Jom Buat Haji Dengan Pakej Haji Swasta dan Premium

in , , by dorsett pink, January 23, 2025

Jom Buat Haji Dengan Pakej Haji Swasta dan Premium.

Tak lama lagi kita dah nak menyambut Ramadhan. Maksudnya Aidilfitri dah dekat dah. Dah beli baju raya? Cewaaaaa! Advance nya beli baju raya awal.    

So, maksudnya Raya Haji pun dah lama lagi ni.. Cepat betul masa bergerak kan? 

Bila raya haji, kita pasti terkenangkan Jemaah Haji. Bestnya kalau dapat pergi haji kan? Bilalah agaknya rezeki tu nak sampai. Kalau dapat pergi haji masa waktu muda ni lagilah seronok. Waktu muda banyak tenaga, so dapatlah buat Ibadah Haji dengan lebih bersemangat dan kusyuk, nak tawaf, nak buat saie, nak bergerak pergi ke Mina, nak melontar jamrah, semua tu tak ada masalah untuk orang yang muda. 

Sebab orang muda ni masih fit, masih bertenaga dan yang penting tak uzur dan tak sakit lutut mahupun sakit kronik. 

Tapi apakan daya, anak-anak masih kecil lagi. Tak ada orang nak jaga anak ni kalau aku pergi Haji nanti. 

pakej haji swasta

Tapi takpe, kita percaya rezeki Allah. Rezeki tak pernah salah alamat. Allah akan bagi kita sesuatu tu bila tepat masa dan waktunya. So, tak perlu risau. Kita just follow the flow je. 

But guys.... kalau korang nak pergi haji dan turn pergi haji korang masih lambat lagi dalam senarai bakal haji Tabung Haji, korang boleh pergi haji dengan Pakej Swasta. 

Pakej Haji Swasta ni sama jer macam buat Haji dengan Tabung Haji cumanya, korang tak perlu nak tunggu turn korang sampai, tahun ni juga korang boleh pergi haji. 

Contohnya macam aku, turn haji aku dengan Tabung haji ialah ketika aku berumur 72 tahun. Lambat lagi tu aku nak tunggu umur 72 tahun. So, kalau aku pergi haji dengan Pakej Haji Swasta ni, aku boleh pergi sekarang ketika umur aku 40 tahun ni, dan tak perlu nak tunggu 30 tahun lagi. Entah-entah ketika umur aku 72 tahun tu pun aku dah meninggal dunia. So, tak sempat nak merasa nak buat haji. 

pakej haji swasta


Tapi andai kata kalau korang mampu, ada duit yang cukup dan ada kudrat, better pergi sekarang di kala di usia muda ni dengan menggunakan Pakej Haji Swasta. 

Untuk pengetahuan korang, Syarikat MKM Ticketing Travel & Tours ada menyediakan Pekaj Haji Swasta dan Premium.

pakej haji swasta

pakej haji swasta
Inilah dia Barisan Pengurusan MKM Travel

Syarikat ini telah berpengalaman selama 13 tahun menguruskan jemaah haji dan umrah. Dah lebih dari 100,000 jemaah haji dan umrah yang telah mengerjakan haji dan umrah dengan  MKM Travel & Tours ini dan seramai 98.5% jemaah sangat berpuas hati dengan pengurusan haji serta umrah yang dikendalikan oleh syarikat ini. 

Antara jemaah haji dan umrah yang pernah mengikuti pakej dengan Syarikat MKM ini ialah selebriti Alif Satar dan isterinya dan Faizal Tahir. 


Syarikat MKM Ticketing Travel & Tours adalah merupakan pengelola jemaah haji yang sah, yang berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia) dan juga merupakan sebuah syarikat pengelola haji yang sah di bawah Pengurusan Tabung Haji. 


KELEBIHAN MENGERJAKAN HAJI DENGAN MKM TRAVEL

Antara kelebihan mengerjakan haji dengan MKM Travel ini ialah :

1. MKM Travel Menyediakan Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu dan Berpengalaman. 

MKM Travel telah berpengalaman selama 13 tahun dalam industri haji dan umrah ini, dan mereka sangat arif tentang Ibadah Haji. Jadinya mereka mempunyai Pembimbing (Mutawaif) dan kakitangan yang berpengalaman luas dalam menguruskan jemaah haji dari mula proses pendaftaran jemaah untuk mengerjakan haji,  sehingga ke lapangan terbang dan sehingga jemaah haji berada di Tanah Suci serta pengurusan pulang jemaah ke Malaysia. 

pakej haji swasta



2. Hotel

Hotel yang dipilih oleh MKM Travel ialah hotel yang dekat  yang menyenangkan dan memudahkan jemaah haji, seperti dengan masjid dan kawasan tumpuan jemaah haji seperti berdekatan dengan dewan makan dan pejabat urusan haji bagi Jemaah Malaysia.


3. Khemah di Arafah dan Mina

MKM Travel turut menguruskan Jemaah semasa di Mina dan Arafah dengan menyediakan khemah yang selesa untuk jemaah haji. Khemah, makanan,minuman jemaah dan kenderaan jemaah serta jadual pergerakan jemaah, ketibaan dan kepulangan dibawah kelolaan Mashariq semuanya diatur dengan baik dan tersusun.


4. Lawatan dan Ziarah 

Selain melakukan rukun-rukun haji, MKM Travel juga turut menganjurkan aktiviti ziarah dan lawatan ke tempat-tempat bersejarah, antaranya ialah ke Uhud, Madinah, Khandaq, Hudaibiyah, Jaaranah dan banyak lagi.  


pakej haji swasta


5. Pengajian Kelas Agama Sebagai Persediaan Untuk Mengerjakan Haji

Syarikat MKM TRavel ada menyediakan bimbingan kelas agama sebagai persediaan kepada Bakal Jemaah Haji untuk berangkat ke Tanah Suci.

pakej haji swasta

pakej haji swasta



6. Lindungan Takaful

Semua jemaah haji yang mengerjakan haji dibawah Pakej Haji MKM Travel dilindungi dengan skim takaful. Oleh itu, keselamatan jemaah haji adalah sentiasa menjadi keutamaan bagi MKM Travels.


7. Perkhidmatan Kargo

Perkhidmatan kargo untuk membawa pulang barangan jemaah haji jemaah haji yang berhasrat untuk membeli air zam-zam atau keperluan lain di Tanah Suci.


8.  Sajian Makanan

Makanan yang disediakan untuk jemaah haji yang mengikuti pakej haji dengan MKM Travel adalah masakan buffet Asia sebanyak 3 kali sehari sepanjang berada di Tanah Suci.


pakej haji swasta


PAKEJ HAJI MKM TRAVEL 

Antara pakej haji tahun 2025 yang disediakan oleh Syarikat MKM Travel ialah :

1. Pakej Salam 40 Hari

Pakej ini berharga dari RM 54,900 untuk pakej berkumpulan 5 orang dan berada di Tanah Suci selama 40 hari. Menginap di Rayannah Hotel di Mekah dan Hotel Millenium Al-Aqeeq di Madinah. Dan di Mina pula duduk dalam Khemah Muassasah.   

pakej haji swasta

2. Pakej Salam Plus 40 - 45 Hari

Pakej ini berharga dari RM 58,000 untuk pakej berkumpulan 5 orang dan berada di Tanah Suci selama 40 hingga 45 hari. Menginap di Hotel Maysan Al-Mashaer di Mekah (hanya 400 meter dari Masjidil Haram) dan Hotel Worth Peninsula di Madinah, yang jaraknya hanya 300 meter dari Masjid Nabawi. Dan di Aziziya, menginap di Hotel V12 Al-Arabia & di dalam Khemah Muassasah di Mina.

pakej haji swasta


3. Pakej Menara Jam 40 Hari

Pakej ini berharga dari RM 75,900 untuk pakej berkumpulan 4 orang dan berada di Tanah Suci selama 40 hari. Menginap di Hotel Movenpick Hajar di Mekah (hanya 50 meter sahaja dari Masjidil Haram) dan Hotel Millenium Al-Aqeeq di Madinah, yang jaraknya hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Dan di Aziziya, menginap di Hotel Al-Maqam Suites & di dalam Khemah Muassasah di Mina. 


4. Pakej Safa 20 Hari

Pakej ini berharga dari RM 115,000 untuk pakej berkumpulan 4 orang dan berada di Tanah Suci selama 20 hari. Menginap di Hotel Marwa Rayhaan Rotana di Mekah (hanya 50 meter sahaja dari Masjidil Haram) dan Hotel Millenium Al-Aqeeq di Madinah, yang jaraknya hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Dan di Aziziya, menginap di Hotel Al-Maqam Suites & di dalam Khemah Muassasah di Mina.

pakej haji swasta


5. Pakej Firdaus 18 Hari

Pakej ini berharga dari RM 275,000 untuk pakej berkumpulan 2 orang dan berada di Tanah Suci selama 18 hari. Menginap di Hotel Dar Tawhid Intercontinental di Mekah (jarak hanya 10 meter sahaja dari Masjidil Haram) dan Hotel Oberoi Medina di Madinah, yang jaraknya hanya 10 meter dari Masjid Nabawi. Dan di Aziziya, menginap di Hotel Al-Maqam Suites & di dalam Khemah Muassasah di Mina.

pakej haji swasta


Pakej yang ditawarkan oleh MKM Travel ni ialah Pakej Haji Premium dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini sangat bagus serta sangat memuaskan hati. Ini telah terbukti dengan testimoni yang diberikan oleh Jemaah Haji yang telah mengerjakan Ibadah Haji dengan syarikat ini. 


pakej haji swasta

Siapakah yang boleh mengikuti Pakej Haji MKM Travel? 

Ada 2 kategori pemohon yang boleh memohon untuk mengikuti haji dengan Pakej Haji Swasta MKM Travels, iaitu mereka yang telah mendapat tawaran haji oleh Tabung Haji dan mereka yang masih menunggu giliran haji dan ingin membuat rayuan dengan Tabung Haji.


Macam Mana Cara Nak Daftar Haji Dengan MKM Travel?

Pemohon boleh muat turun borang Pakej Haji MKM Travel dan lengkapkan borang pendaftaran tersebut. Tiada sebarang bayaran deposit dikenakan untuk mendaftar Pakje Haji Bersama MKM Travel.


Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Rayuan Bagi Menunaikan Ibadah Haji?

Bakal jemaah yang telah mendaftar haji sekurang-kurangnya 4 tahun boleh mendaftar bersama MKM Travel dan membuat rayuan melalui aplikasi THIJARI. Keputusan rayuan tertakluk kepada kouta Tabung Haji.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Pakej Haji Swasta yang dikendalikan oleh MKM Travels, korang boleh tengok website  MKM Travel ni : https://haji.mkm.my/

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pakej Haji MKM Travel ni, korang boleh terus call atau 'whatsapp' nombor ni : +6011-1121 4188 

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE