Hye semua. Assalamualaikum wbt. 

Sihat semua? 

SELAMAT TAHUN BARU 2025. 

Maaflah... aku meninggalkan sekejap dunia penulisan blog ni. Sedar-sedar dah masuk tahun baru dah. Aku agak busy dengan urusan keluarga. Banyak sangat benda yang mengejut berlaku lately, yang buatkan otak aku menjadi cramp kejap nak kena fikir nak buat itu-ini-itu-ini-itu-ini.

Disebabkan banyak sangat benda yang aku nak kena buat, ditambah pula dengan Leesa yang sedang membesar yang semakin lasak ni dan dalam fasa suka 'tantrum', masa aku agak terhad dan aku perlu berikan perhatian kepada perkara yang lebih penting dahulu. 

Lalu, Blog ni sedikit terabai, dek kerna aku tak mampu nak menjadi seorang yang 'multitasking'.

endoscopy ct scan
Ini gambar terbaru aku Disember 2024 baru-baru ni. Aku bercuti bersama keluarga kecilku di Jakarta & Bandung, Indonesia.



So now, I'm back again. But slowly lah. Aku try update mengikut kemampuan aku. 

Banyak benda sangat yang aku nak share tapi tak sempat nak tulis. Yang paling memilukan ialah aku kehilangan orang tersayang. Tapi nanti-nantilah aku cerita. 

OK, hari ni aku nak cerita yang aku buat Prosedur 'Endoscopy' iaitu 1 prosedut untuk scan organ perut kita. 

And the story begins.........
***************************************

Pada 18 November 2024, aku berstuju untuk buat Prosedur Endoscopy dan CT Scan di Hospital Swasta KPJ Ampang Puteri, di Ampang, Kuala Lumpur setelah dicadangkan oleh Doktor Pakar Perut, Gastrologist, Dr Hamizah.

Sebelum 18 November 2024, aku buat dulu Full Body Medical Check-Up di hospital yang sama pada Bulan September 2024. Aku buat medical check-up ni sebab masa bulan Ogos, aku pening kepala setiap hari. Pening kepala tu aku rasa macam rasa nak pitam. 

So, aku decide untuk buat full body medical check-up setelah mendapat keizinan suami. Aku pilih hospital KPJ Ampang Puteri ni sebab sebelum-sebelum ni pun kami suami isteri suka kat hospital ni dan hospital ni menjadi pilihan kami sejak dari dulu lagi. 

Memandangkan en.suami aku merupakan member di hospital ni, jadinya aku mendapat special price untuk buat medical check-up ni. Aku difahamkan yang pakej yang aku ambil untuk Full Body Medical Check-Up ni ialah Pakej Platinum, iaitu pakej yang menyeluruh yang cover banyak benda, yang berharga lebih kurang RM 2000. Tapi pakej ni tak ditawarkan kepada orang awam. 

Kalau korang nak tahu macam mana buat Full Body Medicla Check Up di Hospital KPJ Ampang Puteri, korang boleh baca entri ni : 'Buat Medical Check-Up 1 Badan di KPJ Ampang Puteri'

So, kalau korang nak buat medical check-up kat Hospital KPJ Ampang Puteri ni, korang boleh tengok kat website ni : https://kpjhealth.com.my/general-executive-screening-package-67 

Hasil buat medical check-up, result mendapati bahawa ada bakteria dalam perut aku, dan aku perlu buat detail check-up dengan Pakar Perut - Gastrologist. 

Lalu, aku terus ke bilik konsultant yang terletak di Aras 3, dan buat appointment dengan Gastro, Dr Hamizan. Fuhh! Ramai pesakit Dr Hamizan rupanya, so tarikh appoinment yang paling dekat yang aku boleh commit ialah pada Bulan Oktober 2024. 

Setelah berjumpa dengan Dr Hamizan pada Oktober yang lalu, Dr bagitau yang aku perlu buat detail scan iaitu Endoscopy untuk pastikan penyakit sebenar aku. Dan dalam masa yang sama, doktor bagi aku ubat antibiotik untuk bunuh bakteria dalam perut aku. Prosedur endoscopy ni bukan pertama kali aku buat. Aku dah pernah buat kat Hospital KPJ Tawakal masa tahun 2013 yang lalu, dan hasilnya aku didapati ada masalah Gastrik. Dan masalah gastrik tu kini dah sembuh setelah aku melahirkan anak sulung.

Aku juga diberitahu untuk buat CT Scan memandangkan ada bacaan yang agak tinggi pada 'cancer maker' aku di area Pankreas. 

Jadi, setelah berbincang dengan en.suami, aku bersetuju untuk buat semua prosedur tu dalam hari yang sama dan tak perlu 'warded' memandangkan kami tidak menggunakan Khidmat Takaful untuk membayar Bil Rawatan. 

**********************************

18 November 2024 - HRI RAWATAN  PROSEDUR ENDOSCOPY & CT SCAN

Malam sebelum tu aku dikendaki berpuasa bermula dari jam 12 malam sehingga selepas selesai semua prosedur. 

Hari ni hari Isnin. Aku menuju ke Hospital KPJ Ampang Puteri menaiki MRT memandangkan En.Suami perlu menghantar anak-anak ke sekolah pada hari tersebut dan En.Suami juga perlu menjaga Leesa sepanjang hari tu. 

So, pada hari tersebut aku akan buat Prosedur Endoscopy dan CT Scan di 2 tempat yang berbeza.

Endoscopy : Prosedur scanning perut untuk melihat dengan lebih detail apa yang ada dan apa yang berlaku di dalam perut dengan menggunakan kamera kecil yang dimasukkan melalui mulut. Kos rawatan untuk prosedur ini di Hospital KPJ ialah lebih kurang RM 1500 termasuk dengan konsultansi doktor pakar. 

Pengalaman Buat Endoscopy & CT Scan di Hospital Swasta
Di waktu puncak, sememangnya train penuh dengan lautan manusia. Masa tu aku bersyukur sangat yang aku berseorangan dan tidak ada anak-anak bersama aku sebab aku tahu keadaan akan menjadi agak sukar kalau anak-anak ada bersama masa naik train di waktu puncak.

Pengalaman Buat Endoscopy & CT Scan di Hospital Swasta

Aku tiba di perkarangan jam 8.30 pagi dan aku terus menuju ke Aras 1- Ruang SDS : Special Diagnostic Services. 

Aku dikehendaki membayar Wang Deposit terlebih dahulu sebanyak RM 2,000, dan kemudian aku dibawa ke ward sementara - Day Care Ward. 

Pengalaman Buat Endoscopy & CT Scan di Hospital Swasta

Inilah katil aku untuk hari tu. Dalam ruang ni ada 6 buah katil yang diasingkan menggunakan langsir hospital. Setiap katil ada locker sendiri. Aku datang ke hospital hanya bawa Beg Travel ni jer, dan didalamnya aku ada spare sepasang baju, just in case takut aku terpaksa menukar baju lain dan juga aku bawa tudung sarung sebab senang pakai tudung sarung kat dalam hospital.

n Buat Endoscopy & CT Scan di Hospital Swasta

Nurse suruh aku berehat di katil ni dulu sementara nak tunggu doktor datang.

Aku tak perlu tukar baju hospital memandangkan, prosedur Endoscopy ni hanya menuntut bukaan mulut sahaja, tetapi aku tukar tudung pakai tudung sarung, lebih senang.

Endoscopy

Inilah Bahan Bacaan aku semasa ketika di hospital ni, Buku Bertajuk The Secret - Buku yang sangat memberi aku  inspirasi bagaimana untuk menjadi orang yang sangat positif didalam hidup ini. 


n Buat Endoscopy & CT Scan di Hospital Swasta

Lepas tu, nurse datang cucuk jarum ni kat tangan aku. Aku kena cucuk di 2 tempat, 1 untuk kegunaan Prosedur Endoscopy iaitu di pergelangan tangan dan 1 lagi di lengan untuk kegunaan bagi Rawatan CT Scan.


Selepas tu, aku dibawa menggunakan katil yang aku duduk ni ke Bilik Rawatan yang terletak tak jauh dari ward tersebut, nurse bagitau Dr dah sampai.

Masuk je ke Bilik Rawatan, aku disambut oleh Dr Hamizan. Aku bagitau doktor yang hari tersebut aku tengah sakit gigi dan aku tengah tunggu hari (count down) appointment untuk berjumpa dengan Doktor Pakar Gigi.

Dr Hamizan sangat baik dan lembut. Dia greet aku dengan penuh senyuman dan berkali-kali bagitau yang prosedur ni tak sakit langsung.

Untuk Endoscopy ni, aku dimasukkan ubat pelali atau orang panggil Bius, dicucuk ke dalam tangan melalui saluran yang dibuat ni.

Sebelum dimasukkan bius, nurse spray dulu mulut aku supaya kebas, supaya mulut aku nanti tak sakit bila dimasukkan kamera. Dan diletakkan macam acuan mulut macam orang buat braces gigi tu, supaya mulut sentiasa terbuka. Letak acuan dan ubat kebas tak sakit pun. Alhamdulillah.

Masuk je ubat bius tu melalui tangan, selang beberapa minit, aku terus tidur tak tahu apa-apa.

Sedar-sedar jer, aku dah ada kat day care ward yang aku mula-mula tadi, yang ada locker kat sebelah aku tu.

Selepas tu, nurse datang dan bagitau prosedur aku di sini dah siap dan aku perlu bersiap untuk ke Ruang X-Ray di aras bawah untuk buat CT Scan. 

Sementara aku tukar tudung dan bersiap-siap, wheelchair dah tiba untuk bawa aku ke Ruang X-Ray. 

Aku tak boleh berjalan lagi memandangkan aku masih pening disebabkan oleh penangan Ubat Bius tadi.


Pengalaman Buat Endoscopy & CT Scan di Hospital Swasta
Inilah Ruang X-Ray untuk buat CT Scan - Diagnostic Imaging Services Unit


Masuk ke sini, aku kena tukar baju hospital terlebih dahulu dan sekali lagi aku tukar pakai tudung sarung.Semua barangan kepunyaan aku, diletakkan dalam locker yang disediakan khas untuk para pesakit dan siap ada kunci lock dan pesakit akan bawa kunci tersebut ke mana-mana sahaja. 

Masa ni aku tak dapat ambil gambar kerana aku masih lagi pening, tak sempat nak fikir paasal handphone dan kamera.

Lepas dah tukar baju, aku kena minum air 'special' yang dinamakan sebagai 'Air Kontrast'. 

Orang yang kerja kat hospital tahulah pasal air ni. Ia merupakan air untuk bagi imej yang discan oleh mesin CT Scan mudah kelihatan. 

Selepas tu, aku masuk ke Bilik CT Scan,aku sekali lagi dimasukkan 'Air Kontrast' or maybe 'Ubat Konstrast' melalui jarum yang dah dicucuk awal-awal tadi di Day Care Ward.

Yang bestnya kali ni, aku tak perlu makan apa-apa ubat sebelum hari scan. Dalam banyak keadaan, pesakit dikendaki makan dulu beberapa ubat untuk melancarkan proses scanning.

 
CT Scan

Inilah Mesin CT Scan. Aku ambil gambar ni kat Google Image memandangkan aku tak bawa kamera masuk ke Bilik Xray hari tu.


Pengalaman aku masuk dalam Mesin CT Scan ni - tak adalah ngeri sangat macam mana buat MRI dulu-dulu. Yang CT Scan ni lagi OK dan tak menyeramkan. Korang boleh baca pengalaman aku buat MRI kat entri ni : 'Pengalaman & Kos Buat MRI Pertama Kali' .

************************************


Selepas buat CT Scan tu, aku call Klinik Dr Hamizah, bagitau pada PA doktor yang aku dah siap buat semua prosedur. Dan , PA doktor suruh aku pergi makan dulu, dan jam 2.30 pergi ke klinik doktor yang terletak di Aras 2. 

So, aku pun pergilah ke Kafe hospital untuk makan tengahari. Lapar giler weeeeiiii... 

Lepas makan, ngam-ngam jam menunjukkan pukul 2.30 petang. So, aku pun terus pergi ke Klinik Dr Hamizah di Tingkat 2. 

Sampai je di klinik doktor, aku kena tunggu kejap sebab masa tu doktor tengah ada pesakit di dalam bilik doktor. 

Sebaik saja pesakit tu keluar, aku terus masuk ke dalam. Dan Dr.hamizah bagitau yang hasil Endoscopy menampakkan yang perut aku ada kerandangan sedikit yang dikenali sebagai "Peptic Ulcer Disease" dan ulcer ini tak merbahaya. Jadinya aku tak perlu risau. Cumanya aku kena ikut betul-betul nasihat doktor.

Doktor bagitau yang rawatan untuk penyakit ini ialah 2 bulan. Dan setiap bulan (sebulan sekali) aku kena jumpa doktor untuk follow-up. 

Doktor bagi aku 2 jenis ubat, iaitu ubat antibiotik dan ubat ulcer. 

Ubat antibiotik tu sebab nak bunuh kuman kuman 'Helicobacter pylori (H. pylori)' dan ubat antibiotik tu ada side effect yang sangat teruk. Ubat tu kena makan selama seminggu je. Side effect nya ialah, bila kita makan ubat tu, kita akan mengalami alahan (macam morning sickness orang sedang hamil) yang sangat teruk selama tempoh seminggu tu. 

Tapi kata doktor, ada juga pesakit yang tak dapat apa-apa side effect selepas makan ubat tu. 

1 lagi ubat, ialah ubat ulcer yang perlu dimakan selama 30 hari. Selepas habis 30 hari, aku kena follow up semula. 

Dan Alhamdulillah, ubat antibiotik yang aku makan tu OK jer. Aku cuma kena gastrik yang terus masa 4 hari pertama makan. Itu sahaja. 

Cuma ubat ulcer tu, selepas makan, aku dapat gastrik setiap pagi. Sebelum aku buat endoscopy tu tak ada langusng gastrik. 

Dan selepas sebulan, masa follow-up jumpa doktor, aku bagitaulah kesan-kesan sampingan aku aku rasai, dan doktor kata ubat tu tak sesuai dengan aku, dan perlu ditukar kepada ubat lain. 

Inilah ubat yang aku dapat dan tengah makan sekarang (Ubat Ulcer) : 

endoscopy ct scan


So far, Alhamdulillah! aku rasa feeling better. Doakan aku sembuh sepenuhnya dari Penyakit Ulcer k. 

Terima kasih kalian semua kerana sudi membaca dari awal sampai habis dan terima kasih kerana mendoakan aku. 

Kita 'jumpa' lagi di entri yang lain semula k. hihi


SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE