka usahakan mereka pasarkan ke negara-negara lain dan hasil pendapatan yang diperolehi tersebut boleh buatkan mereka membeli makan-minum untuk ahli keluarga mereka serta jiran tetangga di sana. 

Salah satu tanaman yang mereka (Rakyat Palestin) usahakan dan menampakkan hasil ialah dengan menanam Buah Zaitun. 

Buah zaitun tu akhirnya diproses dan dijadikan Minyak Zaitun (Olive Oil). 

minyak zaitun al'ard

SYARIKAT PENGELUARAN MINYAK ZAITUN AL'ARD - SYARIKAT PALESTIN

Dan untuk pengetahuan korang, minyak zaitun hasil dari Negara Palestin ni dikeluarkan oleh Syarikat AL'ARD. Syarikat AL'ARD ni beroperasi di Malaysia yang beibu pejabat di Shah Alam, Selangor dan ia merupakan satu-satunya syarikat Palestin yang beroperasi di luar Palestin dan mereka memilih Malaysia untuk menempatkan perniagaan mereka, kerana Polisi Kerajaan Malaysia yang sangat memperjuangkan perjuangan Rakyat Palestin sejak berpuluh tahun dahulu. 

Syarikat AL'ARD bukan sahaja memasarkan Minyak Zaitun di Malaysia, malah ia turut memasarkan Minyak Zaitun dari Palestin ni ke negara-negara lain seperti Negara-Negara Eropah, Amerika Syarikat, Chile, Kanada, Jepun dan Indonesia. 

Syarikat AL'ARD ini dah 10 tahun menapak di Malaysia dan modul perniagaan AL'ARD ii menggunakan sistem Ejen. Rakyat Malaysia yang membeli Minyak Zaitun AL'ARD diperolehi terus dari Negara Palestin dan dalam masa yang sama, keuntungan syarikat hasil perjualan Minyak Zaitun AL'ARD ini disalurkan semula kepada Rakyat Palestin di sana terutamanya kepada Para Petani yang mengusahakan tanaman Buah Zaitun. 

So, sebagai Umat Islam, ini adalah peluang keemasan kita untuk membantu Rakyat Palestin terutamanya para petani Palestin dengan cara menyokong (support) perniagaan Syarikat AL'ARD ini. 

Hari ini, dah hampir genap setahun Palestin diserang secara ekstrem oleh Rejim Zionis Israel. Dan Pihak AL'ARD kini sedang giat menjalankan Kempen 'Palestin Di Setiap Rumah' yang bertujuan untuk membantu Rakyat Palestin yang teruk ditindas saban hari. Matlamatnya, AL'ARD menyasarkan untuk menghantar wang RM 3 Juta kepada Palestin. 

Dan sejak kempen ini dijalankan sejak Disember 2023, sehingga kini Pihak AL'ARD telah berjaya menghantar dana sebanyak USD 340,000 bersamaan dengan RM 1,914,740.00. ALHAMDULILLAH!

minyak zaitun al'ard


AL'ARD MENGELUARKAN PRODUK BERKUALITI TINGGI

AL'ARD bukan sahaja menjual Minyak Zaitun, tetapi ada banyak lagi produk-produk lain yang dipasarkan oleh Syarikat AL'ARD, antaranya ialah : 

* Pati Habatusauda 

* Sabun Nabulsi Minyak Zaitun

* Habatussauda

* Herbs Za'atar

Dan semua produk-produk ni kita bukan sahaja boleh makan atau minum begitu saja, tapi juga boleh dijadikan sebagai bahan masakan. Banyak khasiatnya. 

minyak zaitun al'ard


PELUANG MENJANA PENDAPATAN 

Sebelum ini, pelanggan dan ejen membeli produk-produk AL'ARD ini secara manual iaitu dengan membuat pesanan melalui Whatsapp hampir 10 tahun lamanya. 


Namun kini, AL'ARD telah menambaik sistem penjualan Produk AL'ARD dengan memperkenalkan Sistem AL'ARD Partner. 

vcqgsv Melaui sistem ini, para penjual dan ejen AL'ARD boleh terus membuat pembelian stok produk di dalam sistem digital. 

Oleh itu, AL'ARD mengajak semua Rakyat Malaysia samaada yang beragama Islam mahupun Bukan Islam untuk sama-sama menjadi Partner AL'ARD untuk sama-sama membantu Rakyat Palestin dan dalam masa yang sama dapat membantu meningkat pendapatan keluarga kita sendiri. 

minyak zaitun al'ard


SISTEM AL'ARD PARTNER

Sistem ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu, Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Ini ialah perbezaan bagi setiap satu kategori : 


GOLD PARTNER

* Margin keuntungan sehingga 40%

* Syarat untuk pembelian pertama ialah RM 3,888.00

* Minima pembelian seterusnya ialah bermula dari RM 1,888.00


SILVER PARTNER

* Margin keuntungan sehingga 32%

* Syarat untuk pembelian pertama ialah RM 388.00

* Minima pembelian seterusnya ialah bermula dari RM 388.00


BRONZE PARTNER

* Margin keuntungan sehingga 20%

* Syarat untuk pembelian pertama ialah RM 188.00

* Minima pembelian seterusnya ialah bermula dari RM 188.00

Selain dari itu, kelabihan menjadi Partner AL'ARD ini ialah, AL'ARD menyediakan 'Sales Kit' dan 'marketing support' untuk membantu para partner melakukan pemasaran produk. Antara material pemasaran yang terdapat dalam 'Sales Kit' ialah :

* Channel Telegram Konten

* Gambar/Poster/Video

* Flyers Product

* T-Shirt Al’Ard

* Bunting

* Promotion Stand

* Non-Woven Bag

* Web Listing

minyak zaitun al'ard


JOM TAMBAH PENDAPATAN DENGAN MENJADI PARTNER AL'ARD

So korang, jomlah jpin AL'ARD untuk tambahkan pendapatan kita. Dalam masa yang sama kita juga dapat mengumpul saham akhirat dengan cara membantu Umat islam di Palestin. Tak sanggup kan kita tengok diaorang kena seksa sebegitu rupa. Apatah lagi tengok ramai kanak-kanak yang mati akibat dibunuh, di bom dan mati kelaparan. 

Dengan cara ini - iaitu dengan menjadi Partner AL'ARD kita dapat membantu ramai Saudara Islam kita yang jauh nun di Palestin. 

Kalau korang berminat nak menjadi partner AL'ARD, korang terus daftar kat link ni : 

http://www.partneralard.com/ 

Kalau korang ada sebarang kemusykilan, boleh terus whatsapp Admin AL'ARD, di talian ini: 

https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE